its signs,not sciences

Bismillah.

Salam dakwah.

Salam tarbiyyah buat semua.

*************************

Hari ini terpandang ayat dalam Ma’thurat dalam-dalam. Baru tadabbur betul-betul.

Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan menghidupkan bumi sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).”

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak.”

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa cenderung dan merasa tenteram kepada-Nya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang yang mengetahui.”

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.”

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.”

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila Dia memanggil kamu sekali panggilan dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar dari kubur.”

Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.”

(Ar-Ruum : 19-26)

***************************

” Al-Quran is book of signs, not sciences.”

Atau terjemahannya, Al-Quran ini buku tanda-tanda, bukan buku sains. Setuju atau tidak, itulah hakikatnya. Sebab itulah , Al-Quran tidak boleh ditafsir dengan sains, kerana sains sentiasa berubah dan akan terus maju mengikut arus zaman. Seperti juga teknologi.

Jika ada ayat Al-Quran ada menerangkan tentang sesuatu penyakit, contohnya jika seorang manusia terkena jangkitan demam, mesti makan panadol. Bagaimana jika tiba satu masa nanti, ubat demam bukan lagi panadol ?

Jika Al-Quran menceritakan tentang kaedah memasak pula ?

Zaman dahulu orang-orang tua masak guna kayu api. Zaman sekarang ada dapur gas. Mana tahu zaman moden nanti, makanan sudah tidak perlu dimasak ?

Bukankah akan hilang kepercayaan kita terhadap Al-Quran  ?

Atau lebih menarik, akan ada yang berhati busuk menuduh Al-Quran ini sebuah kitab yang tidak up-to-date !

Lebih malang lagi, hilanglah keagungan kuasa Yang Maha Pencipta, Maha segala-galanya !

****************************

Al-Quran hanya menceritakan tentang asas-asas yang akan kekal sampai bila-bila. Seperti kejadian manusia, hukum talaq, pembahagian harta pusaka, hukum hudud, cara mengambil wudhuk, puasa dan lain-lain.

Dan  Allah juga tahu berdasarkan ilmu-Nya, dan kurnian ke atas  hamba-hamba-Nya iaitu akal dan kepandaian, manusia boleh berfikir untuk memajukan hidup sendiri.

Apa terjadi jika kita lari dari asas-asas yang telah Allah tetapkan ini ?

Maka, akan porak-perandalah hidup manusia.

Lihat apa yang terjadi di muka bumi sekarang, gara-gara kita lari dari hukum-hukum asas.

Sedikit demi sedikit kita cuba untuk memutarbelitkan kandungan Al-Quran demi kepentingan diri sendiri. Sudah semestinya syaitan turut meraikan kejayaan kita yang cuba lari ini.

Tidak selamanya kita boleh lari kerana tidak selamanya kita akan hidup. Kelak, akan ke kubur jua bukan ?

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s