semuanya terlalu indah

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua pembaca yang saya kasihi.

Semoga Allah sentiasa menitipkan kecintaan untuk membuat kebaikan ke dalam hati anda semua.

*****************************

” Banyak lagi yang Allah nak ajor kite ni.”

Terkesan dengan kata-kata seorang ukhti pada  saya satu malam. Selepas kemalangan, banyak yang saya muhasabah secara sengaja dan tidak sengaja.

Terasa kepelbagaian jenisnya tarbiyyah dari Allah. Terasa pelbagai aspek yang Allah mahu tarbiyyah. Terasa setiap masa itu adalah tarbiyyah, dan segala apa yang berlaku pada diri kita adalah tarbiyyah.

Semuanya kerana, banyak lagi yang Allah mahu kita pelajari hidup di dunia ini.

Bagaimana tafsiran manisnya sesebuah tarbiyyah ?

Saya hanya mampu mengatakan, tarbiyyah dari Allah bersifat istimewa. Istimewa yang tidak dapat diungkapkan selagi tidak merasainya. Tarbiyyah dari Allah bukan bersifat seperti peperiksaan ada skemanya, ada markah penuhnya. Malah, tarbiyyah ini menjadi tanda penyukat iman kita, untuk memberi gred iman kita. Tidak  ada had, walaupun iman seorang hamba itu penuh, tidak turun-turun, dia tetap akan ditarbiyyah.

Di mana tarbiyyah ?

Bukan di sekolah, bukan di universiti. Tetapi di hati itulah tempat utama kita ditarbiyyah. Jika di sekolah, itu kita pelajari, yang kita banyak simpan dalam akal kita. Tetapi tarbiyyah ini patut disimpan di dalam satu tempat yang istimewa, iaitu raja segala badan, segumpal darah yang bernama hati. Hatilah yang Allah mahu tarbiyyah sebab hati penguasa segala.

Bagaimana hati ini mahu mencintai tarbiyyah ?

Dengan merasakan tarbiyyah itu adalah dari-Nya, bukan bala, bukan kecelakaan. Allah berkehendakkan yang terbaik buat hamba-Nya. Cintalah tarbiyyah ini sebagaimana anda mencintai Allah. Cintailah tarbiyyah ini sebagaimana anda mencintai dakwah yang tidak pernah gersang. Cintailah tarbiyyah ini setiap kali jantung anda berdenyut mengepam darah pejuang agama ke seluruh badan anda !

Cintailah tarbiyyah !

Andai kita terpisah dengan tarbiyyah ?

Bermakna kita tidak lagi menjadi perhatian Allah. Allah sudah tidak mahu ambil endah. Kita bukan lagi menjadi perhatian penghuni-penghuni langit. Hanya sebatang kara. Ibarat mayat hidup yang berkelana seorang diri di muka bumi.

Yakinlah dengan Allah dan tarbiyyah ini, kerana tarbiyyah itu tidak pernah berhenti kerana banyak lagi yang Allah mahu ajarkan kepada kita !

 

4 thoughts on “semuanya terlalu indah

  1. nadrah syg…rindu..

    huu..skrg dunia dh terbalik..aku pulak yg susah nk on9..internet rosak..

    apa2 pon..miss u..jmpe lg t bile2 insyaAllah :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s