usah berhenti sekarang

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Entri ini ditulis untuk mengubati kesedihan seseorang yang sangat saya sayangi.

*************************

Kesedihan ini juga pernah melanda saya ketika dahulu. Kesedihan selepas melihat keputusan SPM sendiri. Masih teringat muda-muda dulu, siap awal pagi, solat subuh bukan main khusyuk dari biasa, pelbagai doa dipanjatkan. Bila sudah cukup kuat, baru bertolak ke sekolah untuk melihat keputusan.

Umi, N****** dapat banyak ni je.”

Sejujurnya sewaktu itu, mahu kata terlalu bersyukur tidaklah sangat. Mungkin terlalu banyak kecewa yang telalu mengisi ruang hati. Sampai lupa, kita sepatutnya bersyukur atas apa jua Allah berikan kepada kita. Atau mungkin terlalu bersangka diri ini terlalu hebat dalam pelajaran, sebenarnya tidak. Mungkin juga harapan terlalu tinggi, bila tidak tercapai, mulalah merana.

Umi banyak menenangkan diri saya sewaktu dalam perjalanan pulang.

‘ Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya.’

Kini, saya sangat meyakini konsep ini. Mungkin Allah menangguhkan kejayaan kita di lain waktu. Dan jika kejayaan itu adalah syurga, bukankah lebih menarik.

Yakinlah, Allah berhak menakdirkan apa jua terhadap-Nya. Keputusan hebat atau tidak, itu di luar bidang kuasa. Usaha adalah kuasa yang ada pada kita. Usaha kita yang dinilai. Bukan natijahnya. Allah berikan kita akal dan tubuh badan untuk menjalankannya.

Jangan terlalu bersedih. Bersedih sahaja. Jangan lebih-lebih. Jika tangisan itu hanya dirintih kerana mahukan kejayaan, percayalah tangisan anda tidak mendatangkan apa-apa. Tetapi jika tangisan anda itu kerana muhasabah diri, dan kerana-Nya, saya benarkan.

Pandang ke hadapan, tiada lagi toleh ke belakang.

Meskipun tidak sehebat yang lain, hebatkan diri pada pandangan Allah. Pergandakan lagi amal ibadat. Banyakkan lagi usaha selepas ini. Lulus dan gagal hanyalah neraca dunia. Memang orang akan pandang terhadapnya. Namun, berikan penilaian untuk diri sendiri.

Jika anda telah berusaha sehabis baik, maka berbanggalah kerana anda telah melakukannya !

Jika anda tidak berusaha, memang patut anda mendapatnya ! (kejam ke ? )

Sudah menjadi sunatullah, siapa yang berusaha, maka dialah yang akan berjaya. (usaha tangga kejayaan). Namun di sebalik sunatullah ini, terselindung satu ilmu Allah yang berhak menentukan apa sahaja terhadap makhluk-Nya.

Mungkin anda tidak dapat apa yang anda inginkan, tetapi Allah berikan apa yang anda perlukan.

……….Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (2 : 216 )

Kuatkan pergantungan kepada Allah. Bukan pada masa-masa tertentu, malah setiap masa !

Anda tidak keseorangan di dunia ini. Malah, Dia rindukan rintihan hamba-Nya dan tidak jemu untuk mendengar luahan hati anda.

Akak cakap senang la, akak tak rasa.”

Saya juga merasai, percayalah. Apatah lagi apabila masuk ke universiti. Bila keputusan jatuh, saya sedih. Tetapi telah saya katakan tadi, jika terus bersedih hanya akan melemahkan semangat. Baik saya teruskan langkah seterusnya dan terus berusaha.

Turun naik hidup kita akan tetap berjalan. Adakalanya kita berada di atas. Adakalanya dibawah. Hidup kita ini seperti roda. Namun, roda kita tidak berputar sendiri, perlu ada kuasa yang kuat untuk membuatnya bergerak ke destinasi yang dituju.

Hidup kita ini seperti layang-layang. Bebas. Menari-nari dibawa angin, tanpa kerisauan. Namun, bukan kehendak layang-layang tersebut ingin terbang di atas sana. Ianya terbang kerana ada seseorang yang memegang talinya.

Begitu juga hidup kita. Kita dipegang oleh Allah. Segalanya milik Allah.

kata kak fathiyyah (blogger From the inside) :

My heart is Allah’s,

My soul is Allah’s

My wealth is Allah’s.

Apa yang perlu anda buat, redha dan jadilah seorang yang berhati tenang dengan mengingati-Nya. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang seterusnya.

jom dengar lagu ni,

 

liriknya disini : http://antaradua.wordpress.com/2010/05/01/benammi-ama-zilna/

 

 

p/s : jazakillah kak fathiyyah wan ibrahim :)

 

 

 

7 thoughts on “usah berhenti sekarang

  1. time kasih k.nadhrah..
    terharu sangat..da bace tapi terus pegi kat blog akak..
    x sangke khas utk saye..syang k.nadhrah.. <3

  2. salam alaiki ukhti,

    wah, lagunya amatlah sedap didengar.. halwa telinga.. tp malangnya tak tahu maksudnya kerana dlm arab.. rugi lah ana..

    =(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s