pesanan semut

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jom baca entri hari ini dari saya.

****************************

Anda kenal semut ?

Serangga kecil, yang selalu kita main pijak-pijak. Baru-baru ini, di tv ada menayangkan sebuah dokumentari tentang semut. Saya pasti kita semua tidak terlalu mengenali tentang binatang ciptaan Allah ini melainkan anda seorang seorang pencinta serangga, rajin membaca buku tentang binatang, suka menonton dokumentari, dan anda seorang pelajar dalam bidang zoologi atau sebagainya yang berkaitan.

Terdapat lebih 22 ribu jenis semut yang dikenal pasti. Dalam pengetahuan saya yang terlalu cetek ini, saya hanya mengenali dua jenis, semut hitam dan semut merah. Itupun nama yang lazim orang sebut-sebut, bukan nama saintifik.

Masih ingat tentang hierarki kehidupan yang kita belajar dalam subjek Sains tahun 6 atau dalam subjek Biology semasa tingkatan 4 ?

Kingdom: Animalia
Phylum: Arthropoda
Class: Insecta
Order: Hymenoptera
Suborder: Apocrita
Superfamily: Vespoidea
Family: Formicidae

Dan subfamili untuk spesies semut ini sangatlah banyak. Antaranya,

Dalam lipatan sejarah nabi-nabi terdahulu, sudah ada penceritaan tentang semut. Siapa lagi kalau bukan Nabi Sulaiman A.S yang terkenal dengan semut dan jin.
*******
Pada satu ketika dahulu, di kala zaman kerajaan Nabi Sulaiman A.S, satu bencana alam telah melanda mereka. Kemarau yang berpanjangan membuatkan mereka kian kehilangan sumber air. Lalu, bertalu-talulah rakyat berjumpa dengan Nabi Sulaiman A.S untuk meminta pertolongan. Lalu, beliau meminta satu rombongan manusia dan jin untuk berhimpun di sebuah kawasan yang lapang untuk memohon doa kepada Allah Taala.
***
Sesampainya di sana, tiba-tiba Nabi Sulaiman A.S ternampak seekor semut yang terdampar di atas batu yang kepanasan dan kehausan. Nabi Sulaiman terdengar semut itu berdoa kepada Allah,
“Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku”,

Dek kerana mendengarkan doa ini, Nabi Sulaiman A.S memerintahkan semua yang berada di lapangan pulang kerana Allah telah memakbulkan permintaan semut itu tadi. Subhanallah, Maha Suci Allah ! Makhluk yang sebegini kecil juga turut meletakkan pergantungannya kepada Allah.
**********
Refleksi diri !
Beginilah uniknya penciptaan seekor semut. Dan Allah S.W.T telah mengabadikan tentang makhluk semut ini khas di dalam Al-Quran, dalam surah yang bernama An-Namlu.
Tidak kurang juga penghargaan manusia tentang semut. Ada peribahasa tentang semut, ada lagu terkenal tentang semut, ada cerita tentang semut.
Enjit-enjit semut,
Sape sakit naik atas.
Namun, penghargaan yang diberikan Allah kepada mereka ternyata lebih besar.
*****************

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

(Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmatMu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

(Surah An-Naml, Ayat 19)

ihsan dari laman web Harun Yahya
Lihat rumah semut di atas. Mereka membinanya dengan kehendak Allah S.W.T. Sangat berstrategi. Dan kita sewajarnya sebagai manusia, dalam membina sesuatu perlu juga strategi yang tersendiri. Apatah lagi membina manusia dalam gerakan dakwah ini. Membina manusia bukan perkara biasa.
Usrah yang berstrategi. Daurah yang berstrategi. Dan segala wasilah tarbiyyah kita perlu ada strateginya.
Dalam hadis riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih).
************
Dalam riwayat Muslim dari Abu  Hurairah, “Bahawasanya seekor semut menggigit salah seorang Nabi, maka dia memerintahkan agar desa semut dibakar. Allah pun mewahyukan kepadanya, hanya kerana kamu digigit oleh seekor semut lalu kamu  membinasakan sebuah umat yang bertasbih ?
*************
Sungguh, ada pengajarannya untuk kita semua di sebalik hakikat penciptaan semut ini. Ada satu perkara yang sangat saya terkesan dengan semut. Semut mampu untuk berjalan beribu-ribu kilometer sehari. Jauh sungguh perjalanan mereka di atas muka bumi ini. Tetapi, mereka tidak pernah putus asa. Tetap berjalan untuk mencari sumber makanan.
Terkadang kita merungut menghadapi hidup ini, sedangkan perjalanan hidup yang perlu ditempuh sememangnya jauh. Jadilah seperti seekor semut yang berjalan di alam ini. Sememangnya perjalanan hidup seorang daie itu lebih jauh kerana tummuhatnya sangat tinggi, meskipun sehingga nyawa disentap, matlamat itu tidak akan hilang dan akan diteruskan oleh generasi pelapis yang seterusnya.
****************
Jangan pernah merungut. Jangan pernah lelah. Jangan pernah putus asa.
“Dan tidak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka.” (Al-Isra: 44).
Allah telah berfirman, bahawa sekalian alam ini bertasbih kepada-Nya, namun kita yang tidak mengertinya. Dan wajarlah untuk kita malu terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain, tidak pernah tasbih mereka berhenti kepada Ilahi, sedangkan kita, masih ada masa untuk sengaja melupakan-Nya.
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan umat-umat juga seperti kamu.” (Al-An’am : 38)
***************
Dan semut juga adalah sebahagian dari ummat ini. Mereka seperti kita, bertuhankan Allah, datang dari pencipta yang sama. Martabat mereka lebih tinggi dari kita. Kita makhluk Allah yang bernama manusia, tidak kering dari dosa.
Pelajarilah daripada alam sekeliling kita. Alam lebih mengerti dan mampu memberikan pengajaran kepada kita kerana merekalah sebaik-baik penunjuk untuk kita lebih dekat kepada-Nya.
Banyakkan mentadabbur alam ini kerana ia wujud dahulu sebelum kita lahir ke dunia.
p/s : kalau nak tahu lebih lanjut tentang semut ni, google lah ye. saya menulis hanya sekadar mahu membuka mata semua.
p/s : teringat artikel semut-semut yang diedarkan dalam dewan kuliah dulu2. artikel untuk islah. harap Allah meredhai usaha mereka !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s