sekadar tiga ayat

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Bagaimana aturan masa buat anda semua hari ini ?

***********************

Malam ini saya menggerakkan hati untuk rajin membuka sebuah buku. Buku tafsir Juz Amma dari Doktor Wahbah Al-Zuhaily. Mula mencari-cari tafsir surah mana yang ingin dibaca.

Dan akhirnya saya terjumpa sebuah surah yang sesuai.

Kata Imam Syafie Rahimahullah : ” Kalau orang ramai merenung dan mengambil pakai surah inipun sudah memadai bagi mereka.”

Satu cerita para sahabat menceritakan tentang surah yang saya pilih ini. Satu hari Musailamah Al-Kazzab bertanya kepada Amru Al-As : ” Apa yang diturunkan kepada sahabatmu (Muhammad) setakat masa ini ? “.

Jawab Amru : ” Sesungguhnya telah turun kepadanya suatu surah ringkas yang penuh bermakna.”

Tanya Musailamah : ” Apakah dia ? “. Amru menjawab : (firman Allah bermaksud)

Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan agar menurut kebenaran dan berpesan agar bersabar (menghadapi halangan).”

Lantas Musailamah pun berfikir sejenak, kemudian beliau berkata : ” Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku surah seperti itu.”

Amru berkata kepadanya : ” Apakah dia ? “. Lalu Musailamah berkata : ” Wahai bintang ubar, wahai ubar. Molekmu hanya tentang telinga dan dada yang lebar. Yang lainnya penuh bintat dan calar.”

Kemudian Musailamah bertanya kepada Amru : ” Apa pendapat engkau wahai Amru ? ”

Kata Amru : ” Demi Allah, engkau maklum bahawa aku tahu engkau berdusta.”

************************

Surah ini terlalu lazim buat kita semua. Baca bila habis sesuatu acara terutamanya.

Tabrani menyebutkan riwayat daripada Ubaidullah bin Hafs katanya : ” Apabila terdapat dua orang sahabat Rasulullah bertemu, mereka tidak akan berpisah melainkan salah seorang akan membacakan surah Al-Asr sampai habis kepada sahabatnya, kemudian barulah mereka memberi salam satu sama lain.”

Masa yang bersilih ganti, siang dan malam, juga Allah serikan bersama perintah untuk saling berpesan satu sama lain. Dengan kebenaran dan dengan kesabaran.

Imam Al-Razi berkata : ” Ayat ini menunjukkan bahawa (kewajipan menegakkan) kebenaran adalah sesuatu yang amat berat. Cabaran dan tribulasi adalah lumrah bagi para pejuang kebenaran. Oleh itu, mereka diiringi dengan arahan supaya saling memberi nasihat di antara satu sama lain.”

Maka, bagi kita, para dua’t sekalian, jangan kau tinggalkan amalan saling menasihati ini, terutama bagi sahabat yang juga sama jalannya dengan kamu, meskipun kau selalu ingat untuk menasihati orang lain.

Kita ini satu barisan para dua’t yang tersusun ibarat sebuah bangunan yang kukuh. Maka, mari kita kuatkan dahulu ‘batu-bata’ kita , barulah kita tersedia untuk membina  sebuah keagungan satu hari nanti, insyaAllah !

” Janganlah kamu mencela masa kerana Allah itu sinonim diri-Nya dengan masa.

( Hadis riwayat Al-Bukhari)

 

 

 

4 thoughts on “sekadar tiga ayat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s