khabarku

Bismillah.

Salam dakwah untuk semua.

************************

Hari ini selesailah hari yang telah dinantikan. Temujanji dengan doktor pada tarikh yang telah ditetapkan. Sampai di hospital jam 9 pagi. Mula dengan x-ray dulu. Bila sudah selesai, terus daftar diri di klinik ortopedik. Tunggu punya tunggu dengan separa kesabaran yang sudah hilang (hehe) baru dapat nombor giliran.

” 1034, bilik 2 ”

Terdengar nombor sendiri dipanggil. Ambil tongkat dan terus jalan dengan lagak gaya orang yang berbangga untuk membuka POP (Plaster Of Paris, yang orang sibuk2 panggil simen) pada hari ini, tanpa mengetahui apa yang akan berlaku sebenarnya.

Masuk. Kali ini dapat seorang doktor perempuan Melayu, bekas pelajar Universiti Padjajaran. Doktor tersebut mula membuka laporan saya. Dia membelek-belek hasil x-ray yang baru dilakukan tadi.

” Kejap ye dik.”

” Okai.”

Doktor berlalu pergi sambil membawa x-ray dan laporan untuk ditunjukkan doktor yang lebih pakar. Dan datang kepada saya seorang doktor yang juga sangat mengambil berat tentang saya.

” Awak dah sihat dah ? ”

” Dah.”

” Berapa weeks dah awak pakai POP ni ? ”

” Dari 8 mac hari tu dah.”

” 3 weeks je kan. Sekejap sangat tu untuk PCL avulsion awak ni. Memang awak cedera sikit, tapi ligament ni banyak function. Hari tu saya ade cakap plan nak pakai brace kan ? ”

” Takde pun.”

” Kite tanya doktor Paru dulu lah. Let him decide.”

Ayah sudah menunggu penuh resah diluar. X-ray saya perlu ditunjukkan kepada ketua mereka untuk tindakan selanjutnya. Itu yang mengambil masa lama kerana beliau sangat sibuk orangnya.

Dan tiba-tiba, doktor datang kepada saya,

” N******, you punya kecederaan ni should takes another 6 weeks untuk sihat.”

” Tapi dokter, saya nak balik Mesir, kuliah dah banyak tertinggal.”

” Kita akan bukak simen ni. Dan gantikan dengan knee brace,  ada sudut boleh laras so then your knee can flex. Awak nak tengok alatnye ? ”

” Boleh jugak. ”

” Jap saya pergi ambek.”

Dan kemudian dia datang kepada saya dengan membawa alat yang dimaksudkan.

” Ha ni la die. Nanti cara nak laras sudut ni, MA kan ajar pada awak.”

” Okai.”

” Tapi alat ni hospital tak jual. Harga die 600.”

” Hah..mahalnya.”

” Okai macam ni. Pergi tanya parent dulu ye.”

Saya kemudian keluar dan bertanya kepada ayah tentang alat itu, sama ada dia mahu membelinya atau tidak. Ayah mengikut saya masuk ke bilik doktor.

Ayah berkata,

” Harga saya tak kesah. Tapi kuliah dia ni la. Dah lama berjalan doktor.”

” Tentang itu, kene N****** sendiri la buat fisio cepat. Kalau boleh bengkokkan 90 degree after 2 weeks, die boleh balik, but still bertongkat la sebab flexion tak penuh lagi.”

” So macamane ? ”

Saya berkata, ” Saya nak balik doktor. Exam final dah dekat. ”

” Saya faham tapi awak la kene kuat ye N******.”

Kemudian ayah berkata,

” Jadi saya nak surat la ye untuk dihantar ke kedutaan kat sana sebab melibatkan pengajian die ni. ”

” Jangan risau yang tu encik ye. Saya akan buat surat tu dengan sekali surat follow-up die kat egypt nanti. Biar fisioterapi die sambung kat sanelah. Okai. Jadi sekarang ikut saya ke bilik POP kita pasang alat ni.”

