mesej dari dia

Bismillah.

Salam dakwah dan salam tarbiyyah.

Semoga anda sentiasa merindui Allah setiap masa dan di mana jua anda berada.

*****************************

Semalam sebelum saya melelapkan mata, telefon bimbit saya berbunyi menandakan ada mesej yang baru sampai. Dan saya membukanya dan mesej tersebut dari seorang ukhti yang saya sangat sayangi, dan kami merupakan kawan baik di sekolah menengah dahulu.

Slm..B-) alhmdlillah, Allah bg ruang utk kecapi nkmtNya bt sekian kliny. subhanallah, indhny pngisisan hti,sgguh trbiah itu mmg HIDUP & MGHIDUPKN. cuma dri kta kdg2 ggl mmbiarkn trbiah itu hadir utk MGHIDUPKAN JIWA kta. kmbli bsama shbt, kuatkn dri dgn SOLAT JMAAHMU, QIAMULLAIL & mtadabbur surt CINTANYA. hdupkan jua dgn puasa suntnya. Mga stp lgkh kta pnuh barakah utk mncpi redha Allah smata2. hri esk puasa sunt, dhuha ush dlupa.

Terima kasih sahabat. Kau telah banyak menyegarkan hati aku yang kian lesu ini. Inilah rasanya bila terlalu bergantung kepada usrah semata dan tarbiyyah dzatiyyah yang tidak mantap.

Bila tidak berjumpa dengan ukhti, mula rasa lemah. Bermain facebook tidak sama dengan duduk-duduk dalam bulatan bersama dengan ukhti.

Bila tidak ada biah di dalam rumah, mulalah mutabaah amal entah ke mana. Amalan yang dahulunya tidak pernah tinggal, pulang sahaja ke rumah di Malaysia, mula leka.

Dan kamu di sana, yang berada di kejauhan, aku tidak pernah melupakanmu. Selalu ku panjatkan kekuatan buat diriku dan dirimu agar kita sentiasa tsabat dalam jalan ini, dan akan terus tsabat di sini, meskipun kau hanya seorang diri di Perak sana.

Dan aku sering mendoakanmu agar sentiasa kuat dan tabah menghadapi arus dunia. Dan janganlah kau leka wahai ukhtiku dalam menjalankan tanggungjawab kepada kedua ibu bapamu.

p/s : jgn jeles sangat dgn team Pantai Timur ye….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s