nasihat dari dia

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Apa khabar hari ini ?

***************************

Saya mengadu masalah saya kepada mutarabbi yang sudah sekian lama saya tidak berjumpa dengannya. Terlalu rindukan padanya. Kepada yang di Terengganu, saya juga merindui diri anda. Mutarabbi saya bakal balik ke bumi tarbiyyah, Mesir lebih awal, memandangkan saya mengalami kecederaan dalam kemalangan tempoh hari.

Terasa bersalah kepada mereka kerana ibarat saya telah melepaskan tangan terhadap tarbiyyah mereka. Mereka datang ke daurah tanpa kehadiran naqibah yang sepatutnya berada di samping mereka. Bukan sengaja mahu mencipta alasan, tetapi keadaan fizikalku benar-benar membataskannya. Fahamilah daku !

Kini, rasa tidak sabar mula menginjak ke dalam hati. Hati ini terlalu rindu kepada mereka. Rindu untuk memberikan bibit-bibit tarbiyyah kepada mereka. Rindu untuk melihat senyuman mereka. Rindu untuk mendengar masalah mereka. Rindukan senyuman mereka. Rindukan segala-galanya tentang mereka !

Dan berikutan tentang masalah yang saya alami, saya lazimnya menjadikan mutarabbi tempat saya mengadu. Seperti biasa, mutarabbi menembak saya berdas-das peluru untuk membasuh kembali ruh naqibah mereka yang kian lemah   ini !

Nak jatuh mendadak lagi ke ?

Bangkit semula, cari roh dulu. Jgn tenggelam dlm kegelapan.”

Betapa penting untuk seorang daie sedar dirinya telah jatuh, dan perlu sedar untuk bangkit kembali demi dirinya dan untuk Islam ini. Tarbiyyah tidak menjanjikan apa-apa yang istimewa buat kita, sekiranya kita sendiri yang tidak mempraktikkan dan tidak menguatkan nilai tarbiyyah kepada diri sendiri !

Terkadang rasa malu, terlalu sibuk memesan itu dan ini kepada manusia yang lain, paling rasa malu terhadap mutarabbi sendiri. Dan kepada Allah, saya sendiri sudah tidak tahu hendak meletakkan diri ini dimana tempat yang sesuai kerana di ketika saya berpesan-pesan, saya lupakan diri sendiri !

Sesuaikah saya menjadi daie dalam keadaan diri seperti ini ?

Sesuaikah saya mengaku penolong agama Allah ?

Sesuaikah saya mengaku saya diacu dengan acuan tarbiyyah ini ?

Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Maafkan aku Ya Allah di atas segala dosaku selama ini ketika menyeru agamamu kepada yang lain. Aku malu dengan-Mu Ya Allah. Kau pulihkan jiwaku kembali agar ianya kembali kuat seperti dahulu. Kau pulihkan semangatku agar ianya juga kuat seperti dulu untuk menyampaikan dakwah ini.

p/s : rindu kepada semua akhawat !

p/s : doakan saya cepat sembuh. saya mahu bekerja !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s