alam mula bersuara

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Salam penghulu segala hari.

************

Bumi mula bersuara. Gempa bumi dan tsunami yang melanda  Bumi Sakura baru-baru ini, mengundang kesan yang mendalam. Tidak kira kesannya kepada individu, masyarakat ataupun negara, sama ada orang yang menghadapinya dan tidak menghadapinya, saya pasti impaknya mendalam.

Kata umi, ” Sekejap je ye Allah nak hancurkan negara paling moden kat bumi ni.”

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Akuilah kuasa Allah yang mampu melakukan apa sahaja. Kun fayakun. Apa jua yang menjadi kehendak Allah, pasti terlaksana. Apa jua sebarang usaha untuk menghalangnya, tidak akan mampu untuk melawan kuasa Allah.

Di saat Allah menghantar tenteranya untuk menghancurkan sebuah negara yang terkenal dengan Gunung Fuji ini. Allah memerintahkan permukaan bumi untuk bergerak, lalu terjadilah gempa bumi. Bencana alam ini, seperti yang kita sedia maklum, diukur dengan skala Ritcher yang digredkan dari satu hingga sembilan.

Dan gelinciran yang Allah ciptakan, terdapat tiga jenis :

ihsan dari pihak Wikipedia

Allah juga telah menceritakan kepada kita tentang gempa bumi, atau dalam Bahasa Arabnya berbunyi, Zilzal dalam surah Al-Zalzalah :

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا
Terjemahan:  Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,

Inilah gegaran yang maha dahsyat bakal Allah sediakan buat manusia menjelang hari kiamat nanti. Namun, tatkala melihatkan keadaan penduduk Jepun dan keadaan negara mereka cukup sudah untuk membuatkan hati kita tersentuh, mata terbeliak. Apatah lagi apabila tibanya hari pengakhiran itu nanti ?

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul meriwayatkan daripada Abdullah ibn `Amr ibn al-`As katanya:

Terjemahan: “Surah Idha Zulzilat diturunkan ketika Abu Bakr sedang duduk lalu dia menangis.Rasulullah saw bertanya: Apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Abu Bakr. Jawabnya: Surah ini menyebabkan akumenangis. Sabda Nabi saw: Jika kamu tidak bersalah dan melakukan dosa, lulu Allah mengampunkan dosa kamu, nescaya Dia menciptakan satu umat yang bersalah dan berbuat dosa, lalu Dia mengampunkan dosa-dosa mereka”
Tarikh Kawasan Kekuatan (skala Richter) Ulasan
11 Mac 2011 Sendai-Jepun 8.9 Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
13 Sep 2007 Sei-Penuh Jambi 7.7 Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rusak ringan sampai berat 4 orang tewas.
12 Sep 2007 Bengkulu 7.9 Gempa bumi tektonik 13 orang tewas dan sempat terjadi tsunami kecil
27 Mei 2006 Yogyakarta 6.2 Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
26 Dis 2004 Aceh 8.9 Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
26 Dis 2003 Bam (Iran), barat daya Iran 6.5 Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
21 Mei 2002 utara Afghanistan 5.8 Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
26 Jan 2001 India 7.9 Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
21 Sep 1999 Taiwan 7.6 Menyebabkan 2,400 maut.
17 Ogo 1999 barat Turki 7.4 Meragut 17,000 nyawa.
25 Jan 1999 barat Colombia 6.0 Meragut 1,171 nyawa.
30 Mei 1998 utara Afghanistan dan Tajikistan 6.9 Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
17 Jan 1995 KobeJepun 7.2 Meragut 6,000 nyawa.
30 Sep 1993 LaturIndia 6.0 Menyebabkan seramai 1,000 mati.
21 Jun 1990 barat laut Iran 7.3 Meragut 50,000 nyawa.
17 Dis 1988 barat laut Armenia 6.9 Menyebabkan 25,000 maut.
19 Sep 1985 Mexico Tengah 8.1 Meragut lebih 9,500 nyawa.
16 Sep 1978 timur laut Iran 7.7 Menyebabkan 25,000 maut.
28 Jul 1976 TangshanChina 7.8 Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
4 Feb 1976 Guatemala 7.5 Menyebabkan 22,778 terbunuh.
29 Feb 1960 barat daya pesisiran pantai Atlantik diMaghribi 5.7 Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
26 Dis 1939 Wilayah ErzincanTurki 7.9 Menyebabkan 33,000 orang maut.
24 Jan 1939 ChillanChile 8.3 Menyebabkan 28,000 maut.
31 Mei 1935 QuettaIndia 7.5 Meragut 50,000 nyawa.
1 Sep 1923 YokohamaJepun 8.3 Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.
  • Sumber: Associated Press

Tidak cukup dengan gempa bumi yang melanda, Allah memerintahkan makhluknya, air untuk menyerang bumi. Pada tahun 2004, kita sudah dikejutkan dengan tsunami dahsyat yang melanda India dan bumi Acheh. Dan kini, sejarah dunia mencatatkan lagi pada tahun 2011, tsunami melanda sekali lagi. Tsunami adalah kejadian biasa yang diikuti oleh gempa bumi, tanah runtuh, kejadian gunung berapi dan lain-lain.

Apabila gelombang tsunami mula menghampiri pantai, ketinggiannya mula meningkat tetapi kelajuannya menurun.

Setelah saya berbicara panjang, apa yang sebenarnya menjadi pengajaran buat anda semua berikutan kejadian yang melanda ini ?

Untuk saya,

1) Betapa Allah itu Maha Besar, Maha Kuasa. Tempat pergantungan hanyalah semata-mata kepada-Nya !

2) Jagalah bumi ini dengan sebaiknya. Pasti ada sebab mengapa alam tiba-tiba bersuara. Ingatlah bahawa bumi ini ditakdirkan kepada kita, manusia, semulia-mulia makhluk untuk menjaganya. Tetapi apa yang telah kita lakukan ? Menjaganya atau meranapkannya ?

3) Jadilah seorang manusia yang prihatin. Islam mengajar kita untuk menghulurkan pertolongan untuk semua manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara. Meskipun anda tiada pertalian darah dengan mereka, namun mereka berhak untuk mendapat doa kita.

4) Bersyukurlah kepada Allah kerana rakyat Malaysia tidak lagi diduga dengan masalah bencana alam yang sebegini hebat. Namun, tanyalah pada diri sendiri  apakah Allah tidak  mahu lagi menduga kita semua kerana kita terlalu lalai dan leka dengan dunia ?

5) Yakinlah, Allah menimpakan dugaan dan ujian kepada orang yang mampu untuk menghadapinya !  Orang Jepun kuat dan mampu untuk berhadapan dengan bencana ini. Kagum saya melihat keratan-keratan artikel yang melaporkan betapa tenangnya mereka di saat-saat genting begini. Bukan macam kita, digertak sedikit, sudah gelabah !

**************************

Dan buat ikhwah dan akhawat yang berada di bumi sana, doa kami disini ada buat kamu semua !

Semoga antum dan antunna semua terus kuat, terus bergantung kepada Allah dan teruslah bersyukur !

Meskipun kami tiada di sisi, tidak menghadapinya, pastinya kejadian yang menimpa kamu semua turut memberi pengajaran buat kami !

Hadapilah tarbiyyah Allah ini, jangan mudah kalah, jangan mudah putus asa !

 

 

 

 

boleh rujuk artikel ini : http://amirnet.org/jishin/?p=287


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s