penyedap hati

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Entri ini berkemungkinan pendek sahaja. Mahu ajak mentadabbur (mendalami) ayat Al-Quran dari surah Al-Hadid.

Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha mempunyai karunia yang besar.

Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.”

Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.”

Yaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barangsiapa berpaling (dari perintah-perintah Allah) , maka sesungguhnya Allah, Dia Maha Kaya, Maha Terpuji.

(57 : 21-24)

Dapat ‘refreshment’ dari seorang ukhti. Ini ayat yang beliau minta saya tadabbur. Ayat yang cukup terkesan untuk diri ini, yang berada dalam keadaan begini, buat masa ini.

Namun kini lebih yakin, semua aturan Allah Maha Indah. Allah mahu mentarbiyyah sesuatu. Apa jua yang ditakdirkan kepada kita, telah disusun molek terlebih dahulu, sebelum kita menjejakkan kaki ke dunia ini.

Segalanya. Rezeki, ajal, jodoh dan pengakhiran kita kelak.

Kata umi, jika ditanya mengapa jadi begini,

Kamu nak tahu apa jawapan klise umi, sape suruh gi KL ?

Pada pendapatnya, mungkin jika saya tidak bertolak ke Kuala Lumpur, tidak akan jadi sebegini. Mulanya, agak terasa kecil hati dan sedih. Namun saya tekad untuk membalas,

Kalau tak gi KL pun umi, kene jugak. Dah ini yang Allah takdirkan. Kita takleh lari.”

Lama-kelamaan umi mula memahami. Sebaliknya dialah yang sangat-sangat banyak membantu saya. Tidak dilupakan untuk adik yang berusia 6 dan 8 tahun yang tidak jemu membantu kakaknya.

Hadya nak tolong akak boleh ?

Biba bawakkan tongkat kakak eh.”

Terasa manisnya keadaan saya ini tarbiyyah buat diri dan orang sekeliling.

” Maaf umi, banyak menyusahkan. N****** tidak meminta keadaan jadi begini, harap umi sentiasa faham. Kalau boleh memang mahu balik Mesir secepat yang mungkin. Kuliah sudah berjalan. Tetapi yang paling penting, sudah tidak larat menyusahkan umi. ”

” Kepada adik-adik, minta maaf selalu panggil dari tingkat atas, minta itu dan ini. Lepas ni, kakak takkan buat macam ni dah. Kakak akan cuba buat semua kerja dengan tenaga kakak sendiri. ”

 

Mujur masih ada Allah dalam diri, kalau tidak sudah lama merungut dengan ujian yang diberi.

Alhamdulillah memahami tarbiyyah, kalau tidak sudah lama bersangka buruk dengan apa yang terjadi.

Dan kerana dakwahlah saya berusaha untuk kuat dan tabah.

Pohon doa kalian untuk diri yang lemah dan kerdil ini.

 

p/s : suka tanya adik2, ” Suke tengok kakak sakit ? ”

 

 

2 thoughts on “penyedap hati

  1. mujahadah is the best part of tarbiyah.
    be happy & enjoy your mujahadah & pray for others to0..
    syukur for these co0l nikmatss to have tarbiyah from Allah.
    mcm sahabat tu kan.rasa lain kalau xde ujian dlm sehari tu..
    bittaufiq wannajah! :)
    i feels the same when at home.huhu..
    Allah & everyone always l0ve & miss u ok!jgn sedih2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s