KK 5

Serupa, tidak berubah. Ubat yang sama, doktor yang sama, jururawat yang sama dan wad yang sama.

Cuma tempat yang berlainan.  Tiba-tiba saya ditukarkan tempat ke bahagian lain. Dan kini, mempunyai jiran-jiran baru.

Doktor yang datang sudah bersilih ganti. Jururawat pun begitu. Tetapi  perut tetap tidak boleh diisi selagi  keputusan CT  Scan belum keluar.

Mata sudah habis terbeliak melihat keadaan sekeliling. Niat sebenar mahu menatap alam pekerjaan yang saya juga bakal tempuh satu hari nanti, insyaAllah.

Ada yang dimarahi oleh senior.

Ada yang buat kerja dengan penuh teliti.

Ada yang tersenyum.

Ada yang sedang menyusun ubat.

Mula terfikir,

‘ Aku kena marah tak nanti ? ’

‘ Konpem kena. Doktor baru masuk hospital kan.’

( diri sendiri yang tanya, diri sendiri yang jawab)

**********************

Dan tiba-tiba ada sekumpulan doktor pakar yang datang ke arah saya. Mula gementar. Mereka membincangkan tentang keputusan x-ray dan Ct Scan saya.

Keputusan sudah keluar.

“ N******, awak student medic kan. Dah pandai tengok x-ray ? ”

“ Bolehlah.”

“ Ha, senanglah sikit. Awak tengok ni, ade darah beku kat posterior part kepala awak. Tapi saiz tak membesar, tak mengecil. ”

“ Tak bahaye ke doktor ? ”

“ Tak. Akan dissolve sendiri nanti. Tapi awak akan rase pening2 la ye, sebab otak awak gegar hari tu. ”

“ Okai.”

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya tidak hilang ingatan. Masih boleh ingat semua perkara kecuali perkara-perkara yang memang diniatkan untuk dilupakan.

Kemudian kumpulan doktor tersebut berlalu pergi.

************************

Jam  sudah menunjukkan jam 12 tengahari. Sudah mula dibuka waktu melawat. Umi ada. Abah ada. Cuma adik-adik yang tiada, sebab mereka kecil lagi kesemuanya. Umi dan abah masuk gilir-gilir.

Tidak banyak perkara yang saya bualkan kerana mulut masih lebam dan sakit untuk berkata-kata. Jadi, benda yang tidak penting untuk saya katakan atau cakapkan, tidak akan saya cakap.

Dan waktu berjalan begitu sahaja, terasa membuang masa untuk seorang daie. Bila tiada perkara yang perlu dibuat, saya akan tidur dengan penuh lenanya.

Akan hanya bangun bila tiba masa untuk diperiksa oleh jururawat dan diberi ubat.

************************

Dan orang yang tidak boleh saya lupakan adalah mak angkat saya yang datang menemani saya tidur di hospital malam tersebut.

Ouh, saya sudah lama mengiktiraf dia adalah mak angkat saya.

Dia datang menemani saya pada malam tersebut dengan membawa laptop bersamanya. Katanya, ada lagi presentation yang perlu disiapkan dan ditayangkan esok hari.

Dia sudahpun melawat saya petang tadi, tetapi katanya dia mahu meneman saya tidur pada malam ini memandangkan umi dan abah berada di rumah.

Dan kami ada juga berbual. Jujurnya, saya rasa sangat terharu melihat dia yang sanggup menemani diri saya pada malam tersebut. Dia hanya menyuruh saya berehat. Katanya, panggil dia kalau mahukan apa-apa.

“ Eh, orang sakit macam awak ni patut berehat tau.”

“ Ala nanti ***** buat kerja sorang-sorang. Sian kat *****. Serba salah saye. Saye temanlah.”

“ Tak payah. Awak rehat je. Biar saye habiskan keje saye ni ha.”

Dan  saya hanya melihat dia membuat kerja. Malu, kerana tidak dapat membantu dia.

Pada malam itu, ada juga saya terjaga dari tidur seketika. Dan saya ternampak beliau tidur dalam keadaan yang tidak selesa. Beralih ke sana sini.

Ya Allah, aku terasa aku sudah menyusahkan orang di sekelilingku. Ampunkan dosaku, Ya Allah. Semoga segalanya tarbiyyah untukku dan ukhti-ukhti sekelilingku.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s