kekangnya dari merentap jiwamu

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jom baca entri saya kali ini.

*****************************

Untuk mengubat kesedihan sepanjang berada di Malaysia, ayah menunjukkan saya satu buku untuk dibaca. Tajuk buku biarlah saya rahsiakan sehingga anda membaca penuh entri saya.

Kata-kata menarik dari seorang daie yang hebat,

Nafsu yang berada di dalam diri kamu itu adalah sasaran utama bagimu. Jika kamu berjaya menundukkannya, maka untuk yang selainnya itu adalah lebih mudah.”

Pentingnya bagi kita untuk tidak mengheret nafsu dalam dakwah kita. Kerana tidak menjaga nafsu adalah pembunuh utama dakwah kita ini.

Fokus utama saya adalah terhadap nafsu yang Allah berikan kepada kita tetapi kita yang menyalahgunakannya. Itulah yang menjadi sasaran seorang daie, iaitu nafsu dirinya sendiri.

Bagaimana dia menjaga hawa nafsunya.

Bagaimana ketika dia berada seorang diri tanpa ada sesiapa di sekelilingnya. Boleh sahaja, dia melakukan apa sahaja untuk menuntut kepuasan nafsunya. Kerana tiada yang melihat, tetapi dia lupa kepada yang Maha Melihat !

Dalam sibuk menyampaikan dakwah kepada ummah ini, adakah anda berjaya mengawal nafsu anda, kecil atau besar, ia tetap nafsu !

Nafsu untuk melihat mad’u agar cepat untuk sedar tentang dakwah ini secara tidak langsung adakalanya timbul dalam benak hati kita.

Lambat betul adik ni. ”

Pada saya, ini nafsu yang sangat tidak elok untuk seorang daie simpan dalam lubuk hatinya. Kita ini mentarbiyyah manusia. Manusia yang mempunyai akal fikiran dan hati, sama seperti kita. Manusia yang juga mempunyai nafsu seperti kita.

Kita juga melihat bukan, betapa susah guru-guru susah payah mengajar anak-anak muridnya, ibu bapa mentarbiyyah anak-anak mereka.

Kerja mengajar susah, apatah lagi kerja mentarbiyyah.

Kerja mentarbiyyah memerlukan seorang murabbi yang perlu membuang awal-awal sikap yang cepat berputus asa, iman yang sentiasa bergerak, semangat yang sentiasa berkobar-kobar, hati yang penuh suci serta keikhlasan yang tinggi.

Hindarilah kamu daripada sifat cepat berputus asa, kerana berputus asa itu bukanlah dari akhlak orang Islam. Dan hakikat kehidupan hari ini, adalah mimpi yang kelmarin, dan mimpi hari ini adalah hakikat bagi hari esok, selagi mana waktu masih lagi lapang, selagi mana masih ada anasir-anasir kekuatan bagi jatidiri anak bangsamu yang Mukmin, sekalipun di sana masih wujud anasir-anasir kezaliman yang melakukan kerosakan. Ini kerana tidak selama-lamanya golongan yang lemah itu lemah buat selama-lamanya dan tidak pula selama-lamanya orang yang kuat itu kuat buat selama-lamanya.’

Bagaimana kita melihat penduduk Mesir yang tidak henti berjuang menuntut kebebasan mereka sehinggalah jatuh rejim pemimpin mereka selama ini menyiksa rakyat. Mereka tidak berhenti putus asa. Mereka tetap berjuang. Dan akhirnya perjuangan mereka membuahkan kejayaan. Alhamdulillah.

Semacam itu jualah kita.

Kekanglah nafsu dari merentap semangat yang selama ini bertakhta dihatimu wahai para pejuang !

Nafsu mungkin membunuh dakwahmu dari dalam.

Tundukkan nafsu kamu sehabis yang boleh dan kerja dakwahmu nescaya akan lebih mudah selepas ini.

Setelah kau berjaya tundukkan nafsumu, maka lebih mudahlah untuk kau menundukkan nafsu yang lain.

Setelah melawannya, barulah kau akan tahu betapa nikmatnya kepuasan berlawan dengan tentera yang hebat ini !

Kekanglah rontaan hawa nafsumu dengan pandangan akal fikiranmu, dan terangilah akal fikiranmu dengan nyalaan naluri kamu dan selongkarilah hakikat kebenaran di alam khayalan kamu yang diibaratkan seperti kilatan kilat yang menyambar. Dan janganlah kamu melawan arus kehidupan, nescaya kamu akan tewas. Tetapi kuasailah ia, dan ubahkan ia ke arah jalan yang betul, di samping kamu meminta pertolongan di dalam menghadapinya dengan setengah yang lain. Dan perhatikanlah akan saat kemenangan itu kerana ia tidaklah jauh darimu.’

 

p/s : tajuk buku- Memperingati Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, Edisi Khas Revolusi Mesir 2011, terbitan Jundi Resources

p/s : 14/10/1906-12/2/1949 : tarikh yang sewajarnya diingati.

p/s : semua kata-kata di atas yang di’bold’kan adalah kata-kata dari beliau.

p/s : selamat hari lahir kepada ukhti Rashidah Ahmad Azam dan Sakinah Zaib

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s