be practical

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Mari duduk bersama, beriman sejenak.

******************************

Dakwah bukan hanya tentang cakap-cakap kosong.

Dakwah bukan hanya tertakluk kepada teori.

Dakwah bukan hanya aktiviti bersahaja.

Konklusinya, dakwah bukan benda biasa.

Dakwah perlukan praktikal sebagaimana kita (saya maksudkan diri saya) sebagai pelajar bidang perubatan yang memerlukan tahun klinikal untuk lebih mengerti tentang fakta yang penat dipelajari setelah tiga tahun.

Sudah rasa suntuk otak, rasa sesak hati. Simpan ilmu lama-lama tanpa dipraktikkan memang menyesakkan jiwa. Semacam itu juga dakwah jika kita memendam isinya terlalu banyak. Ditinggalkan busuk sendiri.

Jadikan dakwah sebagai praktikal hidup anda sebagaimana anda menjadikan aktiviti-aktiviti lain sepertinya. Jangan anggap dakwah ini kerja yang terlampau berat dan hanya sesuai untuk dibawa oleh golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang terlalu tertinggi.

Aku doktor, boleh ke berdakwah ?

Aku pengusaha kilang, boleh ke berdakwah ?

Aku pengurus hotel, boleh ke berdakwah ?

Latar belakang para sahabat juga tidak hebat seperti kita. Tetapi mereka tidak ketinggalan dalam gerabak dakwah ini. Para sahabat tidak menunggu sehingga kesemua ayat Al-Quran sampai kepada mereka. Para sahabat juga tidak menunggu untuk mendapat pangkat dan pekerjaan yang bagus untuk menyampaikan dakwah.

Apalagi yang kita tunggu ?

Jadilah seorang yang praktikal. Kita berada di bumi yang nyata. Jangan hanya taksub dengan tarbiyyah dan jemaah yang kita ada tanpa mengerjakan dakwah ini. Megah dengan tarbiyyah. Megah dengan jemaah. Apa gunanya semua ini tanpa kita menjadi ahli dalam dakwah ini ?

Sampai bila kita mahu bermimpi tentang syurga dan menyimpan anganan untuk menjadi ahlinya.

Bangun dan bangkitlah !

Sudahlah bermimpi. Gerabak dakwah sudah bergerak laju ke hadapan dan kita masih mahu tertinggal ?

Ayuh, gerakkan langkah dan lajukan larian.

Be practical in this world.

Jangan sampai kita menjadikan dakwah ini sebagai teori. Satu teori revolusi yang boleh mengubah alam semesta tanpa ada orang yang menggerakkannya.

Sewajarnya kita diyakini, agama ini akan menang satu hari nanti. Namun menantikan kemenangan yang bakal tiba, adakah kita wajar membiarkan ummah ini ditindas sehabis-habisnya ?

Atau kita ingin hanya menjadi golongan yang bersahaja, just go with the flow. Ikut sahaja telunjuk dunia sementara kebenaran yang sebenar bakal terbukti satu hari nanti.

Dakwah jauh sekali memerlukan kita. Malah, kitalah  yang dahagakan dakwah ini !

Islam akan tetap dijaga dengan kuasa Allah. Tiada siapa yang boleh tanding. Fakta itu, saya sendiri tahu. Dan mungkin sahaja anda diluar tahu mengenainya. Namun, adakah Allah akan pilih golongan-golongan yang hanya ‘menjadi batu’ untuk menjadi penghuni syurga-Nya ?

Come on, be practical in this life !

Jadikan dakwah ini realiti hidup. Jadikan dakwah ini kegiatan hidup sehari-hari di dunia ini. Jadikan dakwah yang memenuhkan masa anda.

Dakwah ini bukan lagi mimpi-mimpi indah dan anda seronok dibuainya !

Dakwah bukan lagi igauan-igauan dari zaman lampau !

Dakwah realiti zaman ini !

Berhenti berdolak-dalih dengan teori yang anda ada.

Jalankan !

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s