Saya masuk ke bilik POP. Ini kali ketiga masuk ke bilik yang sama. Dan bertembung dengan pakcik MA yang memasang POP saya tiga minggu lepas. Dan dia bertanya,

” Tak balik lagi ? ”

Dalam hati ingin sekali balik, tetapi keadaan fizikal yang sangat membataskan.

Berada dalam bilik POP satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kali ini seronok sangat. Seronok sebab POP saya dibuka. Seronok sangat dapat taaruf dengan pelajar-pelajar yang berpraktikal di situ. Macam-macam cerita yang kami bualkan sepanjang rawatan, hanya semata ingin mengelakkan dari saya memikirkan rasa sakit. Tidak sakit sebenarnya, cuma saya yang agak takut untuk membengkokkan lutut yang sudah sekian lama tidak bengkok.

-Terima kasih, Hajar dan akak-akak lain dari KIST. Antunna sangat baik hati :)-

Dan setelah selesai rawatan di bilik POP, saya keluar menunggu doktor untuk menyerahkann segala surat yang saya perlukan untuk kembali ke Egypt nanti.

– Terima kasih doktor. Saya nak kerja macam akak jugak nanti. Nak kerja di klinik orto.Akak sangat baik hati.-

****************************

Dalam perjalanan pulang, saya berbual dengan ayah.

” Boleh ke N****** balik bah. Kaki ade alat lagi. Memang la boleh bengkok-bengkok tapi still kene pakai tongkat. Nak telefon umi lah.”

” Assalamualaikum umi.”

Dan saya menceritakan segala apa yang terjadi di hospital tadi. Dan umi berkata,

” Macamana kakak. Kamu balik ke sana bertongkat. Camana nak pergi universiti ? Menyusahkan orang lain je. Tak yah la balik.”

Saya terkedu. Dan saya menghabiskan perbualan telefon. Saya ceritakan kepada abah cadangan umi.

” Pendapat abah ? ”

” Abah ikut N****** sebab N****** yang belajar. Memang la balik bertongkat akan susahkan orang. Siapa nak jaga anak abah, orang lain semua sibuk kuliah jugak. Nak pergi U bukan dekat kan, kene pakai kenderaan jugak. Kaki macam ni. Pada abah, baik tangguh je.”

Sepanjang perjalanan pulang dari hospital, saya sebak dan serabut. Memikirkan terlalu banyak perkara memang tidak dijangka akan berlaku. Rasa sedih dengan diri sendiri. Air mata yang mahu keluar ditahan. Tetapi dalam hati sudah rasa lemah, bagaikan hanya jasad yang berada dalam kereta. Roh sudah entah terbang melayang kemana.

Sampai di rumah, saya masih mendiamkan diri. Ayah memandang saya. Mungkin dia faham apa yang saya rasa. Ayah menyuruh saya makan makananyang dibelinya. Saya makan. Tapi sekadar tenaga untuk zahir ini. Dalaman sudah lemah.

Akhirnya menitis juga air mata selepas solat, sewaktu menadah tangan meminta kepada Yang Esa. Sesungguhnya memang saya tidak tahu apa yang mahu saya minta. Air mata terus menderu keluar. Mulut kaku membisu.

” Ya Allah, Kau berikanlah aku semangat. Pulangkan kembali kepada aku. Aku merayu sangat-sangat kau berikanlah kembali semangatku yang dahulu.”

Hanya ini yang terlafaz. Saya terus menangis. Dan menangis……

Abah datang kembali kepada saya,

” Kita tangguh la dulu pengajian ye. Nak buat macamane. Bukan kite yang mintak. Bukannye sesaje ulang tahun kan. Ade sebab. Abah taknak sampai kat sane, nyusahkan orang. Baik umi dengan abah yang tengok.”

Saya tersenyum biasa. Senyum yang datang dari hati yang mula lemah. Abah berlalu pergi untuk berehat sebentar di biliknya dan saya mula mengangkat telefon menghubungi seseorang yang istimewa.

