TK 2

Bismillah dan assalamualaikum saya tujukan buat semua pembaca.

Apa khabar iman hari ini, segar atau layu ?

***********************

Alhamdulillah. Saya masih mampu untuk bernafas sehingga ke hari ini. Selama apa yang saya lalui hingga ke saat ini, ada yang terkadang membuat diri saya lebih kuat, tetapi ada kalanya membuatkan saya kalah dengan ujian.

Ingin berkongsi rasa di hati, hati yang sengaja dibiarkan kosong, biar sahaja hati diluputkan oleh masa. Kali ini saya terasa kegersangannya. Gersang hati yang seolah-olah telah diremukkan sesuatu, sedangkan kali ini baru hanya diuji sedikit.

Allah benar-benar ingin menguji kelemahan diriku kali ini. Dan kini aku akur dengan ujian-Nya. Aku sedar aku perlu bertahan, perlu kuat. Semua di sekelilingku telah memberikan nasihat. Dan terkadang aku sudah tahu apa yang mereka cuba nasihatkan kepadaku. Sekarang, terletak kepada diriku, sama ada ingin menang atau kalah dalam ujian ini.

Seorang ukhti berpesan kepadaku, dan aku tersedar dari lamunanku gara-gara mendengar dia berpesan begini

Jangan biar hati anti kosong.”

Memang kita tidak boleh hati kita kosong, kerana nafsu dan syaitan akan cuba memenuhinya jika kita tidak mencari Allah dalam kadar yang segera. Cari semula. Bangkit. Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja dan hati akan terus-menerus kosong, sehingga hilang keruhiyyannya.

Inilah tarbiyyah yang bererti buatku. Mungkin jua tarbiyyah untuk orang yang berada dekat denganku, dan mungkin sahaja untuk mereka jua yang mengenaliku. Dan mahu mengingatkan diri sendiri dan kepada semua, betapa Allah menimpakan ujian kepada yang hanya mampu untuk menghadapinya.

Meskipun kita rasa lemah, tidak mampu, Allah tahu tentang kekuatan diri kita yang sebenarnya kita mampu untuk menghadapinya. Dan yakinlah jua dengan ayat dalam surah ini,

” ……………dan hanyalah kepada Engkau kami mohon pertolongan. ” (1 : 5)

Deep inside I know

That amidst all the darkness

And everything, which make no sense

I know that You exist

You are the light

That guides me through my darkest night

That shows me right from wrong in life

In a world that often lies

Cause I don’t need anyone

Nor anything in life

But You

(trials of life, sami yusof)


Rasa lemah dan tidak mampu itu akan hilang sekiranya jika kita benar-benar beriman dengan ayat di atas. Kita tahu Allah tempat meminta segala sesuatu. Minta kekuatan kepada Dia kerana Dia pemilik segala kekuatan.

Minta kekuatan untuk menghadapi tarbiyyah yang diberi-Nya kepada kita. Kerana kita tidak mahu kalah dalam apa jua yang kita tempuh. Dan kita tidak akan tewas begitu sahaja bukan ?

Whatever come to us, trials and challenges, is more precious than diamond and gold.

Biarlah kita bertahan sehingga akhir hayat kita, insyaAllah !

Allah, please make me strong


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s