prioriti cinta

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Moga hari ini, terasa lapangnya dada untuk menerima segala ketentuan dari-Nya.

Entri hari ini, mungkin pendek sahaja. InsyaAllah.

***********************************

Saya tertarik dengan sebuah hadis Qudsi,

” Daripada Abu Muslim al-Khaulani daripada Mu’az bin Jabal R.A, ia berkata : ” Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan daripada Tuhannya dengan sabdanya : ‘ Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya.’ “

Abu Muslim menyambung : ” Kemudian aku keluar hingga bertemi Ubadah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu’az bin Jabal, maka ia menyatakan : ‘ Aku mendengar Rasulullah S.A.W menceritakan daripada Tuhannya yang berfirman : ‘ Cinta-Ku berhak untuk orang yang bercinta kerana-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang yang saling tolong menolong kerana-Ku dan cinta-Ku berhak untuk orang yang saling berkunjung kerana-Ku. Orang yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya.’ “

( Riwayat Ahmad)

 

Saat saya menatap hadis ini, saya mula terkenangkan akhawat yang saya rindukan di bumi sana dan dimana jua anda berada, sama ada saya mengenali anda mahupun tidak.

Marilah kita sama-sama mengejar untuk mendapatkan cinta-Nya kerana tiada cinta yang lebih mahal selain dari cinta-Nya.

Tiada cinta yang seagung cinta-Nya.

Tiada cinta yang sehakiki cinta-Nya.

Dan terkenang juga kepada akhawat yang sudah ataupun bakal berumahtangga dalam jalan dakwah ini. Betapa untungnya nikah di jalan dakwah.

Cinta kepada pejuang di sisi kerana Allah dan dakwah ini. Moga-moga baitul muslim yang dibina diberkati Allah dan mampu membuktikan dakwah akan bergerak dengan lebih laju dan mantap.

Saya tidak sesuai untuk mengungkapkan hal ini dengan lebih panjang kerana tidak mengalaminya lagi.

Tetapi tidak mampu untuk saya menyembunyikan bahawa itu adalah antara matlamat yang ingin dicapai. Bukan sekadar mahu berkahwin, malah mahu mencapai taraf perkahwinan ini kerana dakwah.

Seperti Rasulullah sendiri, dan para sahabat yang lain.

Bukan nikah yang soley-soley (sia-sia).

Nikah yang ada matlamat. Nikah yang memajukan ummat. Nikah yang ada hasil.

Dan untuk akhawat semua atau sesiapa sahaja, marilah kita aplikasikan hadis di atas.

Jom muhasabah.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s