I & K

Bismillah.

Salam dakwah, salam tarbiyyah.

Adakah anda telah beribadah pada hari ini ?

****************************

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur segalanya terhadap nikmat yang telah Allah berikan. Semalam merupakan hari yang mengubat kembali kufuturan saya. Terpisah dengan akhawat. Mula terpisah sejak berlakunya rusuhan di Mesir. Tempoh berkurung dikeluarkan, jadi tidak boleh berjumpa. Waktu penerbangan        ‘ Operasi Piramid’ juga berlainan. Bila sampai Jeddah, blok pula lain-lain tempanya.

Mujur dan lega semalam kami semua berkumpul untuk mendengar pengisian daripada salah seorang ukhti yang tersayang. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan juga untuk berkumpul walaupun keadaan sebegini.

Tajuk pengisian adalah :

IBADAH dan KHALIFAH.

Ayat tentang kedua-dua perkara ini lazim kita dengar, selalu kita baca. Malah, ayat inilah yang telah menyepak hati saya untuk menusuri jalan tarbiyyah ini.

Ibadah boleh rujuk ayat 51 : 56

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”

Khalifah boleh rujuk ayat 2 : 30

“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “ Aku hendak menjadikan khalifah di bumi….”

Bila kupas kembali tajuk ini semalam, saya mula tertanya-tanya apakah jawapan yang saya akan berikan sekiranya saya ditanya,

Apakah kau telah memahami erti ibadah yang sebenarnya ?

Apakah kau telah memahami erti khalifah sebenarnya ?

Mengapa kau mesti beribadah dan menjadi khalifah ?

Adakah kau telah menjadi seorang khalifah yang beribadah ?

Dan terdetik juga dalam hati sendiri,

“ Dah lama join tarbiyyah, asal aku tak dapat jawab lagi soalan macam ni . Hish problem ni.”

Syukran kepada ukhti yang telah memberi pengisian semalam. Dapat juga jawapan yang sebenarnya kepada persoalan-persoalan yang timbul.

Hanya Allah layak membalasnya ukhti. Moga Allah kekalkannya dalam ingatan kita, dan semoga Allah membimbing kita semua dalam menggalas kedua-dua tanggungjawab besar ini.

Ya, kedua-dua tanggungjawab ini berat dan besar. Namun, kita telah dipilih oleh Allah untuk menjalankannya. Mana mungkin Allah memberi sesuatu yang melangkaui batas atau daya hambanya.

Pabila Dia telah memberinya kepada kita, bererti kita mampu dan wajib untuk melaksanakannya !

******************************

Bila faham erti ibadah, baru tahu kini tiada lagi masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, tiada lagi istilah masa terbuang begitu sahaja, tidak wujud lagi perkataan bosan yang akan keluar dari mulut. Sebab bila sebut sahaja ibadah, ianya mestilah kerana Allah. Bila sesuatu perkara itu kerana Allah, maka perkara yang tidak berfaedah tidak akan tergolong di dalam kategori ini.

Bila faham erti khalifah, kena tahu bahawa Islam kena dan mesti menang satu hari nanti sepertimana khalifah Islamiyyah menguasai dua pertiga dunia dahulu. Satu alam tunduk pada Islam. Dan kini kuasa itu telah hilang dari tangan kita. Jadi, wajib ke atas kita untuk mengembalikannya semula. Dan seorang khalifah itu mestilah membawa dakwah ke mana jua, setiap masa dan kepada semua orang.

Dan  kedua-duanya bergerak seiring.

Tidak boleh jadi KHALIFAH sahaja.

Tidak boleh jadi ORANG YANG BERIBADAH sahaja.

Kena jadi KHALIFAH yang BERIBADAH !

Pada pagi yang hening,

7 Februari 2011,

Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia,

Jeddah, Arab Saudi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s