satukan Muslim sedunia

Bismillah.

Assalamualaikum.

Saya ingin membuat ulasan ringkas sebenarnya tentang apa yang berlaku di Mesir baru-baru ini. Revolusi yang timbul akibat jatuhnya Presiden Tunisia, menggerakkan hati pemuda-pemudi Mesir untuk bangkit menentang kerajaan pimpinan Husni Mubarak.

Dan sememangnya, rusuhan selama 18 hari tersebut terbukti berjaya. Inilah teori domino, apabila satu negara sudah memulakan, dan ianya terbukti berjaya, maka akan ada yang mengikutnya.

Selepas ini mungkin Algeria, Bahrain, Syria dan negara-negara lain yang sudah mula bergelojak untuk menentang kerajaan yang menindas mereka.

Dan satu rumusan yang saya dapat mengenai rusuhan ini adalah betapa pentingnya kita untuk bersatu. Kesatuan kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunialah yang menakutkan orang Barat sebenarnya.

” Orang Yahudi tu ketar lutut tengok kite sembahyang jemaah.”

Wah ! Subhanallah !

Betapa penting untuk kita bersatu. Bersatu untuk mencapai kemenangan Islam sebagaimana Rasulullah mengimpikan satu ketika dahulu. Sekarang, ianya menjadi tugas kita untuk menjadikan Islam itu ustaziyatul alam.

Berdiri dalam saff yang sama, berjuang di jalan Allah, memulakan langkah bersama, tanda kita kuat. Dan, tidak siapa yang boleh mengalahkan kita, barisan para Muslimin dan Muslimat, yang kuat imannya, yang kental jiwanya melainkan Allah sahaja.

” Bersatu kita teguh bercerai kita roboh ! ”

Mari kita satukan muslim sedunia !

Robohkan tembok perbezaan bangsa, umur, pangkat, negara, warna kulit dan apa jua perbezaan yang lain. Tembok-tembok ini diwujudkan oleh orang Barat yang tidak mahu kita semua bersatu.

Robohkan ! Robohkan !

Kita tidak ada tembok. Malah kita ada ikatan yang lebih kuat lagi sesama Islam. Ikatan aqidah kita, ikatan iman kita. Ikatan ini tidak boleh diputuskan kecuali apabila hilangnya Islam dari jiwa kita.

Dan selepas ini, sila ambil peduli tentang apa yang berlaku pada saudara-saudara seiman kita di  berada di seluruh pelusuk muka bumi ini.

Bukan Palestin sahaja, malah semua !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s