angin baru

Bismillah.

Assalamualaikum buat kamu semua.

Salam dakwah, salam ukhuwwah.

*****************************

Angin sepoi-sepoi bahasa meniup petang ini, di kawasan tempat tinggal saya ini. Maklumlah, kawasan kampung, pokok-pokok  rendang. Bila angin bertiup, rasa aman, tenang, segar. Tambah pula dengan kipas yang berpusing.

Alhamdulillah, nikmat dari Allah hari ini terlalu banyak buat saya dan anda semua.

Saya teringin sekali menghirup udara baru di bumi sana, bumi kedua saya, bumi asal penyuntikan tarbiyyah untuk diri ini. Bumi anbia’  yang menyimpan terlalu banyak sejarah dan kisah tauladan banyak mengajar saya dalam erti mencari makna hidup.

Saya sangat berbangga dapat belajar dan menerima tarbiyyah dari sana.

Meskipun ada musim sejuk, tapi seronok mendidik  mujahadah diri untuk keluar bangkit dari selimut, demi menunaikan ibadah kepada-Nya.

Meskipun ada musim panas, tapi seronok menghadapi suasana yang sebegitu. Sekurang-kurangnya, teringat juga betapa panasnya api neraka untuk mengazab diri ini dengan dosa-dosa yang sangat banyak.

Meskipun, bising, riuh dan sibuk. Keadaan dalam kenderaan perlu bersesak-sesak, aksi tolak-menolak antara kita dan orang Mesir sana, yang mungkin hanya dipamerkan di Mesir, tidak di bumi sendiri. Tapi seronok, sekurang-kurangnya dapat melatih sabar dalam diri dengan perkara-perkara yang kecil.

Sungguh, angin baru dari Mesir dapat menyamankan dan menghilangkan kegersangan jiwa saya.

Banyak sangat kelebihan.

Boleh baiki Bahasa Arab, tajwid Al-Quran, talaqqi ilmu, bedah kitab, dengar khutbah dalam Arab.

Boleh solat jemaah dengan rasa yang sangat semangat sebab wanita-wanita di sana suka solat di masjid.

Boleh rasa dekat sangat dengan Allah dan Islam. Azan banyak berkumandang setiap kali masuk waktu. Biah di sana yang sangat membantu. Orang-orang Arab yang sangat membantu kita jika ada perlukan bantuan.

Meskipun banyak kekurangan yang lain, tetapi saya lebih suka untuk berfikiran positif tentang bandar ini, tempat yang Allah utuskan buat saya dan rakan-rakan lain untuk menghadapi tarbiyyah-Nya.

Dan sekarang, angin revolusi yang bertiup di Mesir, lebih menyamankan jiwa rakyatnya. Angin revolusi yang menandakan berakhirnya pemerintahan yang tidak adil. Angin revolusi yang menandakan kuasa suara rakyat itu sangat berkuasa. Angin revolusi yang akan membawa perubahan inshaAllah !

****************************

Dan di Malaysia ini, saya dapat juga hembusan angin yang baru. Angin semangat yang baru setelah tersadung jatuh menerima ujian dari-Nya. Adakalanya tersadung jatuh teruk, adakalanya biasa-biasa sahaja.

Puas saya fikir dari mana angin itu datang. Rupa-rupanya dari dalam diri sendiri yang mahu bangun kembali, mahu bertapak kembali dalam dunia tarbiyyah ini.

Angin yang didorong oleh rasa cinta kepada-Nya.

Kerana Allah, kepada Allah dan menuju Allah.

Inilah angin baru yang saya dapat.

Terima kasih Allah.

****************************

Dan angin baru yang menapak dalam tarbiyyah ini.

Saya bertukar naqibah ( oh, adakah terlalu jujur ).

Banyak kelebihan.

Boleh tahu tentang waqi’ di tempat lain. Sebelum ini, berusrah dengan rakan-rakan yang sama universiti, sama waqi’nya. Dan usrah yang baru, lebih ramai, lebih terbuka pemikiran.

Apa-apa pun, bagi saya, semua ini keputusan dari Allah.

Keputusan yang dibuat bagi melancarkan lagi gerabak dakwah dan tarbiyyah.

Jadi, selamat datang kepada ahli usrah saya yang baru. Saling memperingati dan memperbaiki antara satu sama lain. Saling memberi sokongan. Mari sama-sama kita keluarkan idea untuk lebih memajukan dakwah ini.

Dan untuk naqibah baru saya, saya berasa bangga dapat berkenalan dengannya. Harap, saya dapat mencedok ilmunya. Banyak yang saya ingin belajar darinya. Selamat datang akak, dan harap akak mampu memperbaiki serba-sedikit kelemahan diri ini.

Dan buat ahli usrah saya yang lama, ukhuwwah yang kita jalinkan, segala dugaan yang kita hadapi bersama, tidak akan saya lupakan. Itu tarbiyyah yang besar buat saya. Banyak yang saya belajar dari antunna.

Dan buat naqibah lama saya, sememangnya saya akan merindui dia. Banyak perkara yang saya belajar darinya. Tentang dirinya yang banyak keistimewaan mampu membuatkan saya malu menjadi mutarabbinya. Setiap saat menjadi mutarabbinya, tidak akan saya lupakan.

Dia rajin. Dia suka baca buku. Buku-buku perubatan dan juga buku-buku tsaqafah. Kalau tidak salah saya, dia master tentang sirah. Kalau tentang pelajaran, memang dia yang hebat.

***********************

Setelah kita merelakan diri kita ini ditarbiyyah dan dijadikan kader-kader dakwah, maka selanjutnya kita juga merelakan diri kita ini untuk disusun.

Rela jika kita ditukarkan naqibah.

Rela jika kita ditempatkan di satu waqi’ untuk menguatkan dakwah di situ.

Rela jika anak usrah jagaan kita, bukan lagi jagaan kita.

Kita semua disusun untuk kemaslahatan dakwah. Disusun untuk menggerakkan lagi dakwah, menyuburkan lagi dakwah.

Segala pertukaran ini tidak sewajarnya menjadikan kita tidak matang. Seharusnya lebih matang dalam meniti tarbiyyah dan dakwah ini !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s