bila aku mula menghirupnya

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

*****************

Entri ini khas saya tuliskan buat seorang ukhti fillah yang meminta saya untuk menceritakan sesuatu.

macam mane terlibat dlm dakwah ni mula2 dulu?  nak dgr cerita. ”

Tidak tahu saya bagaimana, dan bahagian mana yang ingin diceritakan dahulu. Mungkin jawapan yang paling tepat adalah kerana Allah yang telah membuka pintu hati saya untuk lebih memahami tanggungjawab dakwah ini.

Dan manusia yang Allah utuskan buat saya, iaitu ukhti-ukhti dalam jalan yang sama, dihantar kepada saya pada waktu yang tepat, mengisi kekosongan jiwa yang ada. Prosesnya macam biasa, dakwah fardhiyyah, belanja makan, buat tadabbur Al-Quran serta pergi ke program yang ada.

Kini aku mengerti segalanya yang dilakukan adalah demi mengheret aku ke dalam jalan dakwah ini, bukanlah semata ingin membazirkan duit buat seorang manusia biasa.

Masih teringat dulu-dulu kala, sewaktu saya masih berada di pusat persediaan selama 3 bulan di Shah Alam, kakak-kakak  ( ukhti-ukhti) tidak putus-putus melawat dan mengajak kami ke program. Sehingga terdetik di dalam hati aku,

Akak-akak ni macam pelik je. Ajaran apa yang diorang bawak ni ? ”

Pertanyaan tersebut melintas hati saya kerana terlalu banyak cerita yang saya dengar. Tidak tahu mana yang sebetulnya jadi saya membuat keputusan untuk mencari jawapan yang sebenarnya.

Alah, mula-mula dyorang ajak la makan. Then ajak kau gi usrah.”

Susah nt dah join usrah, study terganggu.”

Kini, tiada lagi tanggapan negatif yang menganggu jiwaku. Dan tertanamlah satu prinsip dalam hidupku kini, tiada yang negatif tentang dakwah dan tarbiyyah melainkan kita yang memberi tanggapan tersebut.

Pernah menghadiri satu program yang bertajuk ISK, program yang membuka mata saya untuk lebih memahami sirah Rasulullah S.A.W dan sejarah Islam. Dan kemudian kami ditanya soalan yang agak menggertak jiwa kami sebagai bakal pelajar bidang perubatan oleh seorang ustaz,

Kenapa awak ambek medic ni ? Berguna ke ?

Setelah diterangkan tentang otak kanan dan otak kiri, baru tahu bahawa golongan-golongan sains, doktor, arkitek dan segalanya yang tertakluk di dalam bidang ini dijadikan ‘kuda tunggangan’ oleh orang-orang yang mahir otak bahagian kanan ( sains sosial).

Hah, lepas ni tukar bidang. ”

Dewan tempat kami berprogram mula riuh. Semuanya terkejut mendengar pembentangan ustaz tersebut. Memang tiada silapnya. Mata hati kami baru terbuka.

Tetapi itu tidak bermakna kami perlu menukar bidang kami. Kerana pastinya dakwah itu tetap perlu terlaksana walau apa jua pekerjaan kita, meskipun kita seorang penternak atau peladang yang berjaya !

Banyak lagi program yang saya hadir, lanjutan dari program ISK tadi. Dan yang menjadi ‘turning point’ saya adalah program Syahadatul Haq. Program ini yang benar-benar memberi pencerahan dan jawapan kepada soalan yang tertanya-tanya selama ini.

**************************

Ini sahajalah bahagian yang saya rasakan penting untuk diceritakan. Pengalaman yang ada tidaklah sebanyak mana, kerana saya juga baru setahun jagung dalam jalan dakwah ini, baru bertatih-tatih memahami tarbiyyah ini.

Namun yang terpenting sekali mahu saya nyatakan, betapa terasa dihati ini Allah ingin sekali menyelamatkan saya dan ingin saya menjadi salah seorang tentera-Nya dalam memperjuangkan agama ini !

Bukanlah mahu mengatakan diri ini sudah cukup lengkap persediaannya, tetapi apa yang saya tahu, diri saya perlu membawa dakwah ini, tidak perlu ada sebarang alasan untuk lari dari tanggungjawab ini.

Dan kepada yang diluar sana, bagi yang masih tidak memahami jalan tarbiyyah dan dakwah ini, nasihat saya, rasailah dahulu, baru anda akan tahu bagaimana rasanya. Sekadar penceritaan saya yang penuh dengan bunga-bunga kata, tidak cukup untuk meyakinkan anda. Dan berdoalah kepada Allah, agar pintu hati anda dibuka.

 

 

Advertisements

2 thoughts on “bila aku mula menghirupnya

    • sama-sama….insyaAllah, anti juga tepilih sama-sama menggerakkan dakwah ini…

      btw, blog awak juga best akak baca….mesti bestkan OWH tu…

      semoga Allah sentiasa memberkati awak :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s