jihad = struggle, not holy battle (harbul muqaddasah)

Bismillah.

Salam dakwah buat sekalian pembaca.

****************************

Saya ingin berkongsi rasa tidak puas hati saya selepas melihat  sebuah video yang memaparkan tentang orang-orang Amerika berselisihan pendapat dengan seorang pelajar Muslim di dalam dewan kuliah mereka.

Sila hayati.

Sebenarnya dari dahulu saya memerhatikan apa yang cuba orang Barat cuba lakukan dengan menerbitkan filem-filem seperti ini. Ada filem yang memerli kelakuan orang Islam. Ada filem yang menerangkan islam ini pengganas. Tetapi ada juga filem dan dokumentari yang berceritakan perihal kehebatan orang Islam sewaktu zaman khilafah dahulu.

Apa yang cuba mereka tanamkan dalam pemikiran kita yang kadang-kadang kian kabur tentang ummah kita sendiri ?

Dan yang pasti, mereka cuba meracuni  pemikiran kita dengan sesuatu. Sesuatu yang akan membunuh ummah kita dari dalam jika tidak menyedarinya dengan pantas.

Mereka bukan lagi ingin berperang alatan atau secara fizikal dengan kita. Mereka ingin berperang dengan pemikiran. Ghuzwatul Fikr.

Dan teknik ini sudah lama digunakan sejak Nabi Adam A.S lagi. Sewaktu Nabi Adam tinggal di syurga, sebelum diturunkan ke dunia bersama Hawa.

Syaitan cuba menghasut pemikiran Hawa untuk memakan buah khuldi. Bila Hawa sudah terpengaruh, maka dia memujuk Nabi Adam untuk bersama-sama makan dengannya.

Percayalah, teknik menghasut pemikiran adalah lebih berjaya untuk mengalahkan sebuah ummah daripada menggunakan strategi peperangan dan senjata. Orang Barat tahu mereka akan kalah jika berperang senjata dengan kita kerana ummat Islam kian bertambah di muka bumi ini. Tetapi, mereka terlebih awal mendahului kita  nampaknya mengambil teladan kisah Adam A.S.

******************************

Cerita di atas berkisarkan tentang apa tafsiran jihad pada mata pandangan orang Barat.

Jihad = perang suci=pengganas.

Ini tafsirannya. Bila sebut jihad, mereka akan membayangkan tentang sekumpulan orang Islam yang pakai bom berani mati. Sanggup mengorbankan diri sendiri demi agama. Bila ini yang berlaku, mereka mula memberi gelaran lain. Bukan lagi mujahidin, tetapi pengganas.

Dan kemudian, seluruh ummah ini dan agama yang dipersalahkan.

Apa definisi jihad yang sebenarnya ?

Dalam istilah bahasa, jihad datang dari perkataan `jahada’ yang bermakna menggunakan segala cabang usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Dengan istilah ini, kita mungkin  sahaja dikatakan berjihad ketika belajar dengan menghadapi peperiksaan. Tetapi  dalam definisi syari’a pula  hanya membawa satu makna iaitu menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap da’wah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya.

Dari sudut pandangan diri sendiri, saya tidak bersetuju dengan jihad yang menggambarkan apabila ada orang Islam yang membawa bom berani mati bersama mereka lalu diletupkan di mana-mana tempat mereka fikirkan sesuai. Akhirnya, ramai orang yang tidak bersalah turut mati dek kerana ‘kejihadan’ mereka ini.

Cara ini sangat tidak sesuai untuk kita sebagai daie dalam mencapai ustaziyatul alam. Membunuh orang yang tidak bersalah tanpa memperdengarkan dahulu seruan dakwah kita kepada mereka. Membunuh mereka sedangkan kita tiada hak untuk mengambil nyawa orang lain.

Kita harus berjihad dalam membawa dakwah ini. Kerja bersungguh-sungguh. Kejar mad’u habis-habisan. Perdengarkan seruan kepada manusia selagi mereka bisa mendengar dan kita bisa menyampaikan. Pakai apa jua cara sekalipun.

Jihad bukan peperangan. Bukan harbul muqaddasah. Di dalam Al-Quran tidak menyebut sepatah pun perkataan tentang harbul muqaddasah.

Jihad peperangan sesuai pada tempat dan masanya. Macam saudara-saudara kita di Palestin sana yang tidak henti-henti berjihad mempertahankan kesucian negara kita. Ingatlah, Palestin bukan negara mereka sahaja, malah kita  semua !  Bukan main pasang bom pada diri sendiri, ataupun  tercegat seorang diri dalam pusat membeli-belah sambil memegang senapang dan berkata,

” korang-korang yang tak tutup aurat ni, aku bunuh semua ! ”

Kalau boleh buat sebegini, dan kalau inilah cara dakwah yang berkesan, sudah lama pasti saya juga akan mencubanya.

Allah menyebut dalam sebuah firman-Nya :

“Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan kepada sekalian umat manusia, untuk memberi khabar gembira (dengan syurga) dan untuk memberi peringatan (dengan neraka), tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”
(As- Sabak:28)
Jelaslah agama Islam ini untuk semua. Bukan tertakluk kepada satu bangsa sahaja. Kalau Melayu, mesti Islam. Kalau berbangsa Arab, mesti Islam. Tidak semestinya !
Dan makin bertambahlah kefahaman kita bahawa kerja dakwah ini perlu dilakukan. Dan cara untuk melakukan dakwah dengan sebaiknya adalah menjadikan dakwah kita sebagai satu jihad fi sabilillah.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda : “Saya telah diperintahkan untuk memerangi orang ramai sehingga mereka berkata `La Ilaha Illa-Allah Muhammadun rasul-Allah’. Dan sekiranya mereka berkata demikian, maka mereka telat menyelamatkan darah (nyawa) serta harta benda mereka kecuali apa yang hak (dengan sebab).”

Dan sabda  Baginda lagi : “Al Jihad telah wujud semenjak Allah SWT mengutuskan saya dan (berterusan) sehingga yang terakhir di antara ummah saya memerangi Al Dajjal. Tiada kezaliman (seseorang) yang zalim atau keadilan (seseorang) yang adil akan menghentikannya.”

Dan pesanan saya kepada ikhwah dan akhawat semua,

Sewajarnya dakwah kita ini tidak sepatutnya terhenti kerana dakwah kita adalah jihad kita di jalan Allah. Sesungguhnya jihad di jalan Allah itu akan terhenti bila terpisahnya ruh dari jasad ini.

p/s : pelik dengan kelakuan orang Islam yang dok kagum sgt dengan org-org Barat. Mereka saje nak tarik perhatian kita. Ada yang kaji Al-Quran lah. Tengok-tengok mereka hentam semula kita dengan hujah mereka.

p/s : bukankah lebih wajar jika filem-filem tentang Islam atau apa jua sumber media yang berkisarkan tentang Islam datangnya dari orang Islam ? Orang Barat tak sesuai la…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s