jatuh cinta

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

************************

Sekadar ingin berkongsi buat para pembaca semua tentang pertanyaan yang diajukan kepada saya oleh seorang adik junior saya semasa di sekolah dahulu.

Ana nak tnye,kalu kita ade minat kat someone nie.ape yg perlu kita wat??sbb kalu nak luahkan,tkt2 kita x dpt jage n tkt membawa kpd maksiat…
ape pendapat akak?.

***************************

Dan hanya perasaan mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

Kata perasaan, ” Aku ini fitrah kamu semua.”

Bagi saya normal untuk mempunyai perasaan sebegini. Terutama , bagi yang berdarah muda ( erk, org tue ? ). Dari sekolah, sehingga ke universiti, adakala kesetiaan kepada orang yang kita minat itu kekal, adakalanya tidak. Bertukar tempat, bertukarlah selera.

Adakalanya orang suka meluahkan, dan ada juga yang sekadar suka  menyimpan rasa itu sendiri.

Adakalanya orang suka menikmati dan melayani perasaan itu, dan ada juga yang berusaha mahu melupakan dan membuangnya.

Selalunya orang akan gembira dengan perasaan ini, tetapi tidak kurang juga ada yang sampai menitis air matanya.

Dan ramai orang berkorban dan terkorban kerana perasaan mereka sendiri.

****************************

Sabda Rasulullah s.a.w : “ Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid.

Hadis yang saya kira sangat manis (so sweet). Rasulullah juga tahu perasaan itu adalah fitrah kerana Baginda juga adalah manusia. Dan Baginda juga ada rasa cinta. Cinta kepada isteri-isteri Baginda, anak-anak Baginda, dan rasa cinta yang paling besar dan berharga adalah betapa Rasulullah menyintai agama Islam ini dan ummahnya.

Menyimpan rasa cinta juga adalah mati syahid. Besar bukan pahala mati syahid itu ? Sememangnya kita berhajatkan akan mati syahid dalam medan dakwah ini, tetapi bukankah berjihad ke atas diri sendiri itu lebih besar pahalanya.

Dan pada pandangan saya, jika perasaan cinta itu diluahkan kepada orang yang tidak berhak memilikinya, percayalah, perasaan itu kelak akan membunuh diri kita sendiri.

Terkorban kerana rasa cinta kepada agama Islam, kerana rasa cinta kepada jalan dakwah ini, tidak mengapa. Tetapi jika kita terkorban kerana hanya sekadar menyintai seorang makhluk lain, juga seperti kita, tanpa sebarang ikatan yang sah, apakah cinta itu tadi bernilai ?

Cinta ini adalah suatu benda yang sangat suci dan halus untuk sekadar diperkatakan menerusi kata-kata  biasa. Ianya perlu diungkap dengan madah-madah pujangga yang tinggi nilainya.

Cinta bukan perkara yang boleh dibawa main atau diambil ringan begitu sahaja. Kerana rasa cinta itu dicampak oleh Allah Yang Maha Esa, pemilik segala cinta di alam ini. Dek kerana rasa cinta itu adalah fitrah hamba-Nya, maka dihadiahkan perkahwinan buat kita untuk menzahirkan rasa cinta dalam ikatan yang sah.

Di mana terletaknya puncak cinta kita ?

Paksikan cinta kepada Allah. Cinta kepada Dia kerana Dialah satu-satunya berhak memiliki cinta kita. Cintailah Dia walaupun kita tidak dapat melihat-Nya. Kenalilah Dia sepuas hati kita agar cinta kita kepada-Nya semakin hari semakin bertambah, semakin mekar.

” Love is a verb.”

Cinta bukan kata nama. Cinta adalah kata kerja. Maka untuk kita mengatakan kita bercinta, atau sedang menyintai sesuatu, maka kita perlu melakukan sesuatu atau dalam kata lain, kita perlu membuktikannya.

Buktikanlah dahulu cinta anda semua kepada Allah. Barulah buktikan cinta kepada yang lain.

Ingat, bercinta itu bukan senang dan mudah. Kenal dahulu, baru cinta. Jika sudah bercinta, kena tanggung segalanya.

Dan ingat juga, semasa sedang menyimpan rasa cinta, jagalah hati anda. Takut-takut nanti, cinta itu anda sendiri yang mengotorinya.

 

Saya ?

Saya juga sedang bercinta dan seronok menikmatinya :)

2 thoughts on “jatuh cinta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s