bumi baru

Bismillah.

Salam dakwah.

Diri saya kini sedang merindui Bumi Mesir yang mungkin akan menjanjikan perubahan setelah revolusi yang berlaku. Apakah perubahannya semakin baik atau buruk, kita doakan sahaja.

Dada-dada akhbar membicarakan isu revolusi dengan begitu hangat. Teori domino yang bermula di Algeria akhirnya turut merebak ke negara-negara lain. Pemuda-pemudi bangkit untuk mempertahankan negara mereka.

Gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin telah lebih 50 tahun diharamkan dan tidak dibenarkan untuk terlibat dalam politik Mesir. Barisan para pemimpin mereka tidak pernah putus dihadapkan ke Mahkamah Tentera dan dimasukkan ke penjara tanpa sebarang alasan yang logik.

Revolusi tanggal 25 Januari (Revolusi Belia) telah berjaya menjatuhkan rejim ‘kuku besi’  Husni Mubarak yang telah lama memerintah Mesir. Hanya bersenjatakan ‘kuasa dan suara rakyat’, mereka telah mengadakan demonstrasi di jalan-jalan seluruh negara. Rakyat Mesir dikatakan seolah telah dilahirkan semula setelah berjaya menjatuhkan pemimpin mereka demi mendapatkan kembali hak mereka.

Mari secara spontan kita fikirkan andai fenomena kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, juga berlaku di Malaysia ?

*************************

Apa jua fikiran anda, mari kita renung sebuah sajak dari Sungai Petani, Kedah.

Diam seribu bahasa

tanda sejuta makna

namun hati berat ini

untuk menafsir realiti

siapa yang sudi mencari

apa yang bertapak di hatiku ini.

*****

Siapa yang peduli

untuk mendengar rintihan selama ini

tiada yang lain

kecuali Yang Maha Mengetahui

yang mengerti

akan deritanya seksa ini

betapa berat dugaan diharungi.

*****

Dan wujudlah As-Samiri

hingga tercetus teori sapi

disesatkan Kaum Musa

alpa mereka akan peribadi.

*****

Serta kesabaran Yusuf di sebalik tirai besi

diduga ke tahap yang tinggi

sedang baginda mangsa konspirasi

angkara nafsu seorang isteri

yang berlindung di sebalik suami

wahai perwira sejati

*****

Kambalikan Zaman Revolusi

igauan mereka yang anti

terhadap kita yang satu hati

keberanianmu amat ku kagumi.

*****

Kebijaksanaan berteka-teki

menguburkan mereka dalam mimpi

jangan gentar ancaman mereka

kita datang dari punca yang sama.

*****

Kau seorang pahlawan

yang akan berjuang

hingga terhapus mereka dari muka bumi.

*****

Dan malam saksikanlah

betapa aku sudah bersedia

demi terhunusnya pedang ini

diselaputi titisan-titisan warna merah

yang tumpah mengalir

ke atas tanah dan pasir.

*****

Medan pertarungan ini akan bersaksi

bercerai badan

berpindah tempat

pulang ke asal ciptaan

tanda kasihku kepada-Nya.

*****

karangan Khairil Annuar Omar

Advertisements

2 thoughts on “bumi baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s