kata abah

Bismillah.

Salam dakwah untuk semua.

Buat pertama kalinya saya ingin menjenguk rumah baru pada hari ini kerana ayah saya bertukar tempat kerja. Beliau seorang pengetua di sebuah maahad. Alhamdulillah, belum pernah saya melihat beliau begitu gembira selama ini. Inilah agaknya yang beliau nantikan, sebuah pengakhiran kerja sebagai seorang guru.

Kata umi, ” Sape tak suke. Kalau orang kerja, mestilah dia nak pengakhiran die yang terbaik.”

Maahad tempat ayah saya mengajar sangat menarik. Luas kawasannya, dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Kawasan sekitarnya sunyi, sesuai untuk para pelajar belajar dalam kondisi sebegitu. Dan yang paling menarik perhatian saya, dataran-datarannya, serta bangunan ada nama tersendiri.

Dataran Saidatina A’isyah, Dataran Sumayyah, Dewan Uwais Al-Qarni dan lain-lain lagi.

Setelah puas melihat kawasan maahad tersebut, kereta kami sekeluarga meninggalkan maahad untuk bertolak balik ke rumah pertama (rumah di maahad rumah kedua).

Di dalam kereta, abah menceritakan perihal para pekerjanya. Ada yang begini, ada yang begitu. Pelbagai jenis ragamnya.

Hmm ustaz-ustaz ni sebuk la cakap kuat X (parti politik), tapi kerja malas. Orang yang kuat Y(parti politik) tengok je la.

Terkesan. Islam tidak mengajar umatnya sebegitu. Islam mengajar umatnya supaya lebih rajin apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Islam mahukan umatnya menjadi sebuah umat contoh, umat yang lebih produktif.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda, maksudnya:  “Allah sangat suka apabila sesorang itu melakukan sesuatu kerja dia melakukannya dengan cukup mahir dan tekun.”

Kata Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi H A.Maji dalam sebuah artikelnya,

Dalam Islam, nilai hidup terbahagi kepada tiga. Pertamanya akidah, iaitu yang menyangkuti pegangan hidup. Keduanya Syariah, iaitu yang menyangkuti sistem hidup. Ketiganya akhlak, iaitu yang menyangkuti moral hidup.

Pembahagian ini terpakai dalam berbagai aspek hidup, termasuk dalam soal pekerjaan. Khusus berkait dengan pekerjaan, akidah menyangkuti konsep tentang kerja berkenaan. Syariah menyangkuti system yang dipilih bagi melaksanakan kerja itu. Akhlak pula menyangkuti sikak dalam melaksanakan kerja berkenaan.

Indahnya Islam. Betapa Islam telah meperincikan segala aspek di dalam hidup kita , termasuklah dalam  melakukan pekerjaan.

Bermulanya sesuatu pekerjaan itu daripada niatnya. Dipetik dari hadis tentang niat,

Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: “ Sesungguhnya setiap kerja itu dinilai berasaskan kepada niat, dan setiap orang akan memperolehi apa yang dia niatkan. Sesiapa yang  hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang hijrahnya kepada keuntungan dunia yang diperolehi atau perempuan yang dikahwini maka hijrahnya itu kepada hal-hal seperti itu. ”

Segala apa yang kita kerjakan, bermulanya daripada niat. Apa yang akan kita dapat, bergantung kepada niat.

Bandingkan jika ada dua orang kaya yang ingin bersedeqah. Salah seorang ingin bersedeqah ikhlas kerana Allah manakala seorang lagi bersedeqah hanya sekadar ingin menunjuk betapa banyaknya harta beliau.

Maka, pada fikiran logik akal anda, sememangnya perbuatan bersedeqah adalah dituntut dalam agama Islam, tetapi adakah keduanya mendapat pahala ?

Soalnya bukan lagi pada pekerjaan yang kita lakukan, tetapi terletak pada niatnya !

Maka, ingin saya serukan, jika anda seorang Muslim, lakukanlah segala pekerjaan anda bermula dengan niat yang suci ikhlas semata kerana Allah. Dan kerjakanlah pekerjaan anda itu dengan rajin kerana Allah amat menyayangi orang yang rajin.

Walau apa jua pekerjaan anda, meskipun anda seorang tukang kebun sekolah, tukang pencuci tandas awam, penolong pegawai daerah, menteri sekalipun, itu bukan alasan !

Apatah lagi jika anda seorang daie, jangan sesekali mengheret rasa malas anda semasa membawa dakwah ini !

Kelak rasa malas anda yang akan membunuh ummat ini !

 

p/s : boleh rujuk artikel ini

http://pts.com.my/index.php/artikel/etika-kerja-menurut-sunnah-rasulullah/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s