” N******, awak kena jadi akhawat yang kuat. Menangis memang awak akan menangis. Saya kalau datang ujian pun akan menangis. Tapi menangislah dengan kekuatan.Awak pikir terlalu banyak benda, tapi awak tak fikir satu benda. Benda ni semua datang dari Allah. Itu yang awak tak fikir. Kalau awak fikir, tak la awak akan jadi macam ni. Cuba tanamkan perkataan mujur dalam hidup awak. Mujur Allah bagi macam ni, kalau teruk lagi ? hah, mcamane.”

Dan banyak lagi nasihat-nasihat power, yang cukup membakar saya terima dari dia. Tidak saya ingat  kesemuanya.Cukup untuk menyegarkan roh yang kian mati ini.

-Terima kasih mak angkatku-

Jadi, konklusinya saya tidak akan pulang ke Mesir. Saya akan menangguh pengajian buat sementara waktu. Kaki saya kemungkinan akan elok kembali selepas enam minggu dan diiringi fisioterapi yang sepatutnya.

inilah alat yang saya sedang pakai :-

knee brace

14 thoughts on “khabarku

  1. Allah Allah…
    nadhrah
    tabahnya kamu!
    tabahnya kamu!
    tabahnya kamu!
    saya bangga punya ukhti seperti kamu! ^___^
    AllahuYashfeeki ukhti…
    Moga Allah terus berimu kekuatan utk terus melangkah…

  2. nadhrah ,
    nadhrah yang kuat, nadrah yang Allah sayang, nadhrah pilihan Allah untuk terima ujian ni, dan pastinya Allah tak pernah salah pilih, mahupun salah jangka. Kan?
    bergembiralah dengan nikmat ujian yang Allah turunkan untuk nadhrah ni.
    doa kami sentiasa bersama nadhrah.
    pohonlah kekuatan dari Allah, hanya padanya ada segala sesuatu.

    ps: haritu akak tumpang duduk2 atas katil awak. =)
    n satu lagi, sampaikan salam akak pada “mak angkat’ awak. hehe. haritu kata nak suruh belanja makan, tapi tak tercontact pulak.

    senyum ukhti!

  3. sebak gilerr cerita Nadrah :) Ya Allah, tabah lah ukhti. sesungguhnya ade janji manis yg allah sediakan utk hambaNya yg bsabar. Kinah klu kena ujian sebegini,x tahu mampu tahap mana. Allahumma Anta Syaafi La syifaa illa Syifaauka Syifaa an La Yughaadiru Saqama. selalu la amalkan doa ni ye :) serahkan semuanya pd Allah. salam rindu dr bumi egypt~

  4. akak, semoga akak akan terus kuat menerima ujian ini!!
    la yukallifuAllahu nafsan wus’aha..
    inna doani ma’aki!!

  5. salam ya ukhti! takde benda yg lebih baik drpd apa yg terjadi; kita sgt beriman dgn perkara tu kan.kak doakan awk terus kuat ya ukhti. allah akan uji sesuai dgn kemampuan kita…smpikan salam pd mak ayah,mak angkat awk yg kak jumpa kat hospital haritu ek? if betul, smpikan salam juga pd dia :) banyak2 kan berdoa ukhti, doa kami sentiasa bersama awk iA….

    • haah…mak angkat yang dekat hospital hari tu la..hehe…nanti saya sampaikan salam pd beliau. insyaAllah, memg kene byk berdoa dan bergantung kepada-Nya kan…kerana itulah daie.

  6. akk…..
    sye mmg xlayak klau kt tmpt akk..tabahnye akk..
    sye msti xmampu..
    sorry kak..speechless..xmmpu nk kate ape2 dah
    maaf ye kak..
    maaf sgt

    • heehe..maaf ? la takde benda nak mintak maaf…kita kan perlu redha dgn Allah…hanya fikir ianya dtg dari Allah…then akan rase lega sedikit…dan akak yakin, awak lebih kuat…belajar betul2 ye syg kat sane…jg leher elok2….

  7. salam nad…sebak baca huhhu
    kamu sabar ea..yat tau nad kuat…
    insyaallah org yg sabar itu Allah jnjikan darjat yg tinggi baginya insyaallah…
    ikut ckp ummi abah,insyaallah tenang selalu,redha Allah bersama mereka…. :)
    syg kamu <3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s