akhlak

Bismillah.

Assalamualaikum kepada semua saya ucapkan.

Semoga anda meluangkan masa anda dengan perkara-perkara yang berfaedah pada hari ini.

*****************************

Betapa perlunya ibadah seiring dengan akhlak.

Tidak boleh dipisahkan, tidak boleh diasingkan.

Tidak mungkin wujudnya seorang lelaki yang kuat sembahyangnya, tetapi mudah sekali memaki hamun orang tuanya sendiri. Tidak mungkin juga wujudnya seorang wanita yang menutup auratnya tetapi puasa di bulan Ramadhan ditinggalkan tanpa sebab yang tidak logik.

Lepas ibadat, akhlak adalah benda yang terpenting dalam hidup seorang yang bergelar muslim. Ibadah penyembahan semata kepada Allah sahaja, tidak perlu ditunjukkan kepada yang lain. Tetapi akhlak, diperlihatkan kepada Allah dan juga mata-mata yang memandang diri kita ini.

Akhlak tidak boleh ditolak ke tepi begitu sahaja, kerana akhlak adalah salah satu medan dakwah kita. Qudwah hasanah yang kita tonjolkan, akan dapat menarik hati orang lain untuk kembali kepada agama Islam yang sebenarnya.

Jangan anggap hanya dengan ibadah, kita sudah merasakan Allah akan memandang tinggi kepada kita. Akhlak ini perkara inside-out. Perlu ditonjolkan. Tidak tertakluk kepada teori semata, perlukan praktikalnya.

Imam Al-Ghazali berkata : ” Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu.”

Manusia kini memakai banyak topeng dalam hidupnya, namun jangan kita lupakan segalanya tersingkap oleh akhlak seseorang itu. Kerana dengan akhlaklah terserlah siapa diri kita yang sebenarnya.

” AKHLAK RUNTUH, TAMADUN JATUH ”

Lihat sahaja sejarah terdahulu yang telah dibentangkan kepada kita. Kesemua tamadun jatuh akibat keruntuhan akhlak. Akhlak ibarat penanda aras. Penanda aras kepada rahmat Allah.

Tidaklah kamu (Muhammad) diutus melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam.” (21 : 107)

Hilangnya akhlak kita, tanda hilangnya rahmat Allah. Kita lihat sahaja apa yang terjadi kepada masyarakat Malaysia khususnya. Keruntuhan akhlak yang sangat kronik, memang perlu dirawat segera. Dan adakah dalam keadaan kita seperti ini, kita dirahmati oleh Allah S.W.T ?

Hadis Rasulullah S.A.W : ” Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya ”

Mari kita perbaiki semula ibadah kita, iman kita dan akhlak kita.

Dan skop akhlak dalam Islam itu luas. Kepada manusia dan bukan manusia.

Rasulullah S.A.W bersabda lagi yang bermaksud : ” Akhlak yang buruk itu merosakkan amal kebajikan seperti cuka yang merosakkan madu dan seperti api yang membakar kayu bakar ” (riwayat Ibnu Majah)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s