untuk Dia semata

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua.

Semoga semuanya sihat walafiat, jasmani dan rohaninya.

*************************

Tadi ada berbual-bual dengan dua adik saya yang masih bersekolah lagi sebelum bersembahyang asar. Saya ada bertanya kepada mereka berdua,

” Kenapa kite kene solat ? ”

” Sebab Allah yang suruh.”

” Kenape kite kene tutup aurat ? ”

” Sebab Allah yang suruh.”

” Allah tu sape ? ”

” Nabi.”

” Eh, bukan nabi. Allah tuhan kita. Apa yang kite buat semua untuk Allah, bukan untuk orang lain.”

” Kalau kite sembahyang, kite buat untuk sape ? ”

” Allah.”

Alhamdulillah mereka semakin faham, dan saya doakan agar kefahaman mereka bertambah.

Terus saya teringat akan doa iftitah yang kita baca setiap hari dalam rakaat yang pertama.

Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil’alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Maksudnya:  Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Dan sememangnya kita perlu meyakini bahawa segalanya yang kita lakukan adalah untuk Allah semata. Ya, segala-galanya. Bermula daripada kita bangun daripada tidur sehinggalah kita tidur semula, adalah untuk Allah.

Jadi, secara logiknya, perlulah kita persembahkan segalanya kepada Allah dengan penuh cinta dan sempurna. Contohnya, solat kita, perlulah kita menghadirkan keseluruh hati kita agar kita benar-benar merasakan solat itu hanya untuk Dia.

Semacam itu juga dakwah ini. Kita buat bukan atas arahan murabbi, bukan atas dasar ingin meramaikan ahli jemaah, tetapi dakwah kita ini kerana Allah, kerana betapa kita cinta kepada Dia.

Jika hanya atas arahan murabbi sahaja, maka mungkin sahaja kita meninggalkan murabbi kita yang terlalu memaksa kita untuk melakukan kerja dakwah ini.

Jika hanya atas dasar ingin meramaikan ahli jemaah, apa guna ahli ramai tetapi tidak melakukan kerja ?

Jalankanlah dakwah kerana Dia.

Nescaya  jika kerana Dia kita melakukan dakwah ini, kita tidak akan merasa penat, lelah, bosan. Malah, sentiasa rasa membuak-buak ingin menyampaikan dakwah kepada orang lain. Dirasakannya dugaan serta mihnah yang datang hanyalah ibarat duri biasa yang bisa ditepis begitu sahaja.

Dan sememangnya kita sebagai hamba hidup bergantung kepada tuannya. Dan tuan kita adalah Allah S.W.T. Dia yang memegang segalanya. Segala makhluk di muka bumi ini, ditadbir oleh-Nya.

2 thoughts on “untuk Dia semata

  1. rasa macam nak beli balik buku mari belajar sembahyang sebab nak terjemahan semua ayat2 yang dibaca dalam solat. benda biasa yang selalu kita baca tapi tak hayati maksudnya. huhu :(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s