yang ke-44

Bismillah.
Salam dakwah.
Apa khabar iman anda hari ini ?
***************************
Alhamdulillah. Hari ini umi saya menyambut hari lahirnya yang ke-44. Dengan usia yang baru, bertambahlah tanggungjawabnya, dan bertambah jua kesunyiannya. Kebanyakan adik-beradik kami melanjutkan pelajaran ke luar negara, IPT dan sekolah menengah yang berasrama.

Dengan usia yang baru ini, saya berharap beliau akan bertambah imannya, bertambah taqwanya, bertambah kefahaman dalam agama ini.

Dengan usia yang baru ini, saya harap saya dapat berkhidmat kepadanya dengan khidmat-khidmat dari seorang anak yang solehah, agar umur barunya kali ini, dia hanya merasa kebahagiaan, tiada kedukaan.

Dengan usia yang baru ini, saya berharap umi saya dapat menjadi seorang isteri yang taat di samping suami, seorang isteri yang patuh akan arahan tuhan, seorang isteri yang rajin bangun malam mendoakan keberkatan buat keluarganya, seorang isteri yang bibirnya penuh lafaz zikrullah ketika membuat kerja-kerja rumah, seorang isteri yang tidak meminta itu dan ini, hanya memberi setulus hati, seorang isteri yang tabah hatinya dalam menghadapi kerenah anak-anaknya yang semakin meningkat dewasa.

Dengan usia yang baru ini, saya berharap dapat lagi berjumpa dengan umi. Maklumlah, berjauhan pula, hanya rindu mengikat hati kami.

Dan atas kehadiran umi dalam hidup saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah, kerana menghadiahkan saya seorang umi yang baik, berlapang dada dan madahnya penuh nasihat kepada anak-anak.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada arwah nenek yang bersabung nyawa sewaktu melahirkan umi saya ke dunia. Saya juga ingin berterima kasih kepada abah, kerana berjaya memilih seorang isteri yang baik, sekaligus menjadi umi kepada kami semua.

:)

Baru tadi menelefon umi selepas berbuka puasa.

“ Assalamualaikum umi. Umi sihat ke ? Tengah buat apa ? ”
“ Waalaikumussalam. Sihat. Tengah menyusukan adik.”
“ Umi, selamat hari jadi.”
“ Terima kasih.”
“ Kat Mesir lagi ke ? ”
“ Haah. Esok baru gi Jeddah.”

Dan buat umi, minta maaf sebab berkira kredit menelefonmu dari jauh. Nanti saya akan menelefon lagi. Jangan risau-risau. Doa sahaja sudah cukup.

Sekali lagi ucapan untuk umi,
Selamat Hari Lahir yang ke-44.

p/s : umi dah makin tua, tapi gelagat di dapur still macam budak kecil..itu yang tak bleh lupa
p/s : hari ini akan berangkat ke jeddah. Minta jasa baik untuk doakan saya dan tolong doakan juga supaya HM jatuh….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s