KK 3

Saya membuka mata, terasa ada cecair merah yang pekat mengalir dari kepala saya hingga meliputi seluruh muka saya.

Saya nampak langit Allah. Biru dan tenang. Dalam masa yang sama, saya juga rasa sakit.

Terdetik dalam hati, apa yang sudah terjadi.

“ Adik bangun ye. Kejap lagi ambulan sampai, kite gi hospital.”

Dan seorang ukhti memegang tangan saya,

“ Kak N******, saya minta maaf ye. Kite accident. ”

Saya tidak membalas. Saya bagaikan tiada tenaga. Hanya berupaya menikmati rasa sakit yang menjengah dari tadi.

Saya hanya mampu berharap saya dan ukhti lain selamat. Supaya masih ada lagi nyawa untuk kami selepas ini. Dan saya kembali pengsan.

******************

Semasa berada di atas ambulan tersebut,

“ Adik bangun ye. Kita nak gi hospital ni. ”

Saya tidak mampu membalasnya. Hanya mampu bernafas sambil mata terpejam sementara menunggu waktu untuk ke hospital. Saya tahu saya tidak boleh terus pengsan lagi. Kena kuat. Kena bertahan. Kalau pengsan, mungkin akan menyusahkan rawatan seterusnya.

*******************

Di hospital.

Sampai sahaja di hospital, saya ditolak dengan pantasnya ke wad kecemasan. Saya buka mata. Separa sedar. Mata saya mula mencari ukthi-ukhti lain yang menaiki kereta bersama saya.

Doktor meluru ke arah saya. Gunting baju saya. Periksa denyutan jantung, tekanan darah. Dan memeriksa setiap bahagian badan saya.

Dan kemudian saya dihantar ke Jabatan Radiologi untuk di x-ray hampir kesemua bahagian badan saya.

‘ Banyak ke aku patah ? Sakitnye satu badan, nak bangun pun tak boleh. Belakang sakit, tangan sakit, kaki yang paling sakit.’

Selesai di x-ray, saya ditolak kembali ke tempat tadi. Seorang doktor lelaki menghampiri saya dan dia berkata,

“ Saya nak jahit ye N****** kepala awak ni. Saya tak pakai bius, jadi memang sakit sikit la ye. Tahan.”

“ Okai.”

Kepala mahu dijahit. Mungkin sebab luka teruk. Darah pun banyak mengalir tadi.

Dalam hati, takut. Sebab tanpa bius, pasti akan sakit. Baru teringat, kalau bius nanti, saya akan pengsan, dan doktor tidak mahu bagi saya pengsan. Jadi terpaksalah doktor mengambil keputusan untuk tidak membius saya.

Doktor mula menjahit dan saya mengerang kesakitan. Setiap kali saya mengadu sakit, doktor memegang kepala saya dan berkata,

“ Tahan ye N******. Sikit je lagi ni.”

Selesai kepala saya berjahit, luka saya dibersihkan. Pedih. Guna cecair saline. Muka saya dibersihkan, tangan saya dibersihkan. Paling pedih bahagian mulut sebab mulut luka dan lebam. Mahu bercakap pun agak sukar.

Selepas luka dibersihkan, tiba-tiba umi datang memegang tangan saya. Saya melihat mukanya. Muka risau, muka yang ditahan rasa sedihnya. Mungkin dia takut saya juga akan menitiskan air mata apabila melihat dia menitiskan air mata.

“ Akak keluar sekejap ye. Kami nak periksa dia sekali lagi.”

Umi melepaskan tangannya.

Lagi  sekali tekanan darah saya diambil. Dan saya ternampak seorang ukhti yang berada di sebelah saya. Saya pegang tangannya. Dia memandang saya dan saya memandang dia. Rasa mahu menangis tapi kena kuat.

“ Shidah okai ke ? ”

“ Okai je. Kamu ? ”

“ Hidup je lagi ni. Shidah banyak patah ? ”

“ Tangan je. Sian kat kamu. Nampak sakit sangat. Kamu paling banyak darah keluar. Kami semua tak banyak sangat. ”

“ N** tak tahu N** patah apa. Tapi kaki sakit. Tak sangea kite kemalangan kan. Yang lain mane ? ”

“ Dah masuk wad kot. ”

“ Shidah sedar ke waktu kemalangan tu ? ”

“ Tak. Kamu ? ”

“ N** pun pengsan jugak.”

Dan  kami diam. Tidak berapa ada tenaga. Hanya mampu berbual seketika. Dan doktor mula melihat keadaan saya kembali.

Saya dengar doktor berkata,

“ Her tibial spine is fracture. Put splinter on her.”

Dan kaki saya ada retak rupanya. Di tulang yang namanya tibia, di bahagian betis. Doktor letakkan splinter, sejenis penyokong kaki, sebab kaki saya tidak perlu disimen kesemuanya. Hanya bahagian belakang betis sahaja.

Sesudah di pasang splinter, saya ditolak ke wad.

Sewaktu inilah saya berpisah dengan semua ukhti yang kemalangan bersama saya. Saya mahu bersama mereka semua.

Dan saya terus tertidur.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s