KK 2

 

 

Sewaktu sedang mengayuh basikal dengan lajunya dan penuh macho, dapat panggilan dari ukhti yang saya sangat sayang.

“ Assalamualaikum. Kat mane ni ? Dah habis ngajar ke ? ”

“ Waalaikumussalam. Atas basikal, tengah kayuh dengan penuh machonya. Dah habis dah. Syidah kat mane ni ? ”

“ Wah atas basikal. Kitorang semua kat masjid baru lepas siap solat asar. Kejap lagi sampai la umah kamu.”

“ Okai N****** tunggu kat rumah la ye. Babai. ”

Saya sambung kayuh basikal. Sampai di rumah, cepat-cepat siap untuk bertolak ke Kuala Lumpur menghadiri sebuah program di sana.

“ Umi, bungkuskan nasi, orang laporlah…”

Dan  sebelum saya menaiki kereta, abah berpesan,

“ Bawak kereta elok-elok ye. Pakcik risau tengok kamu semua ni. Semuanya perempuan. Jangan bawak laju-laju sangat. ”

Kami semua berlima di dalam kereta tersebut. Semuanya ukhti Mesir. Semua teruja untuk pergi ke program yang berlangsung di Kuala Lumpur tersebut.

Masuk dalam kereta bermulalah perjalanan kami. Baca doa, dan kami sempat membaca Ma’thurat bersama-sama. Dan, juga diselitkan perbualan-perbualan manis antara kami semua.

“ Yanna, lepas tol pertama ye.”

Oh. Bertukar pemandu rupanya. Saya ingatkan apa tadi.

Dan selepas melepasi tol yang pertama, mereka bertukar. Kini, giliran Yanna yang memandu.

“ Yanna, kalau maintain seratus lebih ni, mesti sempat sampai awal ke program.”

“ Eh Yanna kenapa ni ? ”

Itu  ayat terakhir yang saya dengar.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s