aku ingin mencipta sejarah

Bismillah.

Salam dakwah buat anda semua.

Jom baca entri pada hari ini.

**************************

Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu ( Muhammad ), agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu, dan di dalamnya telah diberikan kepadamu (segala) kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman (11: 120)

Jika kita ingin menjadi sejarah, mencipta sejarah, maka belajarlah dari sejarah. Sejarah akan memberi pengajaran kepada kita. Memberi pengajaran tentang bagaimana liku-liku ditempuh untuk mencipta sejarah.

Sejarah jika kita tidak pelajarinya, maka kita akan ketinggalan meskipun berada di zaman yang begitu moden ini. Kerana sejarah menjanjikan tentang peradaban agung yang akan mengangkat martabat.

Jika kita ukirkan sejarah dengan betul, maka akan lahirlah sebuah epik sejarah yang agung.

Sejarah Melayu terkenal dengan kisah Puteri Gunung Ledang, Laksamana Hang Tuah, Kerajaan Melayu Melaka dan pelbagai lagi yang kita pelajari sejak di bangku sekolah lagi.

Bila tamat sekolah, pelajaran sejarah hanya ditinggalkan begitu sahaja. Diletakkan di belakang kerana terlalu sibuk memikirkan masa hadapan, sedangkan sejarah lah yang kita perlukan untuk melakar masa hadapan.

Bagaimana tentang pengetahuan sejarah Islam anda ?

Bermulanya epik sejarah Islam yang agung pabila bermulanya turun wahyu kepada Rasulullah S.A.W. Saat wahyu diturunkan, maka itulah saat mulanya akan tercipta satu sejarah buat umat Islam pada masa hadapan.

Kehadiran Islam menyimbah muka bumi saat itu boleh saya gambarkan seperti sang mentari yang menerangi bumi yang sedang kegelapan ini. Keadaan manusia yang tercari-carikan kebenaran yang hakiki, tuhan yang Maha Agung.

Islam pada awalnya dikecam hebat, namun mengukir kemenangan saat Rasulullah menjadi pemerintah di Madinah. Bermulanya tangga pembinaan Islam dari seorang individu Muslim yang bersungguh-sungguh ingin melakar sejarah buat ummat ini, sekaligus menyempurnakan tugasnya sebagai seorang daie yang agung !

Dan perjalanan penyebaran Islam terus menapak langkah. Setelah wafatnya Baginda, namun corak sejarah diteruskan oleh para sahabat. Pelbagai usaha yang dilakukan demi menjadikan agama Islam ini sebagai agama seluruh pelusuk alam, menjadikan Allah sebagai sembahan sekalian makhluk yang terdapat di muka bumi ini.

Namun, kemenangan itu tidak kekal lama nampaknya. Dan kekalahan itu datangnya dari ummat Islam sendiri !

Harapan tinggal harapan.

Dunia sekarang menyaksikan ummat Islam ditindas dan seolah-olah dijadikan seperti seekor kuda tunggangan. Kita disogok dengan keseronokan dunia yang tiada hentinya. Dan sejarah lampau kita, yang mana satu ketika dahulu, dua pertiga bumi ini dikuasai Islam, dilenyapkan dari pengetahuan kita.

Buku-buku teks sejarah tidak menerangkan tentang hal ini semua. Tamadun-tamadun dunia yang lain diterangkan, tetapi mengapa bukan tamadun Islam yang diceritakan kepada kita ?

Mengapa seolah-olah ilmu ini telah lenyap dari pengetahuan kita semua ?

Pengetahuan tentang sejarah kita yang terdahulu. Sejarah agung yang sepatutnya kita ketahui untuk membina  kembali tamadun yang telah lama jatuh dahulu.

graf sejarah

Ya, pastinya orang-orang yang tidak mahu kita mengenali tentang sejarah kita, ketakutan kerana mereka tahu jika kita tahu tentang sejarah yang tersembunyi ini, pasti kita akan bangkit kembali !

If the past has been an obstacle and a burden, knowledge of the past is the safest and the surest emancipation.- John Acton.

Maka, dengan ini saya berharap kepada anda semua, silalah pelajari semula tentang hakikat yang perlu kita ketahui sebenarnya. Cungkil kembali pengetahuan yang sepatutnya anda tahu. Agar anda lebih mengerti tentang hakikat kita sebagai seorang manusia, sebagai seorang hamba-Nya.

Ayat Al-Quran yang saya selitkan di atas tadi, menunjukkan bahawa melalui kisah rasul-rasul terdahululah, Rasulullah belajar. Dan Rasulullah telah membuktikannya.

Kini, tibalah giliran kita pula !

Ayuh, from zero to hero !

mari jadi titik-titik pembina sejarah agung !

Sekian, teaser program dari saya.

Lagu ni sudah biasa sangat kita dengar bukan, apa lagi yang kita tunggu ?

Mari melakar sejarah !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s