KK 4

Saya terbangun. Sudah cerah. Matahari mula menyinari alam dan seisinya. Seorang jururawat menarik langsir, supaya peredaran udara lebih bagus dan cahaya masuk.

Dan  dua orang jururawat pelatih datang ke arah saya. Saya melihat tag nama mereka. Seorang nama Junaidah dan seorang lagi bernama Nur Farahin. Tertera juga mereka adalah pelajar sebuah kolej kejururawatan dari Perak.

Mereka datang ke arah saya dengan senyuman yang menenangkan.

“ Akak nak mandikan adik ye.”

“ Okai. Kena masuk toilet ke kak ? ”

“ Tak payah. Kite mandi kat sini je.”

Sambil memandikan saya, banyak juga perkara yang kami bualkan.

“ Adik ni ye yang 5 orang eksiden malam tadi tu ? ”

“ Haah.”

“ Adik belajar kat mane ? ”

“ Mesir.”

“ Oh ustazah la ni ye.”

“ Eh, bukan. Saya budak medic.”

“ Wah bakal doktor tu. Bestnye belajar kat Mesir. Akak belajar kat Malaysia je.”

“ Alah kak belajar negare orang pun, negare sendiri jugak yang kite rindu. Percayelah. ”

“ Okai dah siap. Dah wangi dah. Siap pakai bedak lagi.”

“ Wah sekejapnye akak buat. Akak belajar la mende ni sume ek ? Kami belajar medic tak belajar mende-mende ni sume. ”

“ Haah kenelah belajar. Cara tukar cadar pun akak kene belajar.”

“ Kagum saya dengan akak ni. Kadang-kadang ade je bende yang doktor tak tahu, tapi nurse tahu.”

“ Haah memang pun. Tapi tu la. Jururawat je akak mampu.”

“ Alah kak. Jururawat la lagi best. Jururawat lagi dekat dengan patient kan. ”

********************

Sudah selesai mandi. Mana makanan, perut sudah lapar. Tiba-tiba ada seorang doktor perempuan berbangsa Cina datang kepada saya. Dia memeriksa saya.

“ You tak bleh makan. Sebab CT Scan you tak keluar result lagi. So, you kene puase dulu ok.”

“ Ouh patutlah. Okai.”

Datang seorang ukhti kepada saya. Ayahnya berkerja di hospital tersebut, jadi dia boleh melihat saya bila-bila masa tanpa mengikut waktu lawatan yang telah ditetapkan. Dia memegang tangan saya.

“ Ya Allah N******, terkejut sangat kite dengar. Ayah Nad la bagitahu kawan Nad dari Mesir eksiden malam tadi. Terus Nad siap-siap datang sini. Ramai dah tunggu N****** kat bawah. Siti K ade, Raja ade. Tapi sebab bukan waktu melawat kan, kene masuk gilir-gilir.”

“ Ouh ye ke. Ala susah-susah je. Trime kasih la Nad datang ye. Kite rase sunyi dok sini.”

Dan tiba-tiba dua orang ukhti yang sangat saya sayangi datang dari Bandar Kuantan datang melawat saya.

“ Ya Allah N******, awak okai ke ? Camane lah boleh jadi gini ni.” Kata Kak Ein sambil memegang tangan saya.

“ Bende dah nak jadi kak. Okai je ni. Bernyawe lagi. Syukur la tak parah sangat. Akak dah tengok yang lain ke ? ”

“ Belum lagi. Baru tengok awak.”

“ Akak tolong tengokkan yang lain untuk saya ye. Tak sempat nak tengok dyorang. Nanti kem salam kat dyorang. Tak leh nak gerak pun. Tibial spine retak. ”

“ Okai. Baik. Awak jangan risau la yang tu.”

Dan  kedua ukhti tersebut mula bergerak ke wad lain untuk melawat ukhti-ukhti yang turut terlibat dalam kemalangan petang semalam.

************************

Saya memandang sekeliling. Ada makcik yang sudah berusia, ada yang semuda saya. Dan yang muda tersebut, katilnya sebelah katil saya. Kasihan saya melihat dia. Dia lebih teruk berbanding keadaan diri saya.

“ Akak, kenapa dengan budak sebelah saya ni ? ”

Tanya saya kepada Kak Junaidah yang datang menjenguk kepada saya seketika.

“ Ouh dia eksiden jugak macam awak. Tapi lagi teruk la. Kena tebuk leher dia. Otak die cedera teruk.”

“ Ouh. Patutla. Eksiden apa kak ? ”

“ Moto. Dia eksiden dengan pakwe die. Pakwe die terus lari lepas eksiden tu.”

“ Ya Allah, kesiannya. Lapor polis tak ? ”

“ Tak. Mak die tak brani. Takut nanti die tahu, die ngamuk.”

“ Ouh. ”

“  Okai lah. Nanti kite borak lagi ek. Akak ade keje lagi ni.”

“ Okai kak, nanti jumpe lagi ek. Jangan lupa saye tau ! ”

**********************

Tanpa dijangka, Aida datang ke arah saya.

“ Eh, Aida dah boleh jalan-jalan. Tak aci.”

“ Hehe. Sebab tulah Aida melawat N**. ”

“ Aida ingat tak apa yang berlaku sebenarnya ? ”

“ Aida ingat tapi Aida tutup mata. Aida rase je semua. N** tak tertidur kan ? ”

“ Tak. Tapi tak ingat pun ape yang berlaku. Yang N** ingat, entah sape ntah yang cakap gini, eh yanna kenapa ni ?  Pastu terus tak tahu apa yang berlaku.”

“ Ouh. Aida rase kereta terpusing, Aida rasa Aida terbang. Aida tercampak kat tengah jalan belah sane. Pastu, Aida terus lari ke tepi jalan. Aida ada panggil N**, dengar tak ? ”

“ Tak pun.”

“ Bila orang tengok Aida panggil N**, barulah orang ramai meluru ke arah N**.”

“ N** tercampak atas apa ye ? ”

“ Atas pasir.”

“ Ouh sebab tu lah tak banyak luke kat badan, just lebam-lebam je. Tapi apsal kepala banyak    darah ek ? ”

“ Maybe, N** ade terhantuk kat mana-mana dulu kot. Hehe. ”

“ Kite patut rakam camane kite melayang kan. Bukan ramai yang boleh jadi superwomen macam kite berlime. Aida dah tengok Shidah ? ”

“ Belum. Jap lagi nak gi tengok la die.”

“ Aida kem salam kat die ye. N** tak sempat nak melawat sape-sape. Tak leh nak jalan. Hehe.”

Dan  Aida berlalu pergi meninggalkan saya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s