mula terasa sesak

Bismillah.

Salam dakwah untuk semua

Harapnya, semua pembaca sihat seperti sediakala insyaAllah.

Jom baca entri saya kali ini.

*****************************

Sebelum itu, saya ingin bertanya beberapa soalan kepada anda.

Anda ada lelah ?

Pernah lihat orang terdekat di samping ada mengalaminya ?

Tahukah anda bagaimana rasanya sesak nafas ?

Jawapan saya untuk soalan di atas, ya, saya ada lelah. Terutama kalau masuk tempat-tempat yang pasang pendingin hawa ataupun bila hujan. Kalau kipas kuat sampai 3 pun, saya sudah mula rasa sesak dada.

Saya mula ada lelah sejak sekolah menengah. Bukan perihal diri saya yang mahu diceritakan di sini. Tetapi mahu mengajak anda semua untuk lebih menghargai setiap nafas yang anda hirup hingga saat ini.

Alhamdulillah, jika anda tiada lelah ataupun apa-apa penyakit yang boleh menyebabkan pernafasan anda tidak seperti sediakala.

Saya terfikir, bagaimana mahu mengajak anda semua menjiwai keadaan orang yang ada masalah pernafasan.

Setakat keadaan yang berlaku terhadap diri saya, bila sudah sesak nafas, mula rasa tidak selesa, rasa macam sudah habis kehabisan nyawa pun ada, rasa macam kelabu dunia, rasa jantung tidak cukup oksigen. Tarik nafas dalam-dalam pun tidak akan lega selagi tidak ambil ubat ataupun ubah posisi badan. Kadang-kadang, sampai terpaksa kejutkan umi untuk minta dia urut belakang saya.

Sesak nafas. Saya ingin menyamakan dengan keadaan orang yang tersekat dadanya dari mendapat hidayah Allah.

Inilah rasanya. Terasa pedihnya. Terasa peritnya.  Rasa macam sesakkan sesuatu yang sangat kita perlukan.

Oksigen memang sangat-sangat kita perlukan untuk badan dan otak kita berfungsi dengan betul.

Hidayah dari Allah juga satu benda yang sangat penting untuk kita cuba berusaha mendapatkannya.

Sebagai seorang makhluk Allah, sudah tentu kita mendahagakan petunjuk dari-Nya dalam apa jua langkah kita sepanjang melalui denai kehidupan.

Kedua-duanya terasa di dada saya sekarang. Sesak untuk mendapatkan oksigen. Juga sesak mendapatkan pertolongan-Nya.

Banyak betul perkara yang saya fikirkan. Itu dan ini. Mencari jalan penyelesaian dan akhirnya menemui jalan buntu. Bila terlampau banyak perkara, mula akal, malah hati juga turut sesak.

Tiap kali sebelum tidur, kerap kali saya cuba untuk menenangkan diri. Berfikir dalam kadar yang tenang. Berfikir sebagai seorang yang normal. Berfikir seperti biasa agar tidak terlalu mempengaruhi emosi.

Saya sudah merasakan teruknya berfikir diheret emosi.

Rasa tidak terurus. Rasa serabut.

Banyak yang saya pelajari sepanjang melalui tarbiyyah-Nya, sepanjang melalui keadaan diri yang sebegini rupa. Tidaklah menangisi, tetapi tidaklah gembira.

Sebagai seorang daie, memang kena tabah dan cuba untuk memahami corak tarbiyyah. Cuba untuk merasai. Bukan sekadar tahu tentang tarbiyyah. Ilmu sahaja tidak cukup tanpa kita mencungkil pengalaman.

Ilmu tentang tarbiyyah yang banyak, tetapi hati gersang kerana tidak merasai sebenar-benarnya apa itu tarbiyyah, memag rugi !

Menikmati tarbiyyah tanpa ilmu juga saya kira akan terasa kekurangan. Kurang sempurna untuk mendapat lebih kefahaman tentang tarbiyyah.

Sebagai seorang manusia yang normal, uruslah perasaan anda dengan baik. Uruskan pemikiran dengan baik. Jika sudah terasa sesak, cepat-cepat bangkit mendapatkan penenang. Jangan biarkan diri anda stress, dilambung ombak begitu sahaja. Tenangkan hati anda dalam solat. Minta ketenangan dalam doa.

 

 

p/s : jika anda ada masalah kesihatan, makanlah ubat.

p/s : saya akui mood saya kebelakangan ini agak tidak tersusun. entri ini pun sekadar ingin menenangkan diri sendiri. maaflah entri ini agak serabut.

p/s : akak-akak tahun empat di egypt sana, good luck dalam exam.

 

 

 

 

 

 

2 thoughts on “mula terasa sesak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s