81+18(referring to our palms)

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jom baca entri saya hari ini.

***************************

Setiap malam duduk di kawasan rumah saya, mesti terdengar pelajar-pelajar di sini mengalunkan nasyid Asmaul Husna tiap kali selepas menunaikan solat Maghrib.

Saya teringat masa di tadika dahulu, alunkan nasyid Asmaul Husna setiap kali pagi perhimpunan. Sekolah menengah pun sama. Kalau sekolah menengah, setiap kali perhimpunan dan selepas solat Isyak, sebelum pergi kelas (prep).

Dulu-dulu, menyanyi bukan main semangat.

Tapi sekarang, jarang-jarang. Paling kurang pun, setakat dengar di telinga. Bukan main ramai penyanyi yang buat lagu Asmaul Husna.

Versi Sami Yusuf ada, Benammi ada, Hijjaz ada, Raihan ada.

Tapi, versi ini paling saya minat.

***************

Bukan tentang menyanyi ini yang saya mahu perkatakan. Cuma bagaimana penghayatan kita terhadap nama-nama Allah ini.

Kita ada nama, dan Allah juga mempunyai nama.
Melalui nama kita dikenali, begitu juga dengan Allah.

Asmaul Husna salah satu subtopik tauhid kita kepada Allah. Tauhid Asma Wa Sifat. Tauhid yang menerangkan bagaimana kita sepatutnya beriman dengan nama-nama Allah yang melambangkan segala sifat-Nya, dan sifat-Nya itu tidak boleh ditandingi sesiapapun. Ingat, sesiapapun.

Sekaya-kaya orang di atas muka bumi ini, kaya lagi Allah.
Teliti macamana sekalipun kita melakukan pekerjaan, teliti lagi Allah dalam mengatur kitaran alam ini.

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaulhusna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu” – (Surah Al Israa’: 110)

Adakah kita telah mengimani kesemuanya ?

Adakah kita hafal kesemua namanya beserta maknanya ?

Mungkin Ar-Rahman dan Ar-Rahim selalu kita sebut, sebab ada dalam lafaz basmalah. Tetapi bagaimana nama-nama lain yang kita jarang sekali sebut ?

Dalam sebuah hadis,

Dari Abu Huraira R.A.: Nabi saw. bersabda: “Allah itu memiliki sembilan puluh sembilan nama yang bagus. Barang siapa yang mampu menghafalnya, maka dia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil [esa] dan Dia menyukai [bilangan] yang ganjil.” – Sahih Bukhari

