S.A

Bismillah.

Salam dakwah dan tarbiyyah buat kamu semua.

Jom baca entri hari ini.

***************************

Saya pening kepala mendengarkan dua ayat dari adik perempuan yang sedang membesar. Satu berbentuk pertanyaan. Satu lagi berbentuk penyataan.

” Betul ke kakak Allah tak suke kite kawan dengan lelaki ? ”

” Biba tak nak solat Asar lah. Nak solat Maghrib je. ”

Pening kepala memikirkan respon apa yang sesuai untuk saya berikan agar lebih mudah untuk dia faham. Faham tentang apa jua benda yang dia lakukan di dunia ini.

Faham tentang dunia sebenar yang sedang dia lalui. Faham tentang diri dia dan pencipta-Nya.

Sebab bila sudah faham, tidak perlulah seseorang mempersoalkan itu dan ini. Lebih baik, jika kefahaman itu ditanam bersama keyakinan.

Fahami Allah. Yakin dengan Allah. Senang.

Senang ?

Senang untuk berkata. Tetapi sukar untuk mencapainya.

Tetapi bukan tentang ini yang saya mahu bicarakan. Cuma, mahu menerangkan tentang apa yang lebih saya fikirkan. Bila diolah, menjadi satu konsep. Betapa susah dan pentingnya untuk kita mengajar anak/anak sedara/adik-beradik/sesiapa sahajalah tentang realiti kehidupan.

Realiti kehidupan yang menerangkan kita ini berpijak di bumi yang nyata.

Realiti kehidupan hakikat seorang hamba.

Realiti kehidupan bahawa kita ini hidup bukan sia-sia.

Mungkin terlalu awal untuk menerangkan kepada budak-budak yang masih kecil tentang tarbiyyah yang kita miliki. Bercakap perkara-perkara yang tidak pernah terlintas di pemikiran mereka.

Tetapi, hakikatnya, kita perlu mula menanam dalam jiwa. Agar, bila sudah besar nanti, tidak terlalu liat untuk lebih memahami, tidak terlalu kosong untuk mengerti.

‘ Melentur buluh biarlah dari rebungnya ‘

Benar kata pepatah ini. Jika tidak dilentur dari awal, akan rosaklah pembinaan seseorang individu. Dan sekarang, makin saya akui. Duduk di rumah, hanya bergaul bersama adik sendiri banyak mengajar saya. Ragam adik yang pelbagai. Solat pun perlu dipaksa. Buat kerja sekolah juga perlu dipaksa. Tapi, kalau bab makan, tidak perlukan paksaan. Malah, dia yang laju mengambil pinggan dan mencedok makanan.

Baru nampak betapa susah seorang ibu berusaha untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna. Kawal itu dan ini. Yang salah ditegur, yang betul dipuji.

‘ Lihat bagaimana ibunya, itulah anaknya ‘

Ini kata-kata semangat yang baru saya cipta. Kuasa mentarbiyyah lazimnya terletak pada tangan ibu yang melahirkan. Ibu yang lebih banyak meluangkan masa bersama anak-anak. Jiwa kaum perempuan lebih lembut dan halus untuk mendekati kanak-kanak.

Namun begitu, sebelum kita mentarbiyyah orang lain, perlulah mencorakkan tarbiyyah dalam diri kita. Seolah-olah kita sudah melaziminya sebagai hakikat sebuah kehidupan.

Lakari kehidupan diri sendiri dan insan lain dengan tarbiyyah yang kita miliki.

Seringkali kaum ibu memikirkan persediaan untuk menyambut bayi yang bakal lahir (hehe, bercakap macam dah ada pengalaman) berbanding persediaan untuk diri sendiri.

Persediaan fizikal dan mental. Rohani dan jasmani. Akal dan hati.

Segalanya perlu bersedia.

Persediaan dengan tarbiyyah pastinya sempurna.

Sempurna ?

Maksud saya, pembinaan diri dan anak-anak lebih tersusun dan terancang. Lebih bermatlamat.

Paling penting, memahami hakikat kehidupan.

Dan saya, akan terus berfikir bagaimana cara untuk membina adik-adik yang berada di depan mata, Tidak mahu mereka berjiwa kosong. Tidak mahu mereka berjiwa yang terlalu kebudak-budakan. Mahu mereka berjiwa besar. Berjiwa kental.

Mahu mereka merasakan tarbiyyah dari awal. Meskipun bukan dari ibu bapa, biarlah saya memulakan tugasnya.

p/s : S.A = sedia awal

 

 

 

“”

2 thoughts on “S.A

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s