TK 1

Hari ini genap seminggu 4 hari selepas saya kemalangan.

Waktu petang, bertarikh 16 Februari 2011 tidak akan mudah sekali saya lupakan begitu sahaja. Namun, tidak banyak perubahan. Masih tetap sama seperti dahulu. Bergerak dengan tongkat. Tidak dapat menolong sesiapa di dalam rumah, malah semua orang yang perlu menolong saya. Makanan saya diambil, air sembahyang pun umi yang tolong temankan ambil di tandas.

Cuma sembahyang saya sendiri yang perlu melakukannya. Namun, tidaklah sedaya ketika waktu sihat. Sembahyang mesti bersandar, duduk atas katil.

Bila dibuat perbandingan semula antara keadaan saya ketika sihat dan waktu sekarang, tidak terlalu banyak bezanya !

Waktu sihat dahulu, umi yang memasak. Saya hanya menjeling dari jauh. Cuma, saya sendiri yang pergi mengambil makanan dan makan.

Waktu sakit, umi juga yang masak. Dan kini, makanan saya yang diambil. Air basuh tangan pun, dibawa kepada saya.

Waktu sihat dahulu, umi yang kemas rumah. Saya hanya menolong yang mana sempat disebabkan terlalu rajin duduk di hadapan laptop.

Waktu sakit, umi yang kemas kesemuanya. Saya tidak berdaya untuk membuat apa-apa. Hanya melipat baju yang mampu. Boleh berjalan, tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama.

**************************

Kesimpulannya untuk kesemua tarbiyyah yang saya dapat ini adalah,

Yang pertama, jangan sesekali lupakan nikmat sihat begitu sahaja. Nikmat sihat bukan semua orang yang dapat. Dan nikmat sihat ini sangat berguna sebenarnya !

Jangan  kita abaikan atau bazirkan nikmat sihat kita begitu sahaja. Gunakan sebaiknya, kelak anda yang menyesal bila anda kehilangan nikmat ini.

Yang kedua, jangan malas terutama bila anda sihat. Kalau waktu sihat sudah malas, apatah lagi bila anda sudah sakit. Percayalah, ibu anda di rumah lebih penat berbanding mata anda yang terlalu rajin melihat skrin laptop anda. Bila sudah sakit, mula rasa kasihan pada ibu, ibu buat kerja semua seorang diri. Tahniah kepada anda kerana sudah terlambat menyedari hal itu  !

Yang ketiga, anda perlu bersabar bila anda ditimpa kesakitan atau apa jua ujian yang datang kepada anda. Pernah juga saya terdetik dalam hati, penatlah bertongkat, solat duduk dan segala macam keluhan saya adukan kepada umi.

Umi hanya menjawab,

Cuba bawak bersabar kakak.”

Dan pesanan dari umi itu betul-betul masuk ke dalam jiwa saya. Betapa seorang mukmin, apatah lagi seorang daie itu perlu bersabar menghadapi apa jua yang datang ke dalam hidupnya.

Segala apa jua yang datang adalah dari Allah. Perlulah menanamkan keyakinan yang tinggi bahawa Allah itu tidak akan pernah menyeksa hamba-Nya, malah segala yang datang kepada kita adalah bukti Dia sayang, tanda Dia cinta.

Dan  terkadang  terdetik juga dalam hati,

Dah macam ni, nak gi program pun tak boleh

Tetapi mesej seorang ukhti telah memujuk hati saya. Katanya,

Kte perlu jgk masa utk betol2 sembuh utk kerja akn dtg. Dan masa tu bbeza utk stiap org.

Terima kasih ukhti. Betul kata ukhti tersebut. Setiap orang ada jihadnya yang tersendiri. Allah meletakkan keadaan yang sekarang adalah keadaan yang terbaik buat saya.

Dan sememangnya saya mengharapkan saya akan sembuh kerana banyak lagi kerja saya di muka bumi ini !

27 Februari 2011

7.03 minit malam

Dan sebelum mengakhiri kalam saya, ada sebuah lagu yang banyak memberi semangat kepada saya di ketika ini

2 thoughts on “TK 1

  1. Subhanallah..

    kronologi cerita yg sangat indah..semuanya susunan terbaik dari Allah..

    semoga ukht terus kuat!doa akak sentiasa mengiringi..walau x pernah bertemu sejak beberapa tahun lalu tapi insyaallah rabitah hati itu lebih indah utk dikenangi..

    p/s: teringat kisah akak 8tahun yg lalu..huuuu,

    setelah join DnT, baruku perasan, telah lama Allah anugerahkan hint yg ‘Dia sangat sygkan aku’…

    alhamdulillah, nadrah..x semua dpt rasa nikmat itu..walau jasad sakit, tapi insyaallah, kekuatan sebenar kita adalah RUH itu..

    wallahuallam

    syg kamu sgt2 krn Allah

    • hehe indah ye kak…..tu la…tulis ni sebab tak nak lupa nanti…suka komen akak, memberikan saya kekuatan.

      insyaAllah, jika tidak di dunia, berjumpa di syurga sahaja ye…asalkan rabithah hati itu ada..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s