1432 H

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Apa aktiviti anda pada hari ini sempena meraikan kelahiran Rasulullah S.A.W ?

Pergi ceramah, berarak, berselawat. Saya yakin itu menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.

*******************************

Mari kita singkap kembali tirai sirah yang sudah lama kita tinggalkan. Kita meninggalkan sirah di belakang saat kita meninggalkan zaman sekolah menengah. Betul tak ?

Bagi yang menyambung pengajian bidang agama, memang akan berjumpa lagi dengan sirah. Bagi yang rajin pergi menelaah kitab-kitab dan mendengar ceramah, memang akan berjumpa lagi dengan sirah.

Bagaimana dengan kami yang mengambil bidang sains ?

Bagaimana untuk mereka yang malas ke surau atau kelas-kelas agama ?

( nasib baik masuk tarbiyyah, kalau tak, aku pun tak belajar dalam-dalam sirah ni)

******************************

Anda kenal siapa sebenarnya Rasulullah ?

Baginda seorang lelaki yang mempunyai kesemua sifat yang menjadi impian semua Muslimat untuk dijadikan suami. Baginda adalah kekasih Allah yang tersangat Allah sayangi.

Paling penting, kena tahu Baginda adalah seorang murabbi kepada para sahabat Baginda. Bagindalah pemula kerja-kerja dakawah dan tarbiyyah  di atas muka bumi ini. Baginda juga diberi tarbiyyah khas dari Allah S.W.T. Betapa untungnya Rasulullah.

Dan perjuangan dakwah Bagindalah yang sewajarnya kita hayati, kita selami dalam-dalam. Bukan hanya tahu setakat perang apa yang Baginda sertai, bukan hanya sekadar tahu apa perjanjian yang dibuat, bukan hanya sekadar tahu sunnah-sunnah Baginda yang kecil-kecil, tetapi sunnah terbesar iaitu DAKWAH dilupakan !

Lupakah kita akan dakwah Baginda ?

Lupakan kita akan Baginda yang diseksa ketika menyampaikan Islam kepada masyarakat ?

Lupakah kita akan Baginda yang menyebut kalimah ummati sebanyak tiga kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir ?

Cintanya Rasulullah kepada kita, adakah sebanyak itu juga cinta kita kepada Baginda ?

Cintanya Rasulullah kepada Islam, adakah sebanyak itu juga cinta kita kepada Islam ?

Cintanya Rasulullah kepada Allah, adakah sebanyak itu juga cinta kita kepada Allah ?

” Ala,Rasulullah memang la boleh buat. Baginda kan nabi.”

Ya, memang Baginda seorang nabi, seorang penyampai risalah. Tetapi lupakah kita Muhammad itu juga seorang manusia biasa, yang juga ada perasaan, yang juga berkahwin, ada anak-anak, ada isteri, ada sahabat-sahabat, malah  tubuh badannya adalah tubuh badan manusia !

Sedarlah !

Maulidur Rasul tidak akan lengkap dengan hanya pergi berarak, pergi dengar ceramah dan hanya berselawat di rumah sahaja !

Pergi ke mana-mana kedai buku yang berhampiran, beli buku yang bertajuk Raheequl Makhtum. Buku ini merupakan buku sirah terlengkap Rasulullah. (setakat yg saya tahu)

Dan untuk menambah kefahaman anda, boleh anda membaca Fiqh Al-Sirah, karangan Syed Muhammad Ramadhan Al-Buti. Buku ini menerangkan kepada anda tentang apa yang ada di sebalik kronologi sirah Rasulullah yang telah Allah susun begitu cantik ini.

Kalau susah atau malas membelinya, buka sahaja laman internet, cari PDFnya sahaja, dan baca !

 

p/s : sunnah Rasulullah yang paling terkenal adalah berkahwin, tapi DAKWAH dilupakan.

p/s : jom sama-sama habiskan baca buku sirah Rasulullah.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s