warkah sebelum pulang

Bismillah.

Assalamualaikum kepada semua.

Harapnya anda semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

*********************

Alhamdulillah. Saya selamat sampai  di tanah air jam 8 pagi Malaysia, di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Baru sahaja sampai, dapat taklimat daripada Kementerian Pengajian Tinggi di  sebuah ruang khas.  Sesudah itu, kami semua berjalan ke tempat imigresen untuk mendapatkan visa. Dan seterusnya aktiviti meluru-luru dan berpelukan dengan ibu dan ayah masing-masing.

Ibu dan ayah tersenyum gembira. Anak yang baru pulang dari perantauan juga turut gembira. Siapa yang tidak gembira bila balik Malaysia dengan tiket yang tidak perlu dibayar ?

:)

Sebelum pulang, ketika saya dan ukhti-ukhti masih berada di Jeddah, kami berkumpul satu malam. Buat pengisian untuk mengisi hati kerana ramai yang bakal pulang keesokan harinya. Dimulakan dengan bacaan Yaasin beramai-ramai, kemudian menghayati lirik sebuah lagu. Selepas itu, kami dapat tafsir Surah Al-Qariah dari seorang ukhti.

Dan tafsir tersebut memang sesuai untuk kami semua. Maklumlah, kami semua akan kembali ke medan dakwah yang asal. Apa yang menanti di Malaysia adalah banner jahiliyyah yang terbentang luas. Malaysialah medan kami yang sebenar. Mesir hanya tempat tarbiyyah yang masih selesa saya kira, jahiliyyahnya tidak terlalu ketara.

Dan, tafsir Al-Qariah memang amat membantu kami semua untuk menguatkan tarbiyah dzatiyah kami semua. Membantu bagaimana seorang daie itu harus menghabiskan masanya, apa rancangan yang sepatutnya supaya cuti yang dilalui itu boleh digelar cuti bertarbiyyah.

Dan kini faham, TIADA CUTI UNTUK SEORANG DAIE !

*************************

Paling terkesan dengan ayat 6 dan 7, yang berbunyi,

” Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikan)nya. maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (senang).”

Ayat ini menerangkan betapa setiap masa kita memang perlu untuk diisi dengan apa jua jenis kebaikan. Dan bagi kita, mutabaah amallah yang membantu untuk kita lebih senang melakukan kebaikan.

Ukhti tersebut berpesan bahawa cuti kami semua perlu diisi dengan kebaikan kerana jannah-Nya yang kita mahukan. Tidak boleh buang masa. Pastikan segala aktiviti adalah amal yang baik dan memberi sumbangan kepada dakwah dan tarbiyyah kita.

Cuti musim sejuk kali ini, Allah berikan yang terbaik buat kami semua. Walaupun terpaksa keluar dari bumi Mesir, tetapi saya redha kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kesemua hamba-Nya.

Cuti kali ini perlu bermanfaat. Jom sama-sama kita penuhkan mutabaah amal kita bersama !

Sesungguhnya amal itu berkait rapat dengan iman.

***************************

Ayat 8 dan 9 pula berbunyi,

” Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.”

Ayat ini tidak membuktikan bahawa bukan orang yang buat jahat sahaja yang akan masuk ke neraka, malah orang yang ringan timbangan amalan kebaikannya.

Astaghfirullah, Ya Allah, aku tidak mahu tergolong dalam golongan ini.

Aku tidak mahu menambah amalan kejahatanku, dan aku jua tidak mahu melihat andai timbangan amal kebaikanku ringan. Sesungguhnya, aku mahukan pengakhiran yang baik. Aku ingin tergolong dalam senarai ahli syurga-Mu.

Buat satu amal kebaikan dapat satu hasanah dan pahalanya digandakan. Buat satu amal kejahatan dapat satu keburukan.

Maknanya, jika timbalan amalan kebaikan kita sedikit  bermakna sedikit sahaja amal kebaikan yang telah dilakukan kerana pahalanya digandakan !

Mungkin sahaja satu kebaikan yang kita lakukan, Allah menggandakannya sebanyak 40 kali ganda.

Jika masih lagi ringan, ternyata banyak sungguh dosa yang kita lakukan di atas muka bumi ini berbanding amalan kebaikan.

(kalau tak faham, cuba buat kira-kira)

 

Kuala Lumpur,

10 Februari, 2.49 pagi

2 thoughts on “warkah sebelum pulang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s