KK 6

Hari kedua di hospital.

 

Doktor Baskaran datang kepada saya untuk memeriksa saya seperti biasa. Dan satu pertanyaan yang tidak diduga adalah,

“ You ingat I lagi tak ? ”

“ Yes.”

Dia hanya berdiri di hujung katil sambil melihat saya dan mencatit apa yang perlu dalam laporan pesakit. Dan ada juga pertanyaan-pertanyaan biasa yang sering diajukan juga oleh doktor lain.

Kemudian, datang satu berita yang menggembirakan hati saya.

“ She can eat now. Change to allows orally.”

Saya tidak salah dengar. Saya sudah boleh makan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Tapi, makan bukan boleh laju sangat macam dulu, mulut lebam, luka tidak hilang lagi. Makan perlahan-lahan, dengan penuh sabar.

Terima kasih Allah, tarbiyyah untuk diri  !

************************

Dan hari ini merupakan hari yang paling saya suka. Ramai sangat orang yang datang melawat. Paling tidak boleh lupa apabila Ustaz Hasanuddin (pengerusi Aqsa Syarif), Ustazah Maznah, dan beberapa mak cik lain datang melawat.

Ukhti-ukhti sefikrah memang sangat ramai yang datang memberi semangat kepada saya. Kad-kad ucapan, makanan, buah tangan, coklat-coklat dan senyuman yang manis. Bagi yang tidak sempat datang melawat saya, titipan mesej pesanan khidmat ringkas (sms) juga saya dapat.

Dan tetamu yang tidak saya sangka juga datang. Rakan yang sama tajaannya dengan saya, adik-adik junior tahun 2. Kebetulan, tempat tinggal mereka hanya sekitar kawasan hospital, memudahkan mereka untuk melawat saya.

Terima kasih SANGAT-SANGAT ustaz dan ustazah yang datang.

Terima kasih SANGAT-SANGAT kepada semua ukhti-ukhti yang datang.

Terima kasih SANGAT-SANGAT kepada semua yang datang.

Sesungguhnya, Allah sahajalah yang mampu balas kesemuanya. Semoga Allah mengekalkan ikatan ukhuwwah kita semua. Semoga Allah memberkati hidup kamu semua. Semoga Allah melindungi kalian semua.

Bayangkan,  dari Terengganu ukhti sanggup turun melawat kami yang berada di hospital. Dari Kuala Lumpur, Selangor tidak juga ketinggalan.

Terima kasih sekali lagi.

“ Ala seganlah akak datang. Rasa macam susahkan ukhti je. Pelik la akak datang, dah la jauh.”

“ Sepatutnya awak pelik kalau kitorang ni tak datang tau.”

Dan  sewaktu itu, mak angkat sudah lama berada di sisi. Dia sudah habis kursusnya. Dia berkata dia akan menemani saya sehinggalah umi dan abah datang untuk menjemput saya. Tetapi jika waktu terlalu lewat, dia terpaksa pulang dahulu kerana dia juga mempunyai tugasan lain.

Kebanyakan ukthi Mesir memang mengenalinya kerana saya kerap bercerita mengenainya kepada ukhti-ukhti.

“ Ouh ni mak ke ? ”. Tanya seorang makcik yang datang melawat saya.

“ Bukan.”

“ Ouh kakak ? ”

Saya dan mak angkat tergelak. Dan saya membalas,

“ Mak angkat saya.”

Saya pandang ke arah mak angkat saya, dan dia hanya mampu tersenyum. Sambil berkata,

“ Die iktiraf la saye ni mak angkat die bile dia nak gi KL tak bagitau saye, tapi bagitau orang lain.”

“ Ala *****, jangan la kecik hati dengan saye, nanti saye takut.”

*************************

Dan  malam sudah menjelang. Semua orang yang melawat saya sudahpun pulang. Mak angkat pun sudah bertolak pulang ke rumahnya.

Dan sekarang saya hanya menunggu kedatangan umi dan abah untuk menjemput saya keluar. Ya, saya sudah boleh discharge hari ini. Dalam kata lain, sudah boleh keluar wad. Tidaklah sihat sepenuhnya, tetapi pasti terdapat ramai lagi yang memerlukan tempat di hospital kerajaan ini. Lainlah situasinya jika di hospital swasta.

Sebelum abah sampai, Kak Junaidah datang berjumpa dengan saya. Sedih saya mahu berpisah dengannya. Saya mesra betul dengan dia. Bila dia jumpa saya, dia akan menunjukkan ‘peace sign’.

Dan dialah yang banyak membantu saya ketika berada di wad. Dia bercerita itu dan ini. Dia membantu saya mula berlatih jalan dengan memakai tongkat. Dia yang banyak memberi semangat kepada saya.

“ Ala, kak takutlah, tak biase pakai tongkat. ”

“ Takpe, awak bolehnye. Akak tau. Akak teman awak jalan dengan tongkat ni sampai awak turun bawah.”

“ Betul ke kak ? ”

“ Ye. ”

Dan  abah sampai untuk membawa saya pulang. Dan sememangnya saya tidak boleh berjalan dengan memakai tongkat, terasa pedihnya. Kak Junaidah mengambil kerusi roda untuk saya. Dan dia yang menolak saya sehingga sampai ke hadapan kereta.

Dan  saya bertolak pulang ke rumah.

Benar-benar saya merasakan ini tarbiyyah Allah yang terhebat untuk diri saya.

Ya Allah, Kau bantulah aku menghadapi tarbiyyah kali ini. Inilah tarbiyyah terhebat setakat ini yang aku hadapi. Aku ini hamba-Mu yang lemah Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan untukku. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatiku seandainya aku tidak dapat menemui apa hikmah di sebalik kejadian ini. Ya Allah, sesungguhnya aku tahu ini yang terbaik untukku dan aku tahu Kau tidak pernah meninggalkan aku seorang diri. Ya Allah, berikan aku kesabaran menanti dan menjalani tempoh pemulihan aku, dan kau jadikanlah ini bukan hanya setakat pemulihan fizikal buatku, malah kau jadikanlah ianya pemulihan untuk rohaniku jua.

p/s : KK adalah ringkasan untuk kronologi kemalangan. Sebab itulah saya sudah lama tidak update WP saya ni :)

p/s: Kak Junaidah, semoga Allah izinkan agar saya tidak akan melupakan akak. Allah sahaja yang layak membalas segala jasa dan budi akak.

p/s : Saya tidak akan melupakan semua orang yang melawat saya dan menghantar sms kepada saya dan yang mendoakan saya dari jauh.

p/s : Kepada mak angkat saya, saya suka sangat bila anda menemani saya. Bila saya sudah sihat nanti, jom kita dating.

p/s : Kepada Sakiinah, saya sangat gembira anda menelefon saya dari Sarawak.

p/s : Kepada budak blueiscold, jangan berair mata bila melawat saya. Jangan sedih tau. Doakan saya cepat sembuh, agar kita senang nak dating nanti.

p/s : Saya minta maaf kerana telah menyusahkan semua pihak.

 

 

6 thoughts on “KK 6

  1. Allah ukhti, walau ana x pernah bersua muka ngan ukhti, tp ana ada dgr cerita lima akhawat mesir eksiden..huhu..asif, ramai akhawat dr terengganu x berkesempatan nak jenguk antunna..ana slh satunya.. moga ukhti diberikan kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya, ameen ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s