cantik dalam, cantik luar

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jom baca entri saya hari ini :)

***************************

Cantik luar, kacak dalam.

Kacak luar, cantik dalam.

Di mana letaknya kecantikan kita yang sebenar ?

Di muka kah ?

Atau pada bajunya kah ?

Atau pada bentuk badan kita kah ?

Kecantikan fizikal yang dipandang mata kasar mempunyai nilai subjektif. Ada sesetengah orang yang melihat akan berkata cantik, ada sesetengah hanya berkata sedang-sedang.

Namun, pandangan mata kasar selalu menipu. Disertai pula dengan panahan dari syaitan. Dan pandangan mata kasar tidak mampu memberikan tafsiran penuh terhadap apa yang kita pandang.

Tetapi Allah masih mengurniakan mata untuk kita melihat alam ini. Untuk melihat indahnya alam ini. Untuk melihat betapa tingginya langit tanpa tiang yang menongkatnya. Untuk melihat segala-galanya yang boleh dilihat.

Pilihan untuk melihat  terletak pada akal dan hati kita. Hanya hati dan akal yang akan memandu mata yang sebenar sama ada untuk melihat atau tidak.

***********************

Bukan ini yang saya ingin bincangkan.

Saya ingin membincangkan tentang kecantikan. Kecantikan dalam tafsiran yang lebih spesifik kepada hati yang melihat.

Kerana saya yakin, mata hanya mampu melihat kecantikan, tetapi tidak menilai kecantikan.

Hati yang menilai kecantikan.

Untuk menjadi seorang yang cantik, perlu mempunyai hati yang cantik. Dari hati yang cantik, akan datang akhlak yang cantik.

Mana datangnya hati yang cantik ?

Dari kefahaman aqidah yang cantik, sempurna.

‘ Alah, die tu harap je pakai tudung labuh, tengok-tengok buang anak luar nikah rupanya ‘

‘ Ala aku pakai seksi ni, tak semestinya perangai aku tak elok.’

Ini yang selalu berlaku dalam masyarakat kita. Tidak habis-habis menunding jari sana dan sini untuk membuktikan diri sendiri bagai terlupakan diri sendiri.

Mari, saya betulkan kefahaman anda.

Dakwah Rasulullah bermula dengan seruan aqidah. Seruan aqidah yang mengajarkan kepada mereka tentang siapa tuhan mereka yang sebenarnya. Seruan aqidah yang diterapkan bagi memudahkan mereka untuk menerima arahan seterusnya.

Tak kenal maka tak cinta bukan ?

Sebab itulah, Rasulullah ajar tentang aqidah dahulu, bukan tentang akhlak. Bila aqidah sudah mantap, maka turunlah apa jua arahan dan larangan, mereka terus akur.

Bila turun arahan kena tutup aurat, mereka terus gunting langsir untuk dijadikan tudung.

Bila turun larangan  minum arak, mereka yang sedang minum arak ketika itu terus melontarkan botol-botol arak.

Inilah caranya. Baiki aqidah anda, kemudian akhlak anda akan terbaiki secara automatik.

Dengan kefahaman yang lebih mendalam, anda akan mengetahui dengan lebih lanjut mengapa anda perlu buat itu dan ini.

Kefahaman kita : Kita adalah hamba, dan kita SEPATUTNYA  mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Tiada alasan !

Tiada alasan !

No compromy !

Bila melibatkan soal kepercayaan, keyakinan kita kepada Allah, tiada alasan bagi kita untuk tidak belajar mengenainya kerana aqidah adalah teras kehidupan seorang mukmin.

Bermulanya langkah dari diri anda sendiri, perbaiki kefahaman aqidah.

Semalam melihat sebuah rancangan di televisyen yang bertajuk ‘ True Beauty’ (sebenarnya saya tidak tonton sangat, jadi tajuk siarannya saya teka sahaja). Rancangan ini bertujuan mencari pemuda atau pemudi yang cantik.

Cantik dalam dan luar.

Dari kecantikan rupa paras sehinggalah kecantikan peribadi segalanya diperhatikan.

Pihak hakim telah menguji dua peserta  dengan menghantar seorang lelaki yang minum air dan membuang botolnya di tepi jalan. Pihak hakim menyingkirkan salah seorang peserta kerana peserta tersebut tidak mengutip botol itu malah sekadar menjelingnya sahaja  !

Wah, begini sekali pemerhatian orang barat terhadap kecantikan.

Kita umat Islam bagaimana ?

Rasulullah SAW menggambarkan keindahan agama yang dibawanya dapat difahami daripada sebuah hadis yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi) .

Jadi, mari kita cantikkan segalanya.

Cantikkan peribadi dan akhlak. Dan cantikkan juga personaliti diri.

Lengkapkan diri dengan tarbiyyah Islamiyyah yang tinggi.

Ayuh !

Kita mahu menjadi muslimah yang mahal harganya bukan ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s