latihan pemulihan

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Apa khabar hari ini ?

Harap sihat belaka semua pembaca saya.

Jom membaca (saya refer kepada entri saya hehe).

******************************

Alhamdulillah. Hari ini bermula latihan fisioterapi atau dalam bahasa senangnya latihan fizikal untuk orang yang mempunyai kecederaan yang melibatkan tulang, otot, sendi dan lain-lain. Ini bukan definisi sebenar, hanya mainan perkataan saya.

Datang daftar pukul 9 pagi ditemani ayah. Dapat dua senaman baru untuk melatih otot paha yang kian lemah. Sudah lama rasanya kaki kanan ini tidak menapak di bumi yang nyata, berjalan seperti biasa. Dan ahli fisioterapi banyak membantu setelah membuat penerangan. Ada juga soalan yang saya ajukan kepada dia.

” Kak, biasa sakit macam saya, berapa lame mase amek nak pulih ? ”

” Bergantung kepada keadaan.”

” Biasenye ? ”

” 2 atau 3 bulan.”

Lamanya. Ingatkan dua minggu sahaja. Perasaan mula kacau. Saya mahu pulang cepat, tetapi mahu pulang dalam keadaan yang betul-betul sihat.

Pulang cepat atau pulang dalam keadaan sihat lebih penting ?

Saya bertanya kepada mutarabbi saya tentang kekeliruan yang berlaku. Katanya,

” ana lebih suka anti fisioterapi di malaysia tapi part yang extend year tu yang ana kurang setuju.”

Padanya, dia lebih suka jika saya pulih sepenuhnya dahulu. Tetapi masa yang terbuang perlulah diguna sebaiknya. Baca buku-buku pelajaran, baca buku-buku fikrah, dengar ceramah. Asalkan masa tidak terbuang. Bila sudah tiba masanya untuk balik, baliklah. InsyaAllah, Allah lebih tahu masanya bila.

2 in 1.

Sabar + Redha = Hamba.

Sabar menanti pemulihan diri sendiri dan redha dengan apa yang terjadi banyak mengajar saya tentang hakikat seorang hamba Allah yang sangat-sangat lemah. Terasa diri ini bagaikan baru setahun jagung, baru bertatih-tatih dalam alam tarbiyyah.

Sabar dan redha ‘on the spot’ memang susah. Perlu mendidik hati. Perlukan hati yang tenang dan lapang. Sabar bukan pada akhirnya, tapi dari mula. Redha bukan bila sudah menitis air mata, tapi redha sebelum jatuhnya air mata.

Sabar dan redha memang sifat seorang hamba. Tanpa kedua-dua sifat ini, tarbiyyah dari Allah akan terasa hambar, terasa tidak bermakna. Tanpa keduanya, kita bukan hamba, kita bukan lagi manusia.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya besarnya balasan itu sesuai dengan besarnya ujian, dan sesungguhnya Allah s.w.t. jika mencintai suatu kaum, maka Dia akan mengujinya, barang siapa yang redha akan ujian itu maka baginya keredhaan Allah, dan barang siapa yang marah / benci terhadap ujian tersebut, maka baginya kemurkaan Allah” (Hadis hasan menurut Imam Tirmidzi).

Dan bukan saya sahaja yang perlu bersabar. Orang lain juga perlu bersabar. Kamu yang lain juga perlu belajar untuk meredhakan sesuatu agar kamu semua lebih diredhai-Nya.

Ada satu hadis Rasulullah S.A.W : “Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari

Dan Allah telah memberi amaran kepada kita dalam sebuah hadis Qudsi yang berbunyi :

“Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”

-Syair Imam Syafie berkenaan sabar-

Bersabar lah yang indah

Alangkah dekatnya kelapangan

Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil

Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan

Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap

(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)


Kehidupan banyak mengajar kita jika kita boleh mengambil hikmahnya.

Kehidupan lebih banyak erti jika kita melihat dengan mata hati.

Jalanilah  kehidupan seolah-olah anda senang merancang sesuatu yang sangat besar untuk hidup sendiri.

Sekian, dari hati seorang hamba yang sabar menanti masa pemulihannya

mylittlepencil~

lagu untuk semua

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s