kita semua sepatutnya sama ?

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua.

Semoga anda menjadikan masa hari ini terbuang dengan perkara-perkara yang berfaedah.

***********************

” Seorang Muslim adalah CERMINAN kepada Muslim yang lain”

Terkesan dengan tajuk perbincangan ini yang dibuka oleh seorang rakan saya di universiti. Tajuk ini dikupas di dalam group pelajar universiti kami di dalam laman web popular masa kini, Facebook.

Maksud sebenar kata di atas adalah, kita seorang Muslim menjadi contoh kepada Muslim yang lain. Atau dalam kata lain yang lebih senang, kita semua sepatutnya serupa sahaja.

Kecuali jantina dan sikap-sikap peribadi yang lain.

Mengapa kita mesti serupa ?

Kerana kita mendapat acuan yang serupa dan sama. Maka, apakah acuan kita ?

Acuan kita adalah Al-Quran dan Rasulullah S.A.W. Sebagaimana Al-Quran dan RAsulullah mengajar kita, semacam itulah kita mesti mengikutnya.

Firman ALLAH:
Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk rahmat kepada sekalian alam.” (Al Anbia: 107) .
Rasulullah SAW juga pernah bersabda:
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia.” (Riwayat Malik)

Seperti yang kita tahu, aspek akhlak merupakan antara aspek terpenting dalam hidup seorang mukmin, dan Muslim. Lihat barisan para sahabat yang telah ditarbiyyah oleh Rasulullah, semuanya sama.

Semuanya menjadi logam yang sangat berguna untuk agama Islam yang mereka sangat sayangi ini. Dan kita, sepatutnya sama !

Apabila semuanya sama, maka kita akan mampu untuk membina barisan atau saff pejuang agama yang muharrik dalam agama ini. Menggerakkan dakwah menerusi deru nafas yang sama.

Dan agama kita ini serupa bukan. Kita beragama Islam. Allah berfirman :

Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan. Seandainya Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat, tetapi Allah hendak menguji kamu mengenai pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.” (Al-Maidah: 48)

Kita ini satu ummah (lebih penting dari konsep 1 Malaysia). Kita ini satu aqidah. Kita ini semua hanya tunduk kepada yang Maha Ahad. Dan logiknya, kelakuan kita semestinya serupa bukan ? Biar semuanya saling  menjadi cermin kepada yang lain.

**************************
Mengapa kita mesti menjadi cermin kepada yang lain ?

Bukan hanya kepada Muslim yang lain, malah ramai lagi di luar sana yang tertanya-tanya tentang kebenaran peribadi Muslim yang sebenarnya.

Kita perlu menjadi contoh, tauladan dan qudwah kepada yang lain. Supaya akhlak Muslim itu tertonjol. Supaya orang kenal Islam yang sebenarnya. Supaya orang tertarik akan Islam melalui tingkah laku penganutnya.

Ciri ini mesti diusahakan oleh seorang daie agar akhlaknya juga menjadi salah satu medan dakwahnya. Biar mata mad’u terbuntang dan terbuka luas melihatkan keindahan Islam ini.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang memberi manfaat pada manusia (termasuk meratakan kasih sayang).
Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya (kasih sayang kepada orang lain).” (Riwayat At Tabrani)

Dan kita sewajarnya sebagai Muslim, bukan hanya cermin malah memberikan manfaat kepada manusia yang lain !

Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai.
Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia.” (Riwayat Al Hakim dan Al Baihaqi)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s