semua sama

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua.

Apakah kita ini semuanya sama atau berlainan ?

Ini pertanyaan yang saya mahu tanyakan kepada anda semua.

Rambut sama hitam, hati lain-lain.”

Lelaki dengan perempuan memanglah beze.”

Ala kau tengok baju je la. Kalau yang jenis tutup aurat, pakai sarung lengan siap, geng2 usrah la ni. Kalau yang jenis tak tutup tu paham2 sendiri je la. Yang jenis pakai kopiah, purdah ni, ni mesti geng ustaz ustazah.

Ini antara jawapan yang banyak saya dengar sepanjang pengalaman saya bertanyakan soalan ini.

Allah sudah memerikan jawapan berdasarkan firman-Nya,

” …..Sungguh yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa.”

Taqwa yang membezakan kita semua. Taqwa yang meletakkan tempat kita di sisi-Nya. Taqwa yang menjadi asas hubungan kita kepada Allah selain dari aqidah yang tertunjang di dalam hati.

Seperti yang kita tahu, Allah sangat menyayangi orang yang bertaqwa.

Mengapa agaknya ?

Apa ertinya taqwa ?

Taqwa itu bermakna takut. Adakah senang untuk kita takutkan perkara yang kita tidak nampak ? Mudahnya kita melafazkan perkataan taqwa berbanding kita membuatnya. Mengaku sudah bertaqwa, tetapi jiwa tidak pernah takut dan tunduk kepada-Nya.

Bila sudah faham tentang konsep ini, seharusnya penilaian berdasarkan neraca dunia ditolak ke tepi bulat-bulat. Harta, pangkat dan nyawa tidak memberikan dan tidak menjaminkan apa-apa dalam hidup anda.

Kesemuanya akan lesap jua pada hari pengakhiran nanti. Bukan menolak kepentingan dunia, tetapi kita sebagai hamba mesti jelas akan apa perkara yang lebih utama.

Dan jauh sekali bagi kita untuk mengukur nilai taqwa orang lain. Ukur pada diri sendiri dahulu, usah dihalakan jari telunjuk kepada yang lain. Adalah satu kesalahan besar jika kita meletakkan taraf  keimanan seseorang manusia, apatah lagi seorang Muslim.

Siapa kita untuk menilai itu semua ?

Siapa kita untuk meletakkan taraf manusia sedangkan kita juga adalah manusia ?

Yang berhak hanyalah Dia. kerana Dia yang Maha Mengetahui, Dia yang Maha Adil lagi Bijaksana.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s