KK 1

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua.

Semoga Allah sentiasa melindungi anda daripada bala dan apa jua jenis bahaya.

**************************

“ Ustazah, esok ustazah  ada lagi kan ? ”

Kata salah seorang anak murid saya sewaktu kelas fardhu ain hampir menunjukkan waktu pulang. Ya, sementara saya berada di Malaysia ini, abah menasihatkan supaya memanfaatkan masa dengan sebaiknya dengan meminta saya menggantikan tempat seorang ustazah yang menjaga anaknya yang sakit.

Dan saya dengan hati terbuka menerima pekerjaan tersebut. Sebab pernah ada pengalaman mengajar budak kecil sebelum ini.

“ Ada insyaAllah.”

**************************
Kelas pertama : Kelas mengaji.

Bahagian ini yang paling seronok. Saya suka mengajar tajwid kepada budak-budak. Sebab lidah mereka tidak terlalu liat untuk menyebutnya. Dan mereka cepat belajar. Setiap kali budak yang datang mengaji kepada saya, saya bertanyakan nama mereka dan umur mereka. Ada yang peramah. Ada yang takut-takut. Ada yang lancar, ada yang masih gagap.

(hehe, ustazah bukan nak makan kamu la ! )

********

Kelas kedua : Kelas ibadah darjah Empat.

Bahagian ini yang paling menarik. Mengajar budak yang sudah besar sedikit saya kira. Buka buku, sudah sampai tajuk azan dan iqamah yang mereka belajar.

Saya memulakan kelas dengan bertaaruf dengan mereka semua.

“ Ustazah nak kamu panggil ustazah akak ye. Sebab akak muda lagi.”

“ Okai. ”

“ Hah, lagi satu akak tak tahu nak panggil kami semua camane. Nak panggil korang nampak tak mesra. Ustazah panggil antum dan antunna ye.”

“ Okai.”

( agaknya, kalau ustazah suruh kamu panggil ustazah si cantik baik, kamu panggil tak ? )

Dan saya mengajar mereka tentang sejarah azan dan kesemua perkara yang patut mereka tahu. Dan saya sempat memberikan kerja rumah kepada mereka semua. Saya menyuruh mereka menyalin lafaz azan dalam buku latihan.

Bila sudah habis topik dalam buku, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata.

“ Akak, cerita sikit pasal Mesir.”

Kelas mula riuh. Maklumlah semua pelajar Mesir sudah popular sejak timbulnya rusuhan dan Ops Piramid. Dan saya mula bercerita kepada mereka tentang apa yang terjadi di sana.

“ Okai, dah habis masa. Akak nak masuk kelas lain pulak. Bye. ”

“ Bye.”

*******

Kelas ketiga : Kelas Jawi Tahun Satu

“ Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam ustazah. ”

“ Macamana ustazah nak ajar jawi ni, marker takde. Hmm…macam ni lah senang. Kamu bukak buku, ustazah nak tengok kamu dah belajar sampai mana.”

Semua buka buku masing-masing.

“ Kamu semua dah pandai tulis jawi ke ? ”

“ Pandai. ”

“ Hah, senang la sikit kerja ustazah. Kamu buat mukasurat 9 dengan 10. Bila dah siap, datang semak dengan ustazah. Siapa punya tulisan cantik, ustazah bagi hadiah.”

Selepas 10 minit….

“ Ustazah dah siap.”

“ Ustazah, saya punya dah siap.”

“ Ustazah, macam ni betul ke ? ”

Wah, ramainya yang sudah siap. Semua keliling saya di meja guru. Saya semak satu-satu. Ada yang cantik, ada yang masih perlu dibaiki.

Kesimpulannya, semua budak kecil yang comel-comel tersebut saya berikan mereka hadiah.

*******************************

Dan, saya pun mula mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, ternampak juga pelajar yang menaiki basikal seperti saya.

“ Eh, jom lumba ngan ustazah.”

Dan basikal terus dikayuh laju untuk sampai ke rumah, kerana ada urusan lain selepas ini.

Misi ke Kuala Lumpur. Bersama 4 orang lagi ukhti yang lain.

 

 

 

p/s: akan bersambung

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s