only You

Bismillah.

Salam dakwah buat kamu semua.

Aku ingin meneruskan penulisanku ini, meskipun aku bukan seorang penulis yang terbaik.

************************

I am breaking free,

I am breaking loose,

Who knows where I am going ?

I am sliding away,

What have You done to me ?

I am still breaking loose,

I am still breaking free,

Who knows where I am going?

Although I am giving away,

I am  still moving with You.

****************************

Kehampaan di jiwa kini terjawab sempurna. Moga segalanya tidak goyah lagi seperti sebelum ini.

Persoalan yang bertubi-tubi kini ada jawapan yang kian pasti diiringi dengan keyakinan untuk ku meneruskan langkah di jalan ini.

Meskipun terjatuh, terheret, tersiksa, tergelincir akan aku serahkan segalanya kepada Dia.

Dia layak membawa aku ke mana sahaja.

Dia layak memperlakukan apa sahaja terhadap semua hamba-Nya.

Dia layak menentukan apa sahaja di muka bumi ini.

Tiada tertandingnya kuasa Dia berbanding tapak tangan kita yang kecil ini, sudah kita anggap kita mampu menakluk dunia.

Tiada tertandingnya suara Dia berbanding suara kita yang tidak pernah henti menyerukan dakwah ini kepada manusia.

Tiada tertandingnya kekuatan Dia berbanding kuatnya kita, kadangkala jatuh sakit jua.

Untuk meyakini Dia adalah sebenar-benar Yang Maha Ahad bagi kita, akuilah, imanilah dan yakinilah, Dia  Maha Segala-galanya.

Akuilah, imanilah dan yakinilah, jiwa raga kau, patut kau serahkan pada-Nya.

Akuilah, imanilah dan yakinilah, diri kau sudah tertakluk kepada perintah-Nya.

Akuilah, imanilah dan yakinilah, apa jua yang kau miliki, kau hanya tuan sementara, Dia tuan selama-lamanya.

Akuilah, imanilah dan yakinilah, apa jua yang kau lakukan di dunia ini, adalah demi Dia, bersama Dia, dan kepada Dia.

Akuilah, imanilah dan yakinilah !

Bermulanya saat syahadah kau, penyaksian agung itu, bermulalah perkelanaan kau sebagai seorang hamba.

Saat kita mendukung syahadah itu, itulah saatnya kita mendukung dakwah ini !

9 thoughts on “only You

    • the poem its about me depending on Allah….no matter what happens….i will call for Allah…next time, I will try to write in English…hope you will like to read it !

      nice to see you Rooha Tariq !

  1. itulah Allah.Dia beri kita ujian ni bukan saje2.
    Dialah yg buat kita sukakan dkwh & jadikan nti hebat dlm golongan ni.
    & Dia juga yg menjadikan kita sakit, sehingga x mampu lg buat apa2, melainkan dengan izin-Nya.
    supaya kita kembali pada Dia.
    tunduk & mengakui KeEsaan & Keagungan-Nya yg mampu ciptakan kita yg dulu boleh buat apa saja.
    mabruk ‘alaikum atas limpahan kasih syg-Nya kpd nti :)
    semoga ujian ni menyerikan cintamu pada Dia.
    doakanku jg.
    nnti kalau post dh siap sy bg link..asifah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s