I’m The Best

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Sehari-hari kita menghadapi kehidupan, mesti dan harus kita cuba untuk menerima kenyataan.

***************************

‘ Apa yang kita lakukan hari ini, melambangkan kita pada masa hadapan nanti.’

Sebelum saya menulis lebih panjang, cuba tonton video ini dahulu.

Mengisahkan tentang apa cita-cita mereka pada masa hadapan. Kini, giliran anda untuk mengambil satu helai kertas. Ambil pensil atau pen-pen berwarna. Lukiskan atau lakarkan apa yang anda mahu jadi pada masa hadapan.

Tanya kembali pada diri anda apa yang anda mahu jadi pada masa hadapan.

Tanya kembali pada diri anda apa yang mahu dicapai pada masa hadapan.

Bila ada matlamat. pasti punya cara. Namun, mesti ingat apa jua matlamat anda tidak akan menghalalkan cara. Cara yang digunakan untuk mencapai apa yang diingini mestilah lulus di sisi Allah Taala.

Seharusnya, matlamat kita sebagai seorang anak untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, anak yang membanggakan ibu dan ayah.

Matlamat kita sebagai seorang pelajar, mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Matlamat kita sebagai seorang isteri atau suami, menjadi pendamping yang terbaik di sisi pasangan. Dan melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, membina sebuah keluarga yang bahagia.

Matlamat tarbiyyah kita sebagai seorang daie kelihatan lebih jelas. Tummuhat yang tertanam menguatkan lagi semangat untuk melakukan usaha-usaha pengislahan ummat.

Namun, apakah matlamat kita dalam menjadi seorang hamba Allah ?

Mulai dari hari ini, tanam matlamat dalam diri,

AKU INGIN MENJADI HAMBA YANG TERHEBAT BUAT-MU

Hebat yang bagaimana ?

Hebat dalam ketaatan kepada-Nya.

Hebat dalam mempersembahkan ibadah buat-Nya.

Hebat dalam meletakkan segala pergantungan ke atas-Nya.

Hebat dalam meletakkan keyakinan ke atas segala kuasa-Nya.

Hebat dalam menyerahkan diri sepenuh jiwa dan raga kepada-Nya.

Hebat dalam memberi cinta kepada Yang Maha Esa.

Hebat dalam bertawakkal kepada-Nya.

Hebat dalam menjadi pejuang agama-Nya tanpa mengharapkan balasan.

Hebat dalam segala-galanya.

Hebat dalam mencapai redha-Nya.

Panjang senarai saya. Jangan risau, Jangan ternganga. Anda tidak perlu kecut perut.

Latih diri anda semoga sebelum anda menamatkan riwayat sebagai seorang Muslim.

‘ Practise make perfect ‘

Latih diri tiap-tiap hari.

Cuba untuk capai tiap-tiap hari.

Tapi sebelum itu, mulakan untuk tanam dalam diri. Niatkan di hati.

Jangan risau, Allah ada untuk anda. Sentiasa ada. Setiap masa setiap tempat. Dia tidak pernah meninggalkan kita. Hanya kita yang selalu meninggalkan Dia.

Senang berkata, susah untuk melakukannya. Tetapi, apakan daya, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Inilah hakikat seorang hamba.

Benda yang saya perkatakan hanya benda biasa. Saya hanya mahu mengajak anda semua merenungnya kembali.

Marilah sama-sama kembali kepada fitrah yang asal~

When challenges mount upon you,
Then why not reflect the chapter of ‘Alam Nasyrah’,
Realize prior to hardship is ease and after that is ease,
If you realized about that, then be glad.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s