dari Jeddah

Bismillah.

Salam dakwah dan salam tarbiyyah.

Apa khabar jiwa anda hari ini ?
**********************************

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Syukur sangat kepada Allah atas segala nikmat yang diberi kepada saya dan anda pada hari ini, semalam, esok dan seterusnya.
Saya kini sudah selamat sampai di bumi Jeddah, Arab Saudi. Semua pelajar Malaysia menginap di Madinattul Hujjaj milik Tabung Haji Malaysia. Walaupun serba kekurangan, tapi alhamdulillah, dalam keadaan yang sebegini, memuaskan. Bayangkan semua pelajar Malaysia, 11 ribu orang menginap di sini, tidak mampu kakitangan pekerja untuk melayan kerenah kami semua.

Mula dari pagi, hinggalah pukul 4 pagi, barulah segala urusan selesai.
Sampai di Madinatul Hujjaj, daftarkan diri, dan angkut beg ke bilik yang sudah disediakan. Dan ada seorang ukhti saya berkata,

“ Jom qiam. ”
“ Tapi ana tak tido lagi. ”
“ Ala, solat je lah. ”
“Okai. ”
Terima kasih ukhti. Ibadat untuk seorang muslim itu tidak kira masa, tidak kira keadaan. Berangkatlah dengan rasa ringan mahupun berat. Walaupun penat tahap kronik, mesti kena kuat juga. Penat bukan alasan.
Apa yang penting, air, makanan dan minuman sudah mencukupi. Tidur beralaskan katil saya kira sudah cukup baik berbanding pelarian-pelarian Palestin sana.
Pagi tadi, menghadiri taklimat dari Datuk Jamil Kher, salah seorang menteri di Jabatan Menteri Malaysia. Taklimatnya cukup melegakan hati kami semua. Beliau ibarat bapa kepada kami semua. Beliau sangat mengambil berat, dan pandai berjenaka.
“ Alhamdulillah. Kita mendapat penerbangan ihsan dari Mas, TUDM dan Air Asia untuk pulang ke Malaysia esok hari. Sistemnya first in, first out. ”
Kami semua tepuk tangan.
Alhamdulillah ! Yeay balik Malaysia !
Maksudnya siapa yang sampai di Jeddah dahulu, dia yang akan bertolak pulang ke Malaysia lebih awal.
Dan dia juga berpesan agar kami semua membetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia. Sebenarnya keadaan kami di sini tidaklah terlalu kronik. Evakuasi dari Mesir adalah untuk tujuan keselamatan. Dan ada juga yang bertanya sebab mengapa Arab Saudi yang dipilih, bukan negara-negara lain seperti Jordan, Syria dan lain-lain. Setelah mendapat penerangan, barulah kami faham. Pening kepala kami memikirkan tentang perkara ini, saya rasa pening lagi kepala orang-orang atasan menyelesaikannya. Dan rasa sangat berbangga apabila Perdana Menteri sendiri yang menghubungi Raja Arab Saudi untuk membenarkan kami semua transit di sini buat sementara waktu.
Dan cuti musim sejuk kali ini amat bermakna buat diri saya. Menguji rasa kesabaran bagaimana hidup sebagai seorang pelarian ‘mewah’ (sebab lari dari Mesir naik flight). Tunggu lama sangat di lapangan terbang. Bayangkan kami sudah berada di sana selama 5 jam, tunggu nama disebut. Masuk kapal terbang, tunggu lagi untuk lebih kurang satu jam, juga untuk menyemak kembali nama kami semua.

Urusan yang memang rumit. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang sangat prihatin dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini. Dan tidak ketinggalan juga kepada semua syarikat penerbangan yang sanggup memberikan penerbangan ihsan (tidak perlu bayar) kepada kami semua.

Juga jutaan terima kasih kepada pihak Tabung Haji Malaysia yang telah bertungkus-lumus menyiapkan tempat tidur, makanan dan minuman sepanjang kami berada di sini.

Allah sahaja yang layak membayar jasa anda semua. Moga Allah memberkati setiap rezeki yang kalian semua terima.
Dan, terima kasih Ya Allah !

Dari bumi Jeddah, Arab Saudi.
Jam 3.27 petang, 5 Feb 2011
Madinatul Hujjaj, Tabung Haji Malaysia.

p/s : dah sampai Jeddah, tapi tak boleh buat umrah. Takpelah. Ada rezeki nanti, kita pegi.
p/s : kesian tengok madam dan padam yang dah ada anak. Mereka lagi penat dari saya.
p/s : suka stewardess dalam Mas, sangat mesra dan murah dengan senyuman.

 

Advertisements

4 thoughts on “dari Jeddah

  1. salam ukhti, saya banyak kali dh baca blog ini. alhamdulillah, semua bertambah baik. saya ada seorang kawan dari mansourah tapi beliau lambat sampai ke Jeddah.

    syukran perkongsian yang bermakna ini.
    moga ters berbuat keranaNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s