Ar-Rahmaan-Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahiim-Yang Maha Penyayang.
Al Maalik Yang Maha Menguasai.
Al Qudduus Yang Maha Suci.
As Salaam Yang Maha Sejahtera.
Al Mu’miin Yang Maha Pengaman.
Al Muhaimin Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
Al ‘Aziiz Yang Maha Mulia.
Al Jabbaar Yang Maha Berkuasa.
Al Mutakabbir Yang Maha Agung.
Al Khaaliq Yang Maha Pencipta.
Al Baari’ Yang Maha Mengadakan.
Al Mushowwir Yang Maha Pembentuk rupa.
Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
Al Wahhaab Yang Maha Pengurnia.
Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
Al Fattaah Yang Maha Membukakan.
Al ‘Aliim Yang Maha Mengetahui.
Al Qaabidh Yang Maha Menyempitkan.
Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
Al Khaafidh Yang Maha Menjatuhkan.
Ar Raafi’ Yang Maha Mengangkat.
Al Mu’izz Yang Maha Memberi Kemuliaan.
Al Muzill Yang Maha Memberi Kehinaan.
As Saami’ Yang Maha Mendengar.
Al Baashir Yang Maha Melihat.
Al Haakim Yang Maha Menetapkan Hukum.
Al ‘Adl yang Maha Adil.
Al Lathiif Yang Maha Lemah Lembut.
Al Khabiir Yang Maha Amat Mengetahui.
Al Haliim Yang Maha Penyantun.
Al ‘Azhiim Yang Maha Agung.
Al Ghafuur Yang Maha Pengampun.
Al Syakuur Yang Maha Menghargai.
Al ‘Aliyy Yang Maha Tinggi.
Al Kabiir Yang Maha Besar.
Al Hafiizh Yang Maha Memelihara.
Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan.
Al Hasiib Yang Maha Menghitung.
Al Jaliil Yang Maha Luhur.
Al Kariim Yang Maha Pemurah.
Ar Raqiib Yang Maha Teliti.
Al Mujiib Yang Maha Mengkabulkan.
Al Waasi’ Yang Maha Luas.
Al Haakim Yang Maha Bijaksana.
Al Waduud Yang Maha Mengasihi.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Baa’ith Yang Maha Membangkitkan.
Asy Syahiid Yang Maha Menyaksikan.
Al Haq Yang Maha Benar.
Al Wakiil Yang Maha Menjaga Penyarahan.
Al Qawiyy Yang Maha Kuat.
Al Matiin Yang Maha Perkasa.
Al Waliyy Yang Maha Melindungi.
Al Hamiid Yang Maha Terpuji.
Al Muhshii Yang Maha Penghitung.
Al Mubdi’ Yang Maha Memulai.
Al Mu’iid Yang Maha Mengulangi.
Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan.
Al Mumit Yang Maha Mematikan.
Al Hayyu Yang Maha Hidup.
Al Qayyuum Yang Maha Berdiri Sendiri.l
Al Wajiid Yang Maha Mewujudkan.
Al Majiid Yang Maha Mulia.
Al Waahid Yang Maha Esa.
As Shomad Yang Maha Diperlukan.
Al Qaadir Yang Maha Kuasa.
Al Muqtadir Yang Maha Menentukan.
Al Muqaddim Yang Maha Mendahulukan.
Al Mu’akhkhir Yang Maha Mengakhirkan.
Al Awwal Yang Maha Awal.
Al Aakhir Yang Maha Akhir.
Az Zhaahir Yang Maha Nyata.
Al Baatin Yang Maha Tersembunyi.
Al Waliy Yang Maha Menguasai.
Al Muta’aali Yang Maha Agung.
Al Barr Yang Maha Menerima Taubat.
Al Muntaqim Yang Maha Penyeksa.
Al ‘Afuw Yang Maaf Pemaaf.
Ar Ra’uuf Yang Maaf Belas Kasihan.
Malik al Mulk Yang Maha Menguasai Kerajaan.
Zul Jalaal wal Ikraam Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
Al Muqsith Yang Maha Mengadili.
Al Jaami’ Yang Maha Mengumpul.
Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
Al Maani’ Yang Maha Menolak.
Ad Dhaarr Yang Maha Pemberi Manfaaf.
An Nuur Yang Maha Bercahaya.
Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Al Baadi’ Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
Al Baaqi Yang Maha Kekal.
Al Waarith Yang Maha Mewarisi.
Ar Raasyid Yang Maha Sedar.
As Shabbuur Yang Maha Penyabar.
Kesemuanya 99 nama.
************************
Di sini, saya ingin mengajak anda semua beriman pada-Nya dan nama-nama-Nya. Nama-nama istimewa-Nya yang mampu menerangkan kepada kita siapa sebenarnya yang sedang kita sembah, kepada siapa kita menyerah diri selama ini.
Jika kita tidak mengenali-Nya, bagaimana ingin bertaut cinta dengan-Nya ?
Kata Ibnu Qayyim,
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba  itu.
~Asmaul Husna bukan sekadar lagu di mulut, tetapi juga lagu di jiwa mekar menguntum rindu pada-Nya~
p/s : dan malam ini, saya akan mendengar mereka nyanyi lagi nasyid tu..seronoknya…Alhamdulillah !
p/s : sebab tu lah artis lagi kita kenal, sebab kita siap hafal lagi biodata mereka…nama lah, tarikh lahir lah..tapi tentang Allah……….bukan menghukum, hanya pandangan peribadi….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s