menangis bersamaku

Bismillah.

Salam dakwah dan tarbiyyah buat semua.

**********************

Hujan membasahi tempat tinggalku sepanjang hari. Terasa sejuknya. Terasa dinginnya saat hujan membasahi bumi ini.

Apakah hujan ini mahu menangis bersamaku ?

Atau menangisi keadaan diriku ini ?

Apakah aku sewajarnya membatukan diri ?

Atau sewajarnya aku melarikan diri ?

Hujan ini  dapat ku rasakan tanda rahmat.

Hujan ini  dapat ku rasakan tanda kasih sayang.

Hujan ini dapat ku rasakan aku  kenal siapa dia tuannya.

*************************

Bila hujan, ada seorang perempuan di sebalik hijabnya, pasti dia bermimpi.

Bermimpi sambil tersenyum kerana dapat bersama hujan hari ini.

Sesekali dia bertanya, ” Apa niat kau turun pada hari ini. Adakah kerana tidak mahu membenarkan aku pulang ke rumah ? ”

Hujan menjawab, ” Tidak. Aku hanya menjalankan taklifan yang sudah diserahkan kepadaku. Wajarnya, kau patut menghargaiku. Dalam keadaan ini, katakanlah sesuatu.”

Dia menjawab, ” Kau terlalu indah wahai hujan. Hanya melihatkan titisanmu, aku sudah cukup kagum.”

Hujan berkata lagi, ” Kau tidak mahu membuat apa-apa? ”

Dia menjawab, ” Tidak. Aku hanya mahu melihatmu kerana mahu mengenangmu.”

Hujan bertanya lagi, ” Apa yang kau dapat dengan merenung diriku ? ”

Dia menjawab, ” Aku mendapat ketenangan. Dan aku malu denganmu.”

Hujan bertanya, ” Mengapa kau perlu malu ? ”

Dia menjawab, ” Kau menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sempurna. Aku ini hanya hamba yang lemah. Kau hamba Allah yang lebih baik dariku.”

Hujan berkata, ” Namun, aku bukan khalifah. Manusia diberikan tugas itu, ternyata manusia lagi hebat daripadaku.”

Dia menjawab, ” Tetapi ternyata kami tewas dalam menggalas tanggungjawab itu.”

Hujan bertanya, ” Tidak takutkah kamu akan balasan yang diberikan kelak ?”

Dia menjawab, ” Kami berani dalam takut. Berani mengingkari tetapi masih takutkan neraka-Nya, malah masih mengimpikan syurga-Nya.”

Hujan berkata, ” Takutlah kamu seperti mana takutnya aku. Jalankanlah apa yang telah ditugaskan kepadamu. Kerana kita berdua tiada tuhan selain Allah.”

Dan perempuan sebalik hijab tadi tersedar dari tidurnya yang lena, meneruskan hidupnya seperti biasa.

Bila disingkap tirai langsir biliknya,

” Hujan di luar.”

 

 

 

 

4 thoughts on “menangis bersamaku

  1. “Kami berani dalam takut. Berani mengingkari tetapi masih takutkan neraka-Nya, malah masih mengimpikan syurga-Nya”

    entry yg brjiwa…penuh jiwa seorg hamba..terus kuat sayang~

  2. salam 3laiki ya ukhti =)

    terkesan dgn entri ni..rasa diri ni kerdil je, mcm lg truk dr hujan tu :(
    semoga kita trus thabat n kuat!
    mtk izin nk link kt fb leh?

    • a’laikumussalam ya ukhti fillah !

      Ya, ana juga terkesan melihat hujan yang tidak henti2 turun di tempat tinggal ana ini,.,insyaAllah, kita akan terus kuat dan kekal berada dalam saff ini…..

      silakan… :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s