saya nak tegur awak sikit boleh ?

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga sihat sejahtera hendaknya, dan sentiasa dilimpahi rahmat dari-Nya, inshaAllah.

**************************

” Akak macamane kite nak tegur orang yang lebih tua dari kita ? ”

” Aku tegur die. Then, terase. Pastu tak layan dah aku ni.”

” Ko cerminlah dulu diri ko sebelum nak tegur aku.”

Budaya tegur-menegur atau saling menasihati antara satu budaya masyarakat Melayu atau lebih sedap jika kita gelarkan ianya adalah saranan agama kepada kita dari Allah S.W.T.

Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Asr, Allah berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran mesti kita jadikan sebagai rutin hidup kita. Iman manusia turun dan naik, nafsu pula agak sukar untuk dikawal, maka perlulah kita untuk saling mengingati antara satu yang lain.

Ingatkan perkara yang ringan-ringan sudah. Tidak perlu kepada yang berat-berat sangat. Ikut tempat, waktu, keadaan dan pemahaman seseorang. Kalau orang yang kita tersebut sudah tahu, maka hanya tinggal tugas kita untuk menambah kefahamannya. Jika dia tidak tahu, tugas kita untuk memberitahunya. Jika dia sudah faham, maka teruskan amalan berpesan-pesan agar dia tidak lupa.

Apa yang menjadi persoalan kita bila menegur seseorang ?

Kita risaukan hasilnya. Kita risaukan respon orang tersebut.

Kita rasa tidak yakin dan ragu-ragu. Mahu berpesan, tetapi ilmu tidak lagi cukup di dada.

Mari saya ajar anda satu konsep dalam menegur.

Menegur dengan penuh kasih dan sayang serta ikhlas.

Rasulullah juga begini caranya. Menegur isteri Baginda, para sahabat , orang tua, inilah konsep yang digunakan. Kerana itulah nasihatnya mudah diterima oleh orang lain.

Kisah seorang Arab Badwi yang kencing dalam sebuah masjid sangat terkenal dan selalu kita dengar. Betapa manisnya cara Rasulullah menegur. Orang kafir itu tidak dimarahinya, malah Rasulullah tunggu sampai dia menyelesaikan hajatnya, barulah Rasulullah menerangkan tentang adab-adab di dalam masjid.

Cara Rasulullah menegur Sayyidatina A’isyah R.A  juga perlu dicontohi. Rasulullah merasai sedikit minuman yang isteri Baginda sediakan. Lalu, Baginda tersenyum. Isterinya kehairanan, lalu bertanya kepada Baginda mengapa Baginda senyum. Lalu Rasulullah menjawab,

“…saya masih teringat lagi…kisah masa kita baru mendirikan rumahtangga…” iaitu kebiasaannya masa itu
Rasulullah selalu berkongsi makan minum dalam satu bekas dengan isterinya. Sebagai tanda seorang isteri yang sayang kepada suaminya ia merupakan kenangan yang indah……dan alangkah indahnya pula jika ia dapat di ulangi lagi…

Kemudian, Sayyidatina A’isyah merasa minuman tersebut dan sedikit masin rupanya. Dan Rasulullah masih tersenyum.

Halus benar cara menegur. Tidak perlu marah. Tidak perlukan kata-kata yang terlalu spesifik. Hanya menggunakan kasih sayang yang ada.

***************************

Apa yang perlu ada pada diri anda jika ingin menegur seseorang ?

Anda sudah bersedia ?

1. Niat yang ikhlas dan suci untuk menegur orang tersebut demi menyelamatkannya dari terus tenggelam dalam dunianya sendiri. Ingat, apa yang anda niatkan, itu yang akan anda dapat. Bukan atas tujuan untuk mengatakan bahawa kitalah orang yang paling baik di atas muka bumi ini.

2. Menjaga hubungan sewaktu menegur. Menegur seseorang tanpa ukhuwwah, saya kira akan berkurang kesannya. Jangan kita meluahkan rasa marah. Tegur ikut peringkat umur. Tanamkan saling menghormati tidak kiralah dia lebih tua atau lebih muda. Seorang sahabat yang baik mampu menerima apa jua teguran dari sahabatnya.

Daripada Jubair bin Mut’im r.a, Nabi s.a.w. bersabda :”Tidak masuk ke syurga PEMUTUS silaturrahim.”(Riwayat al-Bukhari dn Muslim)

3. Memberikan waktu kepada orang yang mahu ditegur untuk menghadam dan menerima nasihat yang kita berikan. Bukan terburu-buru. Berlapang dada melihat caranya menerima nasihat kita. Jika kefahamannya bertambah, alhamdulillah kerana Allah telah membuka pintu hatinya. Jika dia masih lagi kabur-kabur, maka tugas kita untuk terus menasihatinya.

4. Kata-kata yang elok juga perlu digunakan. Cara yang halus. Jangan berkasar. Contohnya,

” Kalau saya tidak menegur awak, tidak terlaksanalah tugas saya sebagai seorang hamba dan sahabat yang baik.”

” Andai saya tidak menasihati awak, saya akan merasakan sayalah sahabat yang paling teruk di dunia ini.”

” Jika teguran saya sampai kepada awak, barulah lapang sikit dada ini.”

( saya tidaklah pandai bermadah sangat sebab kalau saya nak tegur orang, kadang-kadang saya straight to the point)

5. Gunakan kreativiti yang ada. Tidak semestinya hanya menggunakan kata-kata. Boleh buat kad, pesan dekat dinding Facebook, bagi mesej guna telefon,  hantar lagu yang ada kaitan dengan nasihat yang ingin kita berikan, ataupun reka satu cerita supaya nasihat yang ingin kita berikan lebih mudah untuk difahami. Cari sahaja kisah Rasulullah dan para sahabat, pasti ada !

6. Bersyukur kepada Allah kerana anda masih diberi peluangnya untuk menasihati orang lain. Bersyukur kerana tanggungjawab anda terlaksana. Bersyukurlah kerana anda menjadi golongan yang bersedia untuk menasihati, bukan hanya sekadar tahu untuk menasihat.

7. Dalam sebuah hadis Rasulullah :

“Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Agama itu nasihat. Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga orang awam muslimin.” (Hadis riwayat Muslim).

Maka, terang, jelas dan nyatalah, agama sesuai untuk dijadikan nasihat. Pakai ayat-ayat Al-Quran, hadis-hadis Rasulullah. Pakai lagu-lagu nasyid atau lirik yang bermakna. Tidak perlulah kata-kata orang yang tidak ada Islam dalam hatinya. Bukan saya menghalang, tetapi bukankah menasihati menggunakan agama kerana ad-din inilah cara hidup kita.

8. Jangan lupa diri sendiri ketika mengingatkan orang lain. Telinga dan hati anda sendiri lebih dekat dengan mulut anda yang sedang berpesan. Aplikasikan juga nasihat yang diberikan kepada diri sendiri. Muhasabah diri sendiri.

-jangan jadi orang yang tak serupa bikin-

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal (2: 44 )

9. Jangan ambil peduli respon orang lain. Poyo sahaja sudah. Asalkan tanggungjawab kita sudah lepas. Dan, sila jangan putus asa. Fikir positif.

“Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) ” (Al-A’la : 9)

Imam Nawawi berkata:
Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Sekian, dari saya. Selamat menjalankan tanggungjawab !

2 thoughts on “saya nak tegur awak sikit boleh ?

  1. atau mungkin boleh keluar dari content haraki+dakwah sekejap. dan jom belajar saikologi, komunikasi berkesan

    jom!

    kemudian, nilai semula prestasi selepas itu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s