ini hadiahku

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jom baca entri saya hari ini.

***************************

Entri saya ini bersempena dengan kerinduan saya terhadap posisi biasa semasa bersolat (boleh pulak macam ni). Hal ini terjadi kerana saya bersolat dengan posisi yang duduk sambil kaki melunjur ke arah kiblat.

Sangat-sangat merindui saat kepala menyentuh sejadah ketika sujud mengadap-Nya. Tetapi itu sepatutnya bukan alasan untuk saya mencipta alasan solat saya tidak khusyuk walaupun saya pernah mengadu kepada ukhti hal ini.

Rase macam dah tak ruhiyy dah solat kepala tak sentuh. ”

Turut merindui untuk duduk dalam keadaan tahiyyat yang normal. Macam orang lain yang sempurna tubuh badannya dan Allah menganugerahkan kesihatan buatnya. Maka, bersyukurlah anda bagi yang diberikan peluang oleh Allah untuk bersolat seperti biasa.

Dan kita semua patut bersyukur kerana Allah masih memberi peluang masa untuk kita menunaikan solat sebagai hadiah kehambaan kita.

Semalam, terfikir sendiri, bagaimana saya mahu jadikan solat yang saban hari saya lakukan sebagai hadiah untuk Yang Maha Esa, Yang Maha Agung. Hadiah yang sempurna. Hadiah yang cantik.

Pernahkah persoalan ini  singgah dalam medan pemikiran dan singgahsana hati anda ?

Kalau pernah, dan jika anda ada caranya, ceritakan kepada saya.

Jika tidak pernah, mulakan bertanya kepada diri anda.

Selama ini, terasa tidak sempurna hadiahnya. Hadiah yang hanya berbalut telekung putih. Kadangkala tidak dibalut dengan kekhusyukan yang penuh.

Selama ini, tidak terasa mahalnya hadiah yang saya berikan. Ibarat hanya boleh dibeli di kedai-kedai biasa. Solat yang hadir dengan pelbagai persoalan dunia yang tidak terjawab. Solat yang sewajarnya mahal, hadir dengan penuh ketaatan dari seorang hamba, malangnya menjadi murah begitu sahaja.

Selama ini, terasa tidak lengkap. Mungkin kerana hanya menganggap solat hanyalah satu perintah dari-Nya. Bukannya satu hadiah istimewa untuk dijadikan persembahan agung buat-Nya.

Selama ini, terasa tidak lengkap. Mungkin kerana hanya menganggap solat lima waktu adalah rutin biasa yang tidak wajar untuk ditinggalkan oleh seorang yang bernama mukmin. Atau tidak layak untuk ditinggalkan oleh seorang daie yang telah lama berada dalam jalan ini. Sedangkan solat ini adalah dari jiwa hamba yang perlukan kekuatan untuk menyucikan ruhiyyahnya.

Dan bukankah ruhiyyah itu sewajarnya kuat buat para daie khususnya. Jika solat sudah lompong, bagaimana mahu menampal kekosongan ummah ini yang kian lama kian terkoyak ?

Rasailah solat inilah satu-satunya hadiah persendirian untuk Allah. Bukan sembarangan hadiah biasa. Jadikan solat ini hadiah yang luar biasa.

Teruskan latih diri untuk khusyuk dan solat awal waktu pabila mendengar seruan azan yang mana menandakan seruan dari-Nya. Seruan dari-Nya untuk kita meninggalkan sementara urusan dunia. Seruan rindu  dari-Nya untuk bertemu dengan hamba-hamba-Nya.

Betul kata-kata, ‘ Sembahyanglah sebelum anda disembahyangkan ‘

Mulai dari hari ini, jiwailah solat anda. Rasailah nikmat solat. Dan persembahlah sebaiknya sambil berkata,

” Kerana ini hadiahku kepada-Mu.”

Erk, jangan cakap dalam sembahyang pulak. Cakap sebelum solat.

p/s : maaf saya bukan mahu memberi cara, cuma ingin berkongsi rasa yang mungkin juga anda pernah merasainya.

Advertisements

6 thoughts on “ini hadiahku

  1. waalaikumussalam..
    tazkirah yg menyentuh hati..
    shukran ats kunjungan ke blog ana.
    teruskn menulis krn Allah Taala.
    barakallahufik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s