robot disuntik cinta

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Entri hari ini, jemput baca :)

Dikarang oleh saya.

****************************

Selagi tidak disuntik cinta, kita adalah robot.

Robot adalah sejenis mesen ciptaan manusia. Zaman sekarang semakin moden dek kewujudan teknologi yang ada. Cerita tentang robot pun banyak ditayangkan. Mainan robot juga berlambak dijual di pasaraya dan kedai-kedai mainan kanak-kanak.

Penciptaan robot sekarang kian meluas terutamanya di negara Jepun. ASIMO. TOPIO.

Tokoh ilmuan Islam bidang kejuruteraan juga terkenal dengan penciptaan robot. Siapa lagi kalau bukan Al-Jazari (1136-1206) atau nama sebenarnya Abu al-‘Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazarī. Kitabnya yang terkenal, Kitáb fí ma’rifat al-hiyal al-handasiyya (Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices) pada tahun 1206, dimana kitab ini menceritakan tentang lebih kurang 50 mesin beserta arahan untuk membinanya.

The hand-washing automaton with a flush mechanism designed by al-Jazari.
The musical robot band designed by al-Jazari.

 

al-Jazari's hydropowered saqiya chain pump device.

Siapa sangka pada satu ketika dahulu, ilmuwan Islam yang memonopoli ilmu dunia. Kita cuma dikenalkan dengan tokoh-tokoh Barat yang mungkin ada dalam kalangan mereka menggunakan buku hasil tulisan ilmuwan Islam sebagai rujukan mereka.

Jadi, sebagai orang Islam, kita patut berbangga dengan tokoh-tokoh yang kita ada, yang seagama, yang seaqidah dengan kita. Bukan hanya sibuk memuji tokoh-tokoh Barat yang ada.

Namun, bukan sejarah Robot yang saya mahu ceritakan di sini.

Kita juga adalah robot jika kita tidak disuntik dengan cinta.

Cinta adalah satu perasaan yang datang dari hati. Cuma kini, saya tidak menjumpai lagi satu robot yang mempunyai ciri-ciri yang benar-benar menyerupai manusia. Mempunyai perasaan dan hormon dalam badan. Mungkin sahaja ada di luar sana, tetapi mampukah mereka menandingi ciptaan Allah yang Maha Esa ?

Robot hanya tahu mengikut arahan tuannya tanpa mengetahui arahan tuan itu betul atau salah. Namun kita adalah robot yang mempunyai akal dan fikiran. Diberi pilihan. Dan mempunyai kebolehan untuk membuat perbandingan dan perbezaan.

Kita robot yang istimewa. Tuan kita bukan calang-calang tuan. Tuan kita ketua di muka bumi ini. Tuan kita yang mencipta segala benda. Tuan kita telah mengeluarkan perintah untuk kita patuhi, namun adakah kita mendengar kesemuanya ?

Kita robot yang istimewa, mempunyai anggota yang cukup lengkap. Ada khidmat saraf yang menghantar imput kepada otak supaya sistem anggota boleh berfungsi dengan lebih efisien.

Kita robot yang istimewa. Ada perasaan. Bila datangnya perasaan, kita akan bertindak balas. Melihatkan perkara yang kelakar, membuat kita ketawa. Melihatkan perkara yang menyayat hati, kita akan menangis. Melihat dunia dengan mata hati, itu saya kira lebih menyeronokkan dari melihat dunia dengan mata kasar namun tidak mendapat apa-apa.

Kita robot-robot dakwah. Kita telah disuntik dengan cinta akhirat yang sarat membawa kita kepada-Nya.

Kita robot-robot dakwah. Penuh dengan tugasan-tugasan dari Tuhan.

Kita robot-robot dakwah. Kita juga disuntik dengan cinta kepada jalan dakwah dan tarbiyyah. Cinta yang mampu membawa kita lalai. Tidak kira apa jua dugaan yang datang menjengah, kita tetap berada dalam saff ini !

Kita robot-robot dakwah. Selesainya dakwah pada siang. Pada malam, kita kembali mengadap Tuhan yang Maha Esa.

Kita robot-robot dakwah. Kita sarat dengan tenaga yang akan digunakan untuk ummat ini, Kita sarat dengan kemahiran dan kebolehan yang boleh digunakan untuk mencantikkan dakwah ini. Kita sarat dengan pengetahuan yang mesti disampaikan kepada robot-robot lain, yang bukan seperti kita.

Kita mesti menanamkan matlamat agar akhirnya semua ummat manusia menjadi seperti kita. Bukan ciptaan sia-sia. Bukan robot tiada guna pakainya.

Kitalah robot dakwah, bertemu cinta akhirat, sarat membawa kita kepada-Nya~

 

p/s : entri ini terkesan setelah menonton sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran dan aksi.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s