lawan nafsu itu adalah agama

Bismillah.

Salam dakwah.

Teruskan membaca untuk hari ini.

********************************

Nafsu sama sekali tidak boleh dilawankan dengan nafsu.

Lawan nafsu adalah agama.

Contohnya mudah. Seorang lelaki ingin menghilangkan nafsu zinanya dengan menonton video lucah. Dan dia mendapatinya cara ini sangat berkesan ?

Oh sama sekali tidak.

Prinsipnya, lawan nafsu adalah agama. Dan Islam telah menyediakan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini. Caranya bernikah, jika tidak mampu, maka wajib berpuasa.

Sebagaimana yang kita ketahui, jihad yang terbesar adalah melawan nafsu diri sendiri. Rasulullah berkata kepada para sahabatnya yang baru pulang dari medan perang bahawa kamu baru pulang dari jihad kecil.

Perang hanya jihad kecil. Meskipun kematian di dalam medan perang fi sabilllah mendapat anugerah mati syahid di sisi Allah, tetapi bukankan melawan nafsu sendiri lebih besar pahalanya ?

Dalam sebuah hadis :

“Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah.” Rasulullah bersabda: “Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit.” Mereka bertanya: “Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid.”

Aplikasikan konsep ‘ lawan nafsu itu adalah agama’  mulai hari ini. Agama telah menyediakan jalan-jalan yang terbuka luas untuk kita mengatasi masalah yang berpunca dari hati ini.

Nafsu datangnya dari hati yang tidak suci.

Sebab itulah Allah berfirman bahawa satu-satunya ubat untuk penyakit hati adalah Al-Quran. Kita baca. Kita tadabbur, selami isinya. Cuba hayati apa yang Allah mahu sampaikan kepada kita hamba-hamba-Nya.

Al-Quran is just a book if you don’t know how the exactly way using it !

Baca Al-Quran tanpa hati akan terasa kosongnya. Terasa seperti membaca sebuah buku cerita. Cerita yang tiada impaknya kepada diri. Dan bermula di sinilah, jatuhnya kita sebagai seorang Muslim.

Pakar-pakar Barat sibuk mengulangkaji dan mengkaji sebuah kalam Allah yang dikhaskan untuk kita. Namun, kita masih berdiam diri tanpa mengambil sebarang pengajian daripadanya.

Bila kita hayati kalam-Nya, hati kita akan terasa seperti sedang diubati. Terasa tiada ubat lain yang mampu menandinginya. Untuk penyakit fizikal yang melibatkan hati, sememangnya bergantung kepada pembedahan dan ubat-ubatan.

Namun, lebih penting bagi kita untuk mengubati penyakit rohani yang melibatkan hati. Tanpa ubat ini, diri kita yang kian rosak tanpa kita sedari. Sudah banyak tompok-tompok hitam bertapak dan akhirnya kita merasa kegelapan di bumi Allah yang bercahaya ini.

Al-Quran = book getting to know Allah more better.

Al-Quran adalah buku aqidah. Aqidah adalah tunjang seorang Muslim yang beriman.

Tanpa pegangan aqidah yang kukuh, mungkin ia seorang Muslim tetapi bukan seorang Mukmin.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya.( Riwayat Muslim )

Bacalah Al-Quran !

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.( Riwayat Bukhari & Muslim)

Bukankah kita patut berbangga dengannya ?

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran adalah santapan untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Advertisements

2 thoughts on “lawan nafsu itu adalah agama

  1. Hadis jihad lawan nafsu jihad terbesar itu bukanlah hadis, itu kata2 tabi’in…sila faham dan kaji sebelum tulis supaya kita tidak berbohong tentang Rasulullah. Wallahu A